A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Kesihatan Mental
  4. /
  5. Kesihatan Mental Kanak-Kanak
  6. /
  7. Faktor Kepada Perkembangan Kesihatan...

Faktor Kepada Perkembangan Kesihatan Mental

Faktor-faktor pelindung yang boleh meningkatkan semangat ketahanan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai semangat ketahanan tinggi dapat menangani dan menghadapi ranjau kehidupan yang sukar dengan lebih yakin.

Berikut adalah risiko dan faktor perlindungan yang memberi kesan kepada kesihatan mental di kalangan kanak-kanak:

Faktor Risiko Faktor Perlindungan
Biologikal
  • Terdedah kepada toksin (spt. tembakau, arak) semasa dalam kandungan
  • Faktor genetik menambah risiko gangguan mental
  • Kecederaan di kepala
  • Kekurangan oksigen ke otak semasa dilahirkan
  • Jangkitan HIV
  • Kekurangan zat makanan
  • Perkembangan fizikal bersesuaian dengan umur
  • Kesihatan fizikal yang baik
  • Fungsi intelek yang baik
Psiko logikal
  • Masalah pembelajaran
  • Penderaan dan pengabaian seksual, fizikal dan emosi
  • Perwatakan yang bermasalah
  • Ciri-ciri personaliti yang sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran
  • Belajar dari pengalaman
  • Keperibadian yang tinggi
  • Bijak mengesan dan menyelesaikan masalah
  • Bijak bergaul (sosial)
Sosial

Kekeluargaan

  • Penjagaan yang tidak konsisten
  • Perbalahan dalam Keluarga
  • Kurang disiplin dalam keluarga
  • Pengurusan keluarga yang lemah
  • Kematian ahli keluarga
  • Hubungan kekeluargaan yang sihat
  • Peluang yang luas untuk terlibat dalam hal-hal keluarga
  • Pengiktirafan dari pihak keluarga

Sekolah

  • Gagal dalam pelajaran dan keciciran
  • Persekitaran sekolah yang tidak sihat
  • Pencapaian akademik yang cemerlang
  • Persekitaran sekolah yang yang sihat dan mesra

Masyarakat

  • Masyarakat yang bercelaru
  • Dipinggirkan dan berpuak-puak
  • Terdedah kepada keganasan
  • Penglibatan yang baik dalam masyarakat
  • Pilihan yang luas untuk mengisi masa lapang
  • Pengalaman dalam aktiviti kebudayaan yang baik
  • Mempunyai idola ( role model) yang baik
  • Hubungan yang baik dengan pertubuhan kemasyarakatan termasuk pertubuhan -pertubuhan keagamaan

Kumpulan sokongan

Malaysian Mental Health Association (MMHA)
No. 1, Jalan 3/66
46000 Petaling Jaya
Tel: 03-7782-5499 Fax: 03-7783-5432
Email :mmha@tm.net.my
Website : http://www.mentalhealth.org.my

Penulis : Dr. Baizury Bt. Bashah
Semakan Akhir : 20 April 2012
Penyemak : Dr. Eni Rahaiza binti Muhd Ramli

 

Artikel Berkaitan

Keperluan Kesihatan Mental Semasa Infansi

Keperluan kesihatan mental untuk kanak-kanak semasa peringkat bayi merujuk kepada keperluan perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak yang sihat dan perhubungan mereka dengan penjaga terdekat (biasanya ibu bapa) dari lahir sehingga berumur lima tahun.

Bimbang & Takut

Resah, bimbang dan takut adalah sesuatu yang biasa di kalangan kanak-kanak dan biasanya ia tidak akan berterusan untuk jangka masa yang panjang.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia