A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Remaja Umum
  6. /
  7. Bagaimana Otak Remaja berfungsi!

Bagaimana Otak Remaja berfungsi!

Remaja sering kali menjadi mangsa salah faham oleh orang dewasa. Sebahagiannya adalah kerana otak mereka masih belum matang sepenuhnya dan orang dewasa biasanya cepat menilai apa saja tindakan yang dilakukan.

Remaja sering kali menjadi mangsa salah faham oleh orang dewasa. Sebahagiannya adalah kerana otak mereka masih belum matang sepenuhnya dan orang dewasa biasanya cepat menilai apa saja tindakan yang dilakukan.

Otak remaja masih dalam proses perkembangan dan banyak hubungan penting di seluruh otak masih berlaku semasa remaja membesar. Ini bermakna sel-sel saraf pada bahagian otak remaja masih dalam proses pembentukan dan kematangan.  Proses ini dipanggil pemangkasan. Ini bermakna sel-sel saraf yang menghubungkan bahagian-bahagian otak remaja akan terus terbentuk atau dipangkas. Proses ini berlaku terutama semasa waktu tidur. Tidur adalah amat penting bagi perkembangan dan kematangan otak remaja.

Sebahagian daripada proses pembentukan otak remaja yang jarang di guna akan dipangkas. Pada waktu yang sama bahagian otak yang lain akan lebih matang. Ini lah caranya otak remaja menjadi matang dan dapat berfungsi dengan baik. Jika seseorang ingin mempelajari bahasa atau bermain alat muzik adalah paling baik di pelajari semasa usia muda.

Pernahkah anda memikirkan mengapa anda melakukan sesuatu secara impulsif? Jadi, anda perlu tahu bahawa bahagian otak yang berfungsi membantu anda dalam membuat pertimbangan adalah bahagian  lobus Frontal di otak anda.

Lobus frontal bertanggungjawab untuk kawalan emosi , impuls dan dalam membuat pertimbangan. Walaubagaimanapun bahagian otak lobus frontal ini berkembang dan matang sepenuhnya yang paling akhir iaitu ketika usia awal dua puluhan.

Itulah sebabnya dalam tempoh ini, ramai remaja ditangkap oleh penguatkuasa undang-undang kerana melakukan kesalahan. Ia juga merupakan masa anda bereksperimen dan ketidakupayaan untuk menilai dengan bijak menyebabkan anda terjebak dalam bahaya atau masalah. Anda boleh membantu diri anda dengan memilih gaya hidup yang tidak berisiko seperti bersukan dan melancong . Elakan diri melakukan aktiviti negatif seperti merokok dan mencuri.

Oleh itu semasa usia remaja anda, otak anda terus berkembang dan dalam proses perkembangan ini keupayaan membuat pertimbangan dan kawalan impulse juga akan menjadi lebih baik.

Semasa zaman remaja anda, perkembangan fizikal, hormon dan otak banyak mempengaruhi anda menyebabkan pemikiran anda dikuasai oleh fantasi seksual, sukakan muzik, pemberontakan dan keinginan melibatkan diri dengan aktiviti berisiko tinggi.

Semasa proses  anda membesar, otak akan menjadi lebih matang dan anda akan dapat membuat penilaian yang lebih baik. Berita baik untuk remaja, otak remaja mempunyai banyak ruang untuk berkembang dan menjadi matang, ini bermakna remaja masih boleh berubah, adaptasi dan memberi respon yang baik apabila suasana berubah. Orang dewasa di sekeliling anda akan sentiasa memberi nasihat demi kebaikan anda.

Bersabarlah remaja ku sayang . Otak dan pemikiran anda akan menjadi matang akhirnya dan anda akan menjadi dewasa dengan lebih bijak dan bahagia. Sementara itu, adalah amat penting bagi remaja untuk mendapat bimbingan dan pertolongan daripada ibu bapa atau guru jika anda mengalami apa jua masalah yang tidak dapat di selesaikan atau memerlukan bantuan mereka.

 

Rujukan:

  1. Institut Kesihatan Mental Negara, Paul Thompson, PhD.UCLA
  2. Sumber: Institut Kesihatan Mental Negara; Paul Thompson, Ph.D, UCLA Laboratory of Neuro Imaging
Semakan Akhir : 25 Jun 2018
Penterjemah :  Dr.Siti Aishah Bt. Saidin     
Akreditor :  Dr. Norizzati Bukhary bt. Ismail Bukhary

Artikel Berkaitan

Perkauman

Perkauman adalah kepercayaan bahawa kemampuan dan ciri-ciri yang dikaitkan dengan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia