A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sihat Mental

Sihat Mental

Anda mempunyai mental yang sihat sekiranya anda

  • Selesa dengan diri sendiri
  • Selesa dengan orang lain dan persekitaran
  • Boleh menghadapi cabaran sehari-hari

Anda boleh mengenali dan mengendali emosi dengan baik

Orang yang sihat mental dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan orang ramai, serta menyumbang kepada masyarakat

Sakit Mental

Keadaan di mana seseorang tidak lagi dapat mengawal emosi, pemikiran dan tingkah laku, menjadikan banyak aspek kehidupannya berkecamuk. Orang yang sakit mental berkemungkinan besar tidak dapat berfungsi dengan normal.

Hubungan Di Antara Sihat Mental dan Sakit Mental

  • Kesihatan mental dan sakit mental adalah dua keadaan yang berhubung di antara satu sama lain.
  • Seseorang yang sihat mental ada kalanya mengalami gangguan mengakibatkan tahap kesihatan mentalnya menurun
  • Keadaan ini boleh pulih semula setelah dia dapat mengawal kembali emosinya, mendapat bantuan orang di sekeliling atau bantuan profesional

Kesihatan mental yang baik boleh dibentuk semenjak daripada zaman bayi, kanak-kanak dan remaja. Kesihatan mental yang baik bermula dari:

 
  • Pasangan yang berkahwin merancang untuk hamil. Ini bermakna pasangan itu telah bersedia untuk menerima ahli keluarga yang baru dan mampu dari segi mental, fizikal dan sosial, menanggung tanggung jawab yang lebih.

 

 

 
    • Bagi ibu yang hamil, perlu elak mengambil bahan-bahan yang boleh mendatangkan bahaya kepada janin seperti rokok, dadah merbahaya, arak atau terdedah kepada tekanan emosi yang berat. Ibu perlu mendapatkan penjagaan kehamilan yang optima bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi yang dikandung itu sihat. Bapa juga perlu memastikan ibu dan kandungannya tidak terdedah kepada bahan bahaya seperti asap rokok dan tekanan emosi.
  • Ini akan mempengaruhi kesihatan mental ibu dan juga bayi yang dikandung

Alam dewasa juga dapat membentuk ketahanan mental dari kaedah yang diguna pakai bagi mengatasi masalah apabila mengharungi pengalaman dan cabaran hidup yang berbagai. Kemahiran keibu-bapaan di dalam mendidik anak-anak juga dapat membentuk mental anak yang sihat dan ketahanan mental yang kuat.

Kesihatan mental yang baik juga dapat dihasilkan jika seseorang itu tahu dan dapat memastikan aktiviti dan kaedah yang sesuai untuk menangani tekanan emosinya

Kesihatan dan ketahanan mental yang baik boleh dicapai dengan mengamalkan cara hidup sihat iaitu:

  • Pemakanan seimbang
  • Senaman akan mengakibatkan badan merembes hormon endorphine yang bertindak menjadikan mental dan fizikal lebih sihat
 
  • Riadah dan rehat memberi peluang kepada mental dan fizikal untuk pulih dari sebarang tekanan
  • Pengendalian masa yang bijak memastikan aktiviti harian yang seimbang

Apakah Sifat-Sifat Yang Boleh Menghasilkan Kesihatan Mental Yang Baik?

Setiap orang mempunyai perwatakan (personaliti) yang berlainan berpunca daripada pengaruh dalaman seperti keturunan, dan luaran seperti didikan, mengikut role model, pergaulan, pengalaman dan lain-lain. Sifat-sifat dan perwatakan yang berlainan inilah yang menjadikan kehidupan di dunia ini menarik. Namun terdapat beberapa sifat yang dapat menjurus kepada mental yang sihat:

  • Bersyukur dengan apa yang anda miliki; “count your blessings”
  • Pemikiran yang positif; selalu fikirkan yang positif, elak berfikiran dan beranggapan yang buruk. Jangan sangka buruk terhadap orang lain
  • Berkeyakinan diri; yakin diri anda ‘boleh’ melakukan perkara-perkara yang ingin anda lakukan atau yang dipertanggungjawabkan. Tidak ada perkara yang tidak boleh dipelajari. “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”
  • Mempunyai harga diri; sayangi diri anda supaya anda tidak akan melakukan perkara-perkara yang mendatangkan mudarat atau menjatuhkan maruah diri sendiri
  • Belajar mengatakan “TIDAK”; bagi perkara-perkara yang anda tahu akan mendatangkan bahaya kepada diri. Jangan takut atau was-was untuk mengatakan “TIDAK”. Anda akan lebih dihormati kerana mempunyai pendirian dan kekuatan untuk mengatakan “TIDAK”
  • Rajin mendalami berbagai ilmu termasuk ilmu kerohanian
  • Sasaran yang diberi kepada diri sendiri adalah adil dan mengikut kemampuan.
  • Tidak lokek memberi pujian kepada orang lain dan juga kepada diri sendiri

Kebanyakkan masanya anda boleh mengawal kesihatan mental sebagaimana anda mampu mencorak kesihatan fizikal anda. Berusahalah untuk mencapai tahap kesihatan mental yang optima agar kehidupan anda dan orang di sekeliling anda sentiasa bahagia.

   

 

Semakan Akhir : 09 Oktober 2013
Penulis : Dr. Baizury Bashah

 

Artikel Berkaitan

Ketagihan Gadget

  Sumber: http://media02.hongkiat.com/wallpaper-social-media-junkies/preview.jpg Kini dunia semakin maju. Peningkatan ekonomi telah

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia