A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Masalah Pembelajaran

Pengenalan

Untuk seseorang individu mempelajari sesuatu ia perlu mencapai beberapa keupayaan kemahiran yang agak kompleks. Dalam proses pembelajaran, Input-input maklumat contohnya dari deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, emosi, keseimbangan serta pergerakan tubuh fizikal, akan dikumpulkan dan diproses. Memproses maklumat pula memerlukan seseorang individu keupayaan daya tumpuan,- mengingat, menganalisa, mengaplikasi – iaitu daya kognitif dan pemikiran yang baik. Apa-apa masalah berkaitan dengan mendapatkan input-input maklumat, serta dalam system pemprosesan maklumat, akan menyebabkan masalah dalam proses pembelajaran.

Masalah Pembelajaran adalah apabila seseorang mengalami masalah atau kesukaran untuk pelajari sesuatu. Seringkali berlaku akibat kekurangan keupayaan kognitif atau intelek pada seseorang individu itu. Ia juga boleh berlaku hasil daripada kekurangan upaya contohnya masalah kurang penglihatan, kurang pendengaran atau masalah fizikal. Namun, dalam kes-kes sebegini, sekiranya kekurangan upaya ini dapat di atasi, dengan penggunaan cermin mata contohnya, atau diberikan alat pendengaran seawall mungkin, serta diberi ransangan serta stimulasi awal, masalah pembelajaran di kalangan individu ini dapat dikurangkan.

Definisi

Terdapat beberapa definisi

Atau

  • Kanak-kanak yang tidak dapat mencapai tahap dalam pelajaran sepertimana kanak-kanak lain pada umur yang sama setelah melalui beberapa pengukuran secara objektif (DSM IV)
  • Kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan dan mengalami masalah dalam bidang berikut ;
    • daya tumpuan,
    • ingatan,
    • pemikiran,
    • koordinasi,
    • komunikasi / perhubungan,
    • membaca, menulis , mengeja dan mengira,
    • kemahiran sosial dan kematangan emosi.

Apakah tanda-tanda awal semasa kanak-kanak masih kecil

Tanda-tanda masalah pembelajaran, boleh dikenalpasti seawal usia tiga tahun. Seringkali ianya dikesan oleh ibu-bapa atau penjaga. Kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat, dalam beberapa bidang perkembangan, mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah pembelajaran apabila remaja dan dewasa kelak. Antara tanda-tanda kanak-kanak mungkin mengalami masalah pembelajaran ialah:-

Tanda- tanda semasa Pra Sekolah Tanda-tanda semasa awal persekolahan (7-8 tahun)
  • Kurang tumpuan
  • Masalah menyebut perkataan
  • Tidak menggunakan banyak perkataan
  • Tidak pandai bergaul dengan kawan
  • Tidak dapat mengikut arahan
  • Lewat Bercakap
  • Masalah belajar nombor and abjad
  • Masalah mengaitkan abjad dan bunyi.
  • Keliru dengan makna perkataan mudah contoh makan, lari dll
  • Buat kesilapan dalam menggunakan abjad (b dan d) dan (m dan w)
  • Masalah transposisi iaitu kesilapan dalam susunan sukukata contoh baldi dikatakan bladi,
  • Keliru dengan tanda matematik (+, -, x, /, =)., kanan dan kiri
  • Lebih bergantung kepada kebolehan menghafal
  • Tidak pandai merancang.
  • Masalah dalam pergaulan

Jenis kategori masalah pembelajaran

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, masalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada:-

  • Lewat perkembangan: (Global Developmental Delay) bagi kanak-kanak yang di bawah umur 4 tahun
  • Sindrom Down
  • Autisme
  • Masalah Intelek
  • Masalah Pembelajaran Spesifik seperti Disleksia, Diskalkulia

Pengesanan Awal

Pengesanan awal sebaiknya semasa peringkat kanak-kanak lagi. Seringkali masalah ini dikesan oleh ibu-bapa atau penjaga. Beberapa masalah perkembangan yang berkemungkinan boleh dikaitkan dengan masalah pembelajaran kelak, juga dilakukan semasa:-

  • masalah autisme semasa umur 18 bulan dan,
  • saringan awal masalah tingkahlaku semasa berumur 4 tahun
  • Pemeriksaan berkala kanak-kanak di klinik kesihatan
  • Terdapat ujian saringan khas bagi:-
  • Guru sedar pencapaian disekolah tidak sama seperti kanak-kanak lain. Contoh kanak-kanak mempunyai masalah membaca semasa darjah satu tetapi kanak-kanak ini pandai bercakap, bercerita dan sebagainya.
  • Saringan penglihatan perlu dilakukan bagi semua kanak-kanak dalam darjah satu. Ujian penglihatan juga perlu dilakukan setiap tahun kerana bebola mata kanak-kanak masih membesar dan boleh mengakibatkan masalah refraktif iaitu masalah kurang penglihatan yang boleh dibetulkan.
  • Saringan pendengaran juga perlu dilakukan bagi mereka yang berisiko contoh kanak-kanak yang di syaki tidak atau kurang dengar, yang suka mendengar muzik kuat atau mereka yang sering

Kanak-kanak dengan masalah pembelajaran perlu disahkan oleh doktor supaya mereka dapat diberi intervensi awal yang sesuai.

Intervensi awal

Begitu juga dengan, intervensi awal, ia perlu dimulakan seawal usia kanak-kanak lagi. Intervensi yang efektif bergantung kepada ketepatan mengenalpasti masalah yang dihadapi dan perancangan Individual Care Plan atau Rancangan Pembelajaran Individu yang teliti.
Oleh kerana perancangan ini adalah bersifat individu, serta tatacara intervensi bagi setiap kanak-kanak dan remaja adalah berlainan, mereka perlu menjalani penilaian perkembangan untuk mengenalpasti:-

  • penyebab kelewatan serta
  • Kekuatan serta kekurangan upaya mereka, masing-masing.

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan refraktif, contohnya, penglihatan perlu dibetulkan dengan memakai cermin mata yang sesuai. Bagi mereka yang buta, kaedah pembelajaran adalah dengan menggunakan Braille, manakala bagi mereka dengan penglihatan terhad, alat bantu membaca seperti kanta pembesar perlu digunakan.

Masalah kurang pendengaran juga menyebabkan masalah pembelajaran kerana ‘lain yang dicakap, lain pula yang didengar’. Masalah kurang pendengaran boleh dibantu dengan alat bantu dengar (hearing aid). Bagi mereka yang boleh mendengar dengan alat bantu dengar, pendidikan adalah dalam aliran perdana. Bagi mereka yang tidak dapat mendengar walaupun dengan alat bantu pendengaran, pembelajaran adalah melalui pendidikan khas menggunakan bahasa isyarat.

Bagi mereka yang alami masalah fizikal sahaja, pembelajaran boleh dilakukan dalam aliran perdana.

Bagi mereka yang didapati mengalami masalah pembelajaran akibta kurang stimulasi, seringkali dikatakan sebagai kanak-kanak ‘lembap pembelajaran’, kanak-kanak ini perlukan pendidikan di kelas pemulihan di mana latihan tubi, serta kemahiran tatacara memproses maklumat diberikan, bagi meningkatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira serta daya fikir mereka.

Kanak-kanak dengan masalah pembelajaran yang disebabkan oleh kekurangan intelek atau masalah tingkahlaku, masalah ini mungkin dapat dikurangkan dengan intervensi awal, dan sabahagiannya dapat menuntut dalam aliran perdana sama seperti kanak-kanak lain. Namun, adakalanya masalah pembelajaran yang dihadapi adalah teruk dan tidak dapat mengikuti aliran perdana. Mereka perlu mengikuti kurikulum pendidikan khas dan ada yang perlu fokus kepada memperkukuhkan latihan kemahiran dan vokasional.

“If the child does not learn the way we teach, then we must teach him the way in which he learns (Pollock and Waller).

Remaja dengan masalah pembelajaran

Remaja bermasalah pembelajaran sama seperti remaja lain. Mereka memerlukan penjagaan asas (makan, pakaian, tempat tinggal), kasih sayang, perlu menjalini persahabatan, pendidikan dan persediaan untuk kealam dewasa (berdikari, bekerja, kemahiran hidup bermasyarakat, berumahtangga dsbnya).

Remaja dengan masalah pembelajaran juga melalui perubahan bio-fizikal dan psikososial seperti remaja lain. Perkembangan seksual adalah sama. Remaja perempuan mengalami haid dan perubahan fizikal sekunder dan emosi sama seperti remaja lain. Remaja lelaki mengalami perubahan fizikal sekunder dan emosi sama dengan remaja lain. Dengan itu amatlah penting mengajar dan membimbing kanak-kanak dan remaja berkeperluan khas bermasalah pembelajaran berkaitan seksualiti terutamanya kebersihan diri, penjagaan diri dan keselamatan diri.

Masa depan kanak-kanak dan remaja dengan masalah pembelajaran

Kanak-kanak dan remaja bermasalah pembelajaran akan menjadi dewasa. Cabaran mereka menghadapi kehidupan akan bertambah dengan bertambahnya tanggungjawab. Antara yang perlu diberi penekanan sebagai persediaan adalah untuk bekerja, berumahtangga dan hidup bermasyarakat. Menjalani hidup sama seperti orang lain adalah hak semua inidividu, termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran, dan ini perlu seiring dengan tanggungjawab. Adalah tanggungjawab ibubapa dan penjaga serta keluarga dan masyarakat untuk memastikan mereka diberi hak serta peluang ini.

Semakan Akhir : 1 Disember 2011
Penulis : Dr. Aminah binti Bee

 

Artikel Berkaitan

Etika YouTube

Sumber: http://www.molotov-jukebox.co.uk/sharingIcons/icon_youtube.png Etika YouTube secara umumnya memberi tumpuan kepada pengguna

Favoristme Pejabat

Favoritisme pejabat dikenal sebagai individu atau kumpulan yang disukai oleh bos atau majikan dalam sesebuah organisasi. Topik ini popular dikatakan sebagai membodek atau mengampu dalam perhubungan dalam pekerjaan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia