A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Gigi Yang Tidak Boleh Diselamatkan

Terdapat keadaan di mana gigi rosak tidak dapat diperbaiki lagi dan di panggil sebagai "tidak boleh diselamatkan". Gigi ini tidak dapat bertahan lama di dalam mulut dan tempoh hayatnya tidak dapat dijangkakan.

Pengenalan

Matlamat rawatan pergigian adalah untuk menyelamatkan gigi untuk seumur hidup. Walau bagaimanapun, terdapat keadaan di mana gigi rosak tidak dapat diperbaiki lagi dan di panggil sebagai “tidak boleh diselamatkan”. Gigi ini tidak dapat bertahan lama di dalam mulut dan tempoh hayatnya tidak dapat dijangkakan.

Ciri-ciri klinikal

Dalam sesetengah kes, gigi boleh pecah teruk; Samada akibat kerosakan gigi, patah atau trauma. Keadaan ini menyukarkan restorasi yang di buat bertahan lama kerana terlalu banyak struktur gigi yang telah hilang. Dalam keadaan ini, adalah wajar jika memilih untuk mencabut gigi sebagai opsyen di ikuti dengan pilihan penggantian yang difikirkan sesuai.


Foto 1: Gigi bawah premolar kedua yang tidak boleh di selamatkan


Foto 2: Gigi bawah molar pertama yang tidak boleh di selamatkan

Faktor faktor Penyebab

Berikut adalah beberapa sebab mengapa gigi boleh dianggap tidak dapat diselamatkan:

  1. Gigi yang terlalu reput secara meluas atau kerosakan gigi yang sangat teruk. Senario ini tidak memungkinkan doktor gigi dapat memulihkan gigi sepenuhnya, maka gigi akan jadi lebih rosak, sakit dan kemungkinan jangkitan kuman berlaku.
  2. Masalah periodontal yang lanjut. Sekiranya masalah periodontal tidak boleh di kawal, akan menyebabkan gusi mulai menyosot, tulang akan mulai mengecut dan seterusnya, kehilangan gigi akan menyusul.
  3. Resorpsi gigi adalah proses pergigian yang berlaku apabila sel di sekeliling gigi mula memakannya. Hal ini sering di lihat disebabkan oleh kejadian berbentuk trauma.
  4. Nisbah gigi-ke-akar yang kurang dari satu ke satu adalah tidak ideal. Dengan kata lain, gigi yang terkandung di dalam tulang haruslah sekurang-kurangnya jumlah yang sama di luar tulang. Daya yang bertentangan dengan paksi menegak gigi yang dikenakan ke atas gigi adalah sangat tidak stabil terutama pada gigi yang telah dikompromi.
  5. Gigi yang tercabut keluar atau knocked out dan tidak dimasukkan semula ke soket dalam masa satu jam (bergantung pada peringkat perkembangan akar), prognosis keseluruhan untuk mengekalkan gigi itu dalam arkus pergigian adalah rendah. Gigi akhirnya tidak dapat boleh bertahan lama.
  6. Akar yang patah secara menegak terutama jika ia telah terdedah ke dalam rongga mulut, akan mempunyai prognosis yang buruk dan dianggap tidak dapat bertahan.

Memulihkan Gigi Yang rosak teruk

Objektif

Terdapat banyak faktor penting yang terlibat dalam menentukan sama ada gigi boleh dipulihkan atau tidak. Prognosis dari aspek prosthodontik, aspek periodontal, aspek endodontik dan beberapa faktor umum yang berkaitan adalah contoh yang berkaitan. Objektif utama pemulihan gigi ini adalah untuk:

  • Menggalakkan pengekalan gigi dalam mulut.
  • Memulihkan fungsi kegigian yang bebas dari kesakitan.
  • Melindungi tisu struktur gigi yang tinggal dari kerosakan berterusan akibat karies dan kerosakan bukan karies.
  • Memberi kestabilan gigitan dan sentuhan dengan gigi bersebelahan.
  • Memberikan estetika yang optimum.
  • Memperbaiki kesihatan tisu penyokong disekeliling gigi.
  • Memperbaiki kesihatan tisu sekitar hujung akar gigi.

Pemulihan Gigi yang telah kompromi

Pengurusan Restoratif gigi yang telah terkompromi secara optima hanya boleh di lakukan jika pemeriksaan gigi di buat secara sistematik dan teliti, berdasarkan konteks pergigian, struktur sokongan dan pesakit secara keseluruhannya. Sudah tentu, akan ada sedikit perbedaan pandangan di kalangan pesakit mengenai keputusan perancangan rawatan yang dibuat. Terdapat beberapa pesakit yang sanggup melabur dan menjalani tempoh rawatan yang panjang dengan harapan gigi ini dapat di selamatkan, walaupun sudah di maklumkan tentang prognosis gigi yang diramalkan tidak berapa baik. Sebaliknya, terdapat pula sesetengah pesakit yang enggan menerima apa-apa rawatan yang kompleks, dan hanya ingin mendapatkan rawatan yang difikirkan terbaik dengan keputusan yang boleh mereka ramalkan. Walau apa pun pendapat mereka, keputusan yang di ambil mesti lah dihormati.

Kenapa perlu kepada cabutan

Gigi yang sudah tidak boleh dipulihkan walaupun dengan rawatan endodontik atau digunakan sebagai sokongan pada pemakian gigi palsu / prostetik mungkin perlu di cabut.

Ia boleh menyebabkan kejadian penyakit yang akan membawa kepada lebih banyak jangkitan, keradangan bukan sahaja kepada gigi itu sendiri tetapi juga tisu sokongan sekitar dan struktur tulang di bawahnya. Ia akan menyebabkan penyakit gusi yang teruk, pengecutan tulang dan kadang-kadang keretakan gigi.

Menggantikan gigi yang hilang

Terdapat beberapa pilihan untuk menggantikan gigi yang hilang; Walau bagaimanapun, setiap senario adalah berbeza dan unik dengan kebaikan dan keburukan masing masing.

Pilihan penggantian bergantung kepada faktor kebersihan secara keseluruhan individu, kebersihan mulut, keadaan gigi bersebelahan, keselesaan, matlamat, estetik, dan beberapa faktor lain. Di samping itu, status gigi berdekatan mungkin merupakan pertimbangan yang sangat penting dalam menentukan pilihan terbaik bagi pesakit.

Implan : Skrew Titanium dimasukkan ke dalam soket tulang di gigi yang hilang dan dibiar untuk sembuh. Selepas implan bersepadu dengan tulang, sarung korona diletakkan di struktur atas implan dan ia akan kelihatan seperti sebatang gigi asli.

Jambatan : Gigi yang berdekatan dengan gigi yang hilang di kecilkan kemudian di sarungkan bersama untuk menyokong dan menggantikan gigi yang hilang di tengah.

Dentur : Boleh dibuat untuk menggantikan satu atau banyak gigi yang hilang, ia boleh di perbuat dari resin yang fleksibel, atau sokongan logam tuangan.

Meninggalkan ruang : Dalam beberapa kes, pilihan untuk meninggalkan ruang di mana gigi telah dikeluarkan. Juga boleh dilakukan

Rujukan

  1. What Is A Non-Restorable Tooth?. August 2, 2016; Dr. Susan Wood/ google search
  2. 9 Reasons for Tooth Extraction – Dr. M. Jasim. Source: dentistsnearby.com/google search
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis / Penterjemah : Dr. Balkis bt. Ghazali
Akreditor : Dr. Rohani bt. Mahmood
Penyemak : Dr. Roshima bt. Mohd Sharif

Artikel Berkaitan

Peningkatan Usia dan Perubahan Gusi

Penyusutan gusi telah memberi kesan ke atas peratusan besar golongan warga tua. Disebabkan terdapat pendedahan akar, golongan ini lebih cenderung untuk mendapat karies dan penyakit gusi.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia