A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Amputasi Anggota Bawah

Pengenalan

Jumlah pesakit yang mengalami amputasi semakin meningkat dari masa ke semasa, terutama yang melibatkan kaki. Kebanyakannya disebabkan oleh masalah perubatan seperti kencing manis, vaskular  dan kemalangan. Pada kebiasaannya pesakit yang mengalami amputasi ini, akan mengalami kejutan, kekeliruan, ragu-ragu serta tidak pasti bagaimana untuk menjalani kehidupan baru selepas mengalami amputasi. Dilabelkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) juga menjadikan pesakit kita kurang keyakinan diri bagi meneruskan kehidupan mereka.

Oleh itu maklumat ini disediakan bagi membantu pesakit amputsi meneruskan kehidupan mereka dengan lebih bermakna. Di samping menerangkan peranan profesion Terapi Carakerja dalam membantu pesakit meneruskan kehidupan dengan lebih bermakna.

Berikut adalah maklumat yang diharapkan dapat membantu pesakit amputasi menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.

Definisi Amputasi

Maksud amputasi adalah memotong sebahagian daripada anggota badan dengan (dengan kaedah perubatan) atau disebabkan oleh kemalangan.

Misalnya. Amputasi dibawah paras lutut. Bermaksud pemotongan anggota berkenaan adalah dari paras lutut ke bawah.

 

Amputasi paras bawah lutut

 

Jenis-jenis amputasi anggota bawah

Jenis-Jenis Amputasi Anggota Bawah

  1. Disartikulasi Sendi Pinggul
  2. Hemipelvectomy
  3. Amputasi atas lutut (Trans-femoral amputation)
  4. Disartikulasi Sendi lutut
  5. Amputasi Bawah Lutut (Trans-tibia amputation)
  6. Disartikulasi Sendi Pergelangan Kaki (Symes)
  7. Amputasi Kaki (Chopart)
   
 Amputasi sebelah kaki (kaki kiri)  Amputasi kedua-dua belah kaki

Sebab-Sebab  Amputasi Anggota Bawah.

  1. Kemalangan
  2. Penyakit seperti diabetis, saluran darah, jangkitan kuman, tumor dan lain-lain.
  3. Kongenital (kudung/kehilangan anggota bawah sejak lahir).

Masalah Serta Komplikasi Akibat Amputasi Anggota Bawah

  1. Masalah Perubatan
  • Kegagalan mengikut panduan penjagaan kesihatan akan menyebabkan proses penyembuhan menjadi perlahan.
  • Kesakitan pada tempat yang dipotong (Stump).
Sebelum mengalami amputasi Proses penyembuhan selepas amputasi

2. Masalah dan keupayaan fizikal pesakit

Keadaan dan keupayaan fizikal pesakit yang lemah akan menyebabkan komplikasi seperti :

  •  Kontraktur (sendi yang berhampiran tempat pemotongan akan menjadi bengkok)
  • Berlaku pengecutan otot yang tidak seimbang dan ini akan mengakibatkan pembentukan Stump tidak sempurna
  • Berlaku gangguan pada saraf deria.
  • Kelemahan atau kurang keupayaan fizikal secara umum. Ini akan menjejaskan kebolehan pesakit dalam imbangan badan dan kebolehan untuk   berjalan.

3. Masalah Psikologikal

Kebanyakan pesakit sentiasa berfikiran negatif. Tidak faham mengenai masalah/ prosedure perubatan menyebabkan mereka beranggapan tidak diberikan pilihan atau peluang dan terpaksa menjalani prosedur amputasi. Dalam keadaan dilema dan tertekan, Kebanyakan pesakit akan mengalami kemurungan, kebimbangan dan keresahan. Perubatan penampilan fizikal serta stigma sebagai Orang Kurang Upaya (OKU). Ini akan mengganggu dan menjejaskan program pemulihan pesakit.

4. Masalah  Sosioekonomi

Kebanyakan pesakit akan mengalami tekanan psikologikal, ini disebabkan kecacatan yang dialami. Kalau dulu sebelum menjalani amputasi, pesakit masih boleh berjalan dan berkerja. Tetapi setelah menjalani amputasi, pesakit akan kehilangan kaki dan terpaksa menggunakan tongkat dan kerusi roda untuk bergerak. Walaupun pesakit boleh menggunakan kaki palsu untuk berjalan, pergerakan dan keupayaan pesakit terjejas dan ini menjejaskan kebolehan pesakit untuk berkerja dan menjalankan kehidupan hariannya seperti biasa. Ini akan mengakibatkan pesakit:

  • Tidak mendapat sokongan keluarga dan masyarakat
  • Pesakit hilang pekerjaan dan sumber pendapatan
  • Sukar mendapat peluang kerja atau mencari pekerjaan baru
  • Sukar bertahan dalam menghadapi tekanan di tempat kerja dan masyarakat.
  • Sukar menghadapi persepsi masyarakat
  • Kurang kemudahan asas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) di kawasan persekitaran
Kurang kemudahan asas bagi pesakit atau Orang Kurang Upaya (OKU)

Rujukan

Ade S, Eckert J: Occupational therapists’ expertise in work rehabiliation and ergonomics. work. 2008, 2008: 1-3.Google Scholar

Aitken RC: To work or not to work: that is the question. Br J Ind Med. 1990, 47: 436 -441.PubMedPubMed CentralGoogle Scholar

Amputee Rehabilitation (Maklumat dan Panduan Pesakit). Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital Kuala Lumpur (2010).

Developed by Kristin L. Gulick, OTR/L, CHT, for the American Occupational Therapy Association. Updated and copyright © 2016 by the American Occupational Therapy Association. This material may be copied and distributed for personal or educational uses without written consent. For all other uses, contact copyright@aota.org.

Meriano C, Latella D: Occupational Therapy Interventions Function and Occupations. 2008, Thorofare: SLACK IncorporatedGoogle Scholar

Otto Bock Prosthetic Compendium, Lower Limb Prostheses, 3rd revised and enlargement edition

Radomski, M.V and Latham, C.A.T (2008). Occupational Therapy For Physical Dysfunction: Lippincott Williams and Wilkins

Radomski, Mary Vining and Catherine A. Trombly Latham (2008). Occupational Therapy for Physical Dysfunction. Lippincott Williams and Wilkins.

Otto Bock Prosthetic Compendium, Lower Limb Prostheses, 3rd revised and enlargement edition.

Therapy For Amputees (Third Edition) Edited By: Barbara Engstrom, Catherine Van De Ven

Wright M: Early return to work & occupational therapy. OT Practice (OT PRACT). 1997, 2: 36-42.Google Scholar

Ziegler-Graham, K., MacKenzie, E. J., Ephraim, P. L., Travison, T. G., & Brookmeyer, R. (2008). Estimating the prevalence of limb loss in the United States: 2005 to 2050. Archives of Physical Medicine and Rehabilitation, 89, 422–429. http://dx.doi.org/10.1016/j.apmr.2007.11.005.

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Rosli Bin Rahim
Akreditor : Mohd Amir Bin Mohd Hashim
Penyemak : Tan Foo Lan

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia