A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Swafoto

Selfie adalah gambar potret diri. Ia sering dikongsi di perkhidmatan rangkaian sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Akhir-akhir ini, mengambil swafoto biasanya boleh dilihat di mana-mana oleh itu anda dengan mudah boleh menemukan orang yang sedang melakukan swafoto. Phenomena swafoto ini berlaku di seluruh dunia  pada semua golongan umur namun ia lebih popular di kalangan remaja. Swafoto juga telah menjadi buku harian visual kolektif bagi sesetengah individu tersebut. Ia bukan sesuatu yang baru terutama dalam era ini di mana alat elektronik dan gajet adalah satu keperluan dan begitu mudah didapati.

Adakah anda tahu swafoto telah wujud pada tahun 1839 dan ianya dilakukan oleh Robert Cornelius. Penggunaan awal perkataan swafoto juga dapat dikesan sejak 2002 dalam forum internet di Australia.

Apa Itu Swafoto?

Swafoto adalah gambar potret diri. Ia sering dikongsi di perkhidmatan rangkaian sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Swafoto biasanya diambil dengan kamera digital atau telefon kamera yang dipegang di tangan atau disokong oleh tongkat swafoto.

Mengapa Swafoto? 

Terdapat banyak sebab untuk berswafoto. Selain daripada salah satu dari cara berkomunikasi dan berkongsi emosi dalam media sosial, penghantar juga berharap untuk mendapat dorongan, komen yang mengagumkan, dikongsikan dengan yang lain dan mendapat jumlah disukai di laman sosial. Kebaikan Swafoto sangat popular di kalangan remaja kerana ia adalah salah satu cara untuk mengekspresikan diri anda. Ini akan membolehkan anda untuk berkongsi emosi anda dengan berkongsi gambar dengan orang lain. Dengan mempunyai swafoto, ia dapat meningkatkan keyakinan diri dan ekspresi diri anda. Swafoto juga boleh menjadi cara untuk meningkatkan kreativiti anda.

Keburukan Swafoto 

Berhati-hati anda boleh menjadi ketagihan untuk terus melayari internet jika anda menghabiskan masa yang terlalu lama di media sosial.Anda juga boleh menjadi begitu terlalu obses untuk mendapatkan gambar yang terlalu sempurna. Sementara cuba menghantar gambar sempurna anda mungkin mengalami masalah dengan imej badan anda. Selfie boleh mencetuskan persepsi tentang kepuasan diri atau mencari perhatian sosial yang menimbulkan narsisisma atau merasa rendah diri. In boleh mengakibatkan masalah kesihatan mental seperti kemurungan.

Apakah Tanggungjawab Anda?

Anda mempunyai hak untuk mengambil gambar diri sendiri dan dikongsikan, tetapi jadilah remaja yang bertanggungjawab. Belia yang bertanggungjawab hanya akan berkongsi sesuatu yang berguna dengan penuh tanggungjawab. Tanpa kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap kiriman (posting) di media sosial, boleh menyebabkan kesan buruk melebihi yang baik. Anda juga perlu peka terhadap perasaan orang lain mengenai  kiriman/diri anda. Bertimbangrasalah, kerana orang lain mungkin tidak menyukai atau jelak untuk melihat foto anda.

Apa Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dilakukan Tentang Selfie?

  1. Hati-hati dengan persekitaran anda dan pastikan keselamatan sebelum mengambil gambar diri sendiri. Contohnya sekiranya anda mengambil selfie di ketinggian yang tinggi atau sudut yang sempit atau di laluan keretaapi ini boleh menimbulkan bahaya. Obsesi anda untuk mendapatkan gambar terbaik mungkin berakhir dengan tragedi.
  2. Berfikir dahulu sebelum berkongsi selfie anda. Anda mungkin mendedahkan diri anda untuk dijadikan mangsa penderaan seksual dengan menggunakan foto yang tidak sesuai.
  3. Ingatlah bahawa dengan berkongsi selfie anda, anda secara tidak sengaja telah berkongsi maklumat dan memberi kesempatan kepada oportunis untuk memanfaatkan anda.
  4. Teks atau gambar boleh dengan mudah disalin dan disebarkan tanpa pengetahuan anda. Sebaik sahaja anda menekan hantar, ia menjadi diluar kawalan. Anda mungkin menyesal dikemudian hari.

Rujukan

  1. http://www.talk.edu/learn-english/college-life/social-skills/psychological-advantages-selfies/
  2. http://m.disclose.tv/news/Selfies_Linked_to_Narcissism_Addiction_and_Mental_Illness/10140
  3. https://en.wikipedia.org/wiki/Self-potrait.
  4. hhtps: //en.wikipedia.org/wiki/Camera_phone
Semakan Akhir : 25 Jun 2018
Penterjemah :  Dr. Siti Aishah Bt. Saidin   
Akreditor :  Dr. Rozimah Abdul Latiff

Artikel Berkaitan

Perkauman

Perkauman adalah kepercayaan bahawa kemampuan dan ciri-ciri yang dikaitkan dengan

Etika Menulis Blog

Blog adalah satu laman web tidak formal yang selalunya berformatkan seperti sebuah diari. Blog sering  mengandungi maklumat atau perbincangan mengenai sesuatu perkara.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,458

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia