A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. 15 jenis makanan dan...

15 jenis makanan dan minuman dilarang jual

Utusan Malaysia

Selasa, 25/04/2011

15 jenis makanan dan minuman dilarang jual

KUALA LUMPUR 25 April – Kementerian Kesihatan menyenaraikan 15 jenis makanan dan minuman yang tidak berkhasiat dan akan dilarang penjualannya di kantin sekolah seluruh negara.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, senarai cadangan tersebut telah pun dikemukakan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) kementerian tersebut kepada Kabinet pada 4 April lalu dan keputusan muktamad akan diketahui bulan depan.

Menurut beliau, antara menu yang dilarang termasuk mi segera; gula-gula dan coklat; makanan yang diproses seperti burger, hotdog dan nugget; makanan yang dijeruk sama ada basah atau kering; teh dan kopi serta minuman berperisa kecuali susu berperisa.

"Garis panduan baru yang dicadangkan juga mengemukakan senarai 60 jenis menu yang boleh dijual kepada para pelajar tetapi dengan kuantiti yang dikawal.

"Ini termasuk mencadangkan penjualan nasi lemak dan nasi goreng secara berjadual iaitu sebanyak dua kali seminggu selain lontong, nasi pulut dan mi kari (sekali seminggu) selain beberapa menu seperti mi, bihun dan kuetiau sup yang boleh dijual setiap hari," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Pertama Pegawai-Pegawai Sains Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Persidangan julung-julung kali diadakan itu dihadiri 250 peserta terdiri daripada kalangan para pegawai sains kementerian, universiti dan pihak swasta.

Rosnah berkata, pihaknya berharap para pengusaha kantin akan memberi sokongan kepada garis panduan pemakanan tersebut apabila diluluskan kelak bagi membantu mengatasi masalah obesiti di kalangan pelajar sekolah dewasa ini.

Malah bagi memantau penyediaan dan kebersihan makanan di kantin-kantin sekolah, pihaknya akan menghantar pegawai kesihatan dan inspektor kesihatan untuk melakukan lawatan secara mengejut pada setiap masa.

"Kementerian juga bercadang untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam mengeluarkan garis panduan bagi para peniaga yang menjual makanan tidak berkhasiat di luar premis sekolah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Rosnah berkata, masih terdapat beberapa kekangan yang menyebabkan profesion saintis tidak diisi di negara ini termasuk syarat-syarat ketat yang dikenakan kepada para siswazah yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Menurut beliau, setakat September tahun lepas, biarpun terdapat 1,160 pegawai sains di Kementerian Kesihatan namun masih ada 303 kekosongan yang perlu diisi bagi memantapkan perkhidmatan kesihatan di negara ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Rosnah berkata, kerajaan menyediakan insentif sebanyak RM15,500 kepada para penyelidik yang berjaya menghasilkan paten selain mendapat royalti sebanyak 80 peratus daripada hasil pengkomersialan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Sehubungan itu, katanya, para saintis kementerian tersebut digalakkan untuk berganding tenaga bagi menjayakan inovasi-inovasi baru serta melahirkan paten-paten canggih berkaitan perubatan dan kesihatan.

 

  {module berita:news}

 

Artikel Berkaitan

Pembengkakan Prostat Bukan Kanser

Your browser does not support the video tag. [flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv] Download:

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,430

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia