Remaja adalah individu yang mempunyai minat sendiri dan minatnya tidak mungkin sama dengan ibu bapa. Walau bagaimanapun, bukanlah perkara yang pelik bagi ibu bapa untuk menentang atau tidak bersetuju dengan apa yang remaja mahu lakukan.Kadang-kadang ibu bapa tidak menyedari yang mereka telah menutup hobi dan minat remaja mereka.
Ibu bapa juga mungkin bertindak menghakimi anak-anak mereka, dan mereka tidak menyedarinya. Ramai remaja mempunyai impian besar tetapi mereka bimbang tentang apa yang ibu-bapa akan berfikir terhadap mereka.Sesetengah remaja bimbang mereka akan mengecewakan ibu bapa mereka dan seterusnya menyebabkan ibu bapa mereka marah.
Harapan tinggi ibu bapa terhadap remaja boleh menjadi beban kepada remaja tersebut. Kebanyakan remaja berpendapat bahawa mereka perlu meyakinkan ibu bapa mereka untuk membiarkan mereka memilih apa yang mereka suka atau memilih jalan kerjaya yang mereka sukai.
Kenapa ibu bapa anda menentang minat anda?:
Apabila ibu bapa menentang minat anda, ibu bapa mungkin mempunyai alasan tersendiri kenapa mereka berpandangan sedemikian. Antara sebab-sebabnya adalah seperti di bawah:
- Mereka mahu melindungi anda
- Takut untuk melakukan perubahan
- Ibu-bapa memerlukan anda disampingnya
Ibu bapa anda tidak mahu melihat anda kecewa.Mereka mahu anda berjaya pada segala-galanya dan tidak mahu anda melalui kegagalan.
Ibu bapa boleh menentang pada perubahan atau penyimpangan daripada kebiasaan.Perubahan boleh menjadi tidak selesa, tidak dapat diramalkan dan mewujudkan kebimbangan.Mereka mungkin tidak jelas mengenai butiran minat anda dan prospeknya.
Sesetengah ibu bapa mahu anda berada dekat dengan mereka. Jika anda adalah sokongan harapan utama ibu bapa anda untuk menjaga mereka, anda tidak seharusnya meninggalkan ibu bapa anda begitu sahaja.
Cadangan tentang apa yang perlu dilakukan oleh remaja:
- Sekiranya anda ingin meyakinkan ibu bapa anda, anda harus jelas tentang apa yang anda ingin capai.Pastikan anda memahami sepenuhnya matlamat anda dan mempunyai strategi untuk mencapainya.
- Melakukan kajian mengenai kepentingan atau laluan kerjaya terutama berkaitan dengan kerjaya yang ibu bapa anda tidak bersetuju itu.
- Bercakap dengan orang dalam kerjaya pilihan tersebut untuk mendapatkan maklumat dari seseorang yang arif. Dapatkan pandangan dari mereka yang telah melalui masalah yang sama dan bagaimana mereka menyelesaikannya. Ini adalah untuk mendapatkan idea dalam membuat keputusan yang tepat. Anda juga boleh meminta ibu bapa anda untuk berhubung dengan mereka.
- Tunjukkan pada ibu bapa anda kesungguhan anda dengan minat anda dengan melakukannya dengan betul, pastikan anda tidak mengabaikan tanggungjawab dan tugasan lain.
- Dapatkan bantuan seseorang (contoh: guru, kaunselor)
<li?Ketahui lebih lanjut mengenai kerjaya, kurikulum atau peluang pekerjaan. Ini akan memberi anda keyakinan dan pengetahuan tambahan untuk menyampaikan kepada ibu bapa anda.
Rujukan:
1. http://ndoherty.com/parents/
2. https://www.quora.com/How-can-I-convince-my-parents-to-let-me-pursue-my-desired-career
Semakan Akhir | : | 05 Oktober 2017 |
Penterjemah | : | Dr. Rozimah Bt. Abdul Latif |
Akreditor | : | Dr. Norizzaty Bukhary Bt. Ismail Bukhary |