A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Stres & Tingkah Laku Berisiko

Pengenalan

Stres boleh berlaku kepada kanak-kanak dan remaja. Kanak-kanak dan remaja pada hari ini terdedah kepada pelbagai peristiwa yang boleh menyumbang kepada stres diperingkat usia yang masih muda. Tindak balas yang tidak sihat terhadap stres berlaku apabila kanak-kanak dan remaja mengalami stres yang melampaui tahap yang boleh diterimanya.

Apakah kaitan stres dan tingkah laku kanak-kanak dan remaja ?

Kanak-kanak dan remaja yang tidak beruapaya memenuhi harapan tinggi orang di sekelilingnya (ibu bapa, guru) akan mewujudkan masalah emosi seperti (murung, sedih, resah dangelisah) serta masalah tingkah laku seperti (ponteng sekolah, mencuri, dan terlibat dalam jenayah).

Apakah punca-punca stres di kalangan kanak-kanak dan remaja?

Punca-punca stress di kalangan kanak-kanak dan remaja boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu:-

Peribadi/diri

  • Meletakkan cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi, mempunyai harga diri yang rendah, kurang yakin pada diri sendiri
  • Takut untuk gagal
  • Perubahan pada tubuh badan akibat hormon, penyakit atau pemakanan
  • Membandingkan diri dengan orang lain seperti adik-beradik atau rakan

Rumah

  • Konflik antara ibu bapa atau keluarga, perpisahan dengan ibu bapa atau keluarga
  • Perceraian ibu bapa atau kematian ibu bapa
  • Kelahiran adik baru
  • Berpindah rumah baru
  • Mengalami penderaan dan pengabaian

Sekolah

  • Bertukar sekolah
  • Dihukum guru atau dipersendakan rakan di sekolah
  • Berkelahi dengan rakan-rakan
  • Dibuli rakan

Persekitaran Sosial

  • Kekurangan dari segi sosio-ekonomi (tempat tinggal sempit, tiada tempat permainan, tiada sistem pembetungan, air dan elektrik)
  • Persekitaran dan kejiranan yang kurang selamat (ketagihan alkohol, penyalahgunaan dadah, pelacuran).

Bagaimana stres boleh mempengaruhi kanak-kanak/remaja?

Secara positif:

Secara positif, stres boleh memotivasikan seseorang untuk memperbaiki dirinya sehingga ia dapat menghasilkan kerjanya dengan cemerlang. Contohnya pelajar perlu menghadapi peperiksaan walau pun peperiksaan itu suatu stres kerana tanpa peperiksaan pelajar tidak akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang memuaskan.

Secara negatif:

Kesan negatif stres terhadap kanak-kanak dan remaja boleh dibahagikan kepada kesan emosi, fizikal dan tingkah laku.

  • Kesan emosi adalah seperti menangis, membuat perangai, mengundurkan diri daripada situasi yang tidak disenangi, risau, letih, tertekan, memencilkan diri, marah dan agresif.
  • Kesan fizikal adalah seperti sakit kepala atau sakit perut.
  • Kesan tingkah laku adalah seperti enggan mematuhi arahan (melanggar peraturan sekolah) dan perlakuan berisiko tinggi seperti penyalahgunaan dadah, merokok, lumba haram, mencuri dan mencederakan diri.

Apakah gejala stres di kalangan kanak-kanak dan remaja?

Gejala stres berlaku apabila ia tidak dapat ditangani oleh kanak-kanak dan remaja. Kesannya juga berbeza dari segi simptom dan tahap keseriusannya. Kanak-kanak dan remaja akan menunjukkan perubahan tingkah laku dan bertindak melakukan perkara-perkara yang di luar batasan usia mereka. Kanak-kanak berumur 2-6 tahun, mereka akan menunjukkan kemerosotan tingkah laku seperti menghisap ibu jari, menangis dan merengek kerana merasa takut tanpa kehadiran ibu-bapa. Di peringkat awal, kanak-kanak ini boleh menunjukkan tanda –tanda seperti :

  • memencilkan diri
  • sikap tidak mempercayai sesiapa
  • tidak mahu hadir ke sekolah atau tidak suka berkawan
  • bersikap menentang atau tidak mematuhi arahan
  • panas baran
  • mempunyai masalah untuk melahirkan perasaan

Kanak-kanak berusia 6-12 tahun menunjukkan tanda-tanda seperti:

  • bimbang tentang masa depan
  • mengadu sakit kepala
  • mengalami masalah tidur
  • hilang selera makan
  • kurang menumpukan perhatian pada kerja sekolah
  • kencing malam

Bagi remaja pula, mereka boleh mengalami:

  • rasa marah dan kecewa,
  • sering risau tentang masa hadapan
  • kurang keyakinan diri dan rasa tidak percaya terhadap orang dewasa.
  • tidak mampu untuk membuat keputusan
  • lemah daya tumpuan, daya ingatan dan perhatian kurang
  • mengalami mimpi buruk
  • berfikiran negatif serta mudah putus asa
  • merasa dirinya tidak berharga serta cenderung untuk mencederakan diri sendiri
  • sukar tidur
  • keras kepala atau degil

Kadangkala remaja yang mengalami stres akan menunjukkan tingkah laku aggresif atau depressif. Tingkah laku agresif adalah tingkah laku yang ‘menentang’ orang lain atau pun tingkah laku yang berisiko tinggi seperti membuli, berbohong, memusnahkan harta benda, mengambil dadah, mencuri dan ponteng sekolah. Tingkah laku depresif pula adalah seperti mencederakan diri sendiri dan membunuh diri.

Bagaimana mengatasi stres di kalangan kanak-kanak dan remaja ?

Stres boleh di atasi. Kanak-kanak dan remaja perlu mempelajari cara-cara untuk mengatasinya agar hidup mereka lebih sihat dan terlindung daripada tingkah laku negatif yang akan menyusahkan hidup mereka. Cara-caranya ialah:

  1. Kenal pasti tanda-tanda stres .
  2. Menyukai/menyayangi diri sendiri supaya kita dapat merasa tenang
  3. Lakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri (jangan meniru/mengikut orang lain untuk menunjukkan kita hebat)
  4. Cuba menerima apa yang kita tidak dapat ubah dan jangan risau tetang kekurangan yang ada
  5. Berkongsi masalah dengan keluarga, kawan-kawan atau guru kaunseling. Mereka boleh memberikan bantuan pendapat dan cadangan supaya kita boleh membuat keputusan dengan lebih baik dan berkesan.
  6. Berfikiran positif. Nyatakan saya boleh, saya mampu buat.
  7. Merancang masa dengan bijak
  8. Lakukan aktiviti riadah/bersenam/bermain di masa lapang.
  9. Bersikap asertif/tegas diri – berani berkata “TIDAK”.
  10. Tetapkan matlamat yang realistik/boleh dicapai.
  11. Beribadat/mengerjakan solat dan berdoa kepada Allah – ini boleh mententeramkan diri
  12. JANGAN MEROKOK ATAU MENGAMBIL DADAH UNTUK MELEGAKAN STRES. IA TIDAK DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH DAN HANYA AKAN MENJADIKAN MASALAH KITA BERTAMBAH BURUK.
Semakan Akhir : 03 Mei 2011
Penulis : Dr. Nurashikin binti Ibrahim

 

Artikel Berkaitan

Kemurungan

Apakah itu kemurungan? Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan

Tingkah Laku Devian

Biasanya Devian ini untuk orang dewasa tapi bagi mereka dibawah umur dan masih bersekolah, mereka di rujuk sebagai tingkah laku Delinkuen. Samalah ertinya dengan pembuli, gangster sekolah, bersekedudukan tanpa nikah dan pelbagai lagi perlakuan negatif itu.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia