A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. 2 kementerian bincang larangan...

2 kementerian bincang larangan jual nasi lemak

Utusan Malaysia

Khamis, 16/06/2011

2 kementerian bincang larangan jual nasi lemak

PETALING JAYA 15 Jun – Kementerian Pelajaran akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan berhubung cadangan larangan penjualan nasi lemak di semua kantin sekolah Rabu depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, perbincangan itu diadakan berikutan dakwaan yang mengaitkan nasi lemak sebagai punca kepada masalah obesiti di kalangan murid sekolah.

"Ini bukan soal boleh jual atau tidak, tetapi apa yang baik untuk kesihatan pelajar.

"Kalau kita melarang penjualan di sekolah, mereka boleh makan nasi lemak di luar dengan ibu bapa. Kita perlu memberi pendidikan kepada pelajar tentang cara pemakanan yang sihat mengikut piramid makanan," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan laman web tutorial pendidikan EzLearn2U di sini hari ini.

Menurut beliau, guru-guru mungkin boleh menggunakan pendekatan pembelajaran di dalam kelas dengan menjelaskan kepada pelajar tentang jumlah kalori yang dimakan dan aktiviti yang perlu dilakukan untuk membakar kalori tersebut.

"Kementerian juga akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang indeks jisim badan (BMI) kerana ramai pelajar yang tidak tahu tentang berat ideal mereka.

"Kita juga mungkin memanggil ibu bapa pelajar yang menghadapi masalah obesiti ke sekolah untuk berbincang dan menyelesaikan perkara itu bersama guru," katanya.

Mengenai penjualan makanan ringan di luar kawasan sekolah, Ka Siong berkata, ia berada di luar bidang kuasa kementerian untuk mengambil tindakan terhadap peniaga berkenaan.

  {module berita:news}

 

Artikel Berkaitan

Viagra

What is Viagra? Viagra is a product containing Sildenafil citrate

Z

  Tiada Video

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,764,851

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia