A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Keperluan & Kehendak

kehendak itu ialah sesuatu yang manusia inginkan dan ia selalunya berbentuk indah. Keperluan asas manusia perlu ditunaikan untuk terus hidup seperti air, udara, pakaian dan tempat tinggal.

Pengenalan

Berada disatu zaman yang sangat mencabar ini sesungguhnya menguji manusia dari pelbagai sudut. Tahap ekonomi yang seperti telur dihujung tanduk ditambah pula dengan nilai matawang yang berada ditahap paling rendah dalam tempoh 17 tahun menuntut mereka yang kuat sahaja akan mampu meneruskan kehidupan. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, itulah kehidupan masyarakat yang berada dikelas rendah dan sederhana. Namun begitu, disebalik kepahitan ini Allah s.w.t tidak pernah mengabaikan hambanya sebagaimana firman Nya: `Bukankah Dia (Allah) yang menciptakan (makhluk) dari permulaannya, kemudian mengulanginya dan memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi?’ (Surah An Naml : 64).

Demi memastikan diri dan keluarga terus berjaya mendepani situasi getir ini, menjadi tanggungjawab kita dalam memastikan setiap pendapatan yang diperoleh digunakan secara bijak tanpa pembaziran. Dalam hal ini kita perlu membezakan di antara keperluan dan kehendak. Adakah sesuatu barang yang dibeli itu merupakan satu keperluan atau hanya untuk memenuhi kehendak?

Keperluan

Abraham Maslow yang merupakan seorang tokoh psikologi banyak menyentuh topik berkenaan motivasi telah mencipta satu piramid atau tangga (Hiraki) keperluan manusia. Dalam hiraki keperluan ini terdapat lima fasa dan seseorang itu hanya akan naik ke fasa seterusnya jika keperluan di dalam fasa itu telah dipuaskan. Mengikut piramid keperluan Maslow, keperluan yang paling bawah ialah keperluan fisiologikal seperti makanan, minuman dan pakaian. Tangga kedua ialah keperluan keselamatan seperti keselamatan diri, keluarga dan harta. Keperluan ketiga ialah keperluan berkasih sayang, berkeluarga, kemesraan dan rakan-rakan. Tangga keempat menuntut keperluan untuk berkeyakinan, penghormatan dan kejayaan. Tangga kelima atau tangga terakhir ialah keperluan penghakikian diri dan ini termasuklah soal-soal moral, kreativiti, penerimaan kenyataan, tiada prejudis.

Sumber: Piramid Keperluan Maslow

Keperluan asas manusia perlu ditunaikan untuk terus hidup seperti air, udara, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Keperluan mudah dipuaskan atau dipenuhi kerana setiap manusia mempunyai keperluan yang sama dan terbatas. Manakala kemahuan atau kehendak pula ialah sesuatu perkara yang akan memberi keseronokan dan keselesaan dalam hidup seseorang apabila dipenuhi seperti kenderaan mewah, kolam renang dan sebagainya. Namun demikian, kehendak tidak dapat dipuaskan sepenuhnya kerana manusia mempunyai cita rasa yang berbeza dan berubah-ubah selain daripada mengikut kemampuan.

Manusia diciptakan oleh Allah dan diberi rezeki daripada-Nya jua sebagaimana firman-Nya `Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan membatasi (bagi sesiapa yang Dia kehendaki)’(Surah Ar Ra`d : 26) dan firman dalam surah An Naml ayat 64 `Bukankah Dia (Allah) yang menciptakan (makhluk) dari permulaannya, kemudian mengulanginya dan memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi?’

 Kehendak

Apa itu kehendak? Secara amnya, kehendak itu ialah sesuatu yang manusia inginkan dan ia selalunya berbentuk indah. Kehendak juga kadangkala mustahil untuk dicapai sekiranya tidak diiringkan dengan usaha dan impian. Perkara ini akan memberi sebuah kepuasan yang bersifat sementara dan bukan kekal. Pasca moden ini, dunia dipengaruhi dan dikelilingi dengan kehendak semata-mata terutama 5F yang boleh dikategorikan sebagai kemewahan iaitu:

  1. Fashion – pakaian berjenama
  2. Film          – hiburan
  3. Food         –  restoran, kafe
  4. Football –  sukan (golf, F1, polo dan sebagainya)
  5. Finance –  kad kredit (hutang)

Kesimpulan

Setakat manakah sebenarnya keperluan asas manusia? Tidak semua orang berkemampuan dan berpendapatan tinggi. Hanya orang yang sanggup membanting tulang empat kerat, rajin, bertenaga dan boleh bekerja kuat sahaja mampu menampung keperluan asas dan kehendak. Keperluan asas yang kita sedia maklum bertujuan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ia menjadi semakin bertambah dengan perubahan hidup yang semakin rumit sekaligus mencabar fizikal dan mental manusia.

Rujukan

  1. Islam dalam Keperluan dan Kehendak diambil pada 20 Ogos 2015 daripada http://schuderiafasniz.blogspot.com/2010/09/kehendak-dan-keperluan-mana-satu.html
  2. Kemahuan dan Kehendak diambil pada 20 Ogos 2015 daripada https://iranafiza.wordpress.com/asasperdagangan/kemahuan-dan-kehendak/Perbezaan
  3. Keperluan dan Kehendak diambil pada 20 Ogos 2015 daripada https://cikgudafiena.wordpress.com/2012/05/14/perbezaan-antara-keperluan-dan-kehendak
Semakan Akhir : 02 Julai 2018
Penulis : En. Hairulnizam B. Abdullah
Akreditor : Pn. Ruhana Bt. Mahmod

Artikel Berkaitan

Janda Dan Duda (Gelaran Yang Memberi Kesan)

Janda adalah merujuk kepada wanita berkahwin yang kehilangan suami sama ada disebabkan penceraian mahupun kematian manakala duda pula merujuk kepada lelaki berkahwin yang kehilangan isteri samaada disebabkan penceraian atau kematian.

Wanita Mengandung Dan Kesihatan Mental

Adalah amat penting untuk ibu mahupun orang di sekeliling untuk mengetahui secara umum tanda-tanda gangguan emosi ataupun masalah mental bagi membolehkan ibu mendapat rawatan secepat mungkin. Ini kerana gangguan emosi ataupun masalah mental pada ibu mengandung boleh mempengaruhi proses mengandung, bayi dalam kandungan serta semasa dan selepas bersalin nanti.

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

Segala pertuturan, tingkahlaku, sentuhan fizikal, isyarat secara berulang – ulang yang berunsur seksual di tempat kerja. Perlakuan – perlakuan ini termasuklah sentuhan tubuh badan yang tidak diingini, paksaan mengadakan dating, dan pujuk rayu supaya melakukan hubungan seks di tempat kerja

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,766,916

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia