A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Kesihatan Reproduktif
  6. /
  7. Ketidaksuburan
  8. /
  9. Apakah ujian-ujian kesuburan?

Apakah ujian-ujian kesuburan?

Ujian kesuburan untuk wanita

Ujian pangkal rahim (pap smear) – bagi mereka yang belum melakukannya.

Ujian hormone darah

Ujian darah untuk mengesan ovulasi (keluar telur). Ini dilakukan dengan mengukur tahap progesteron dalam sampel darah. Ia diambil tujuh hari sebelum haid yang berikutnya. Ujian darah dilakukan semasa haid (diambil di antara hari-hari haid 2-4) untuk memeriksa ketidakseimbangan hormon FSH (folikel merangsang hormone) dan LH (hormon luteinising).

Imbasan Ultrabunyi (Ultrasound)

Imbasan ultrasound untuk melihat rahim dan ovari. Saiz perkembangan folikel dengan menggunakan imbasan ultrasound bagi mengikuti perkembangan saiz folikel.

Hysterosalpingogram

Hysterosalpingogram – x-ray untuk memeriksa tiub fallopion. Ujian ini melibatkan suntikan cecair kontras melalui pangkal rahim. Pada masa yang sama x-ray diambil pada bahagian bawah perut. Tujuannya adalah untuk melihat sama ada pengaliran kontras melalui saluran fallopian. Pengaliran cecair kontras bermaksud tiub fallopian tidak tersumbat.

Laparoscopi & Hysteroscopi

Laparoscopi – satu pembedahan kecil menggunakan teropong (laparoscope) melalui abdomen dan kemudian pewarna disuntik melalui serviks untuk memeriksa tiub tersumbat.

Hysteroscopi – teleskop teropong untuk melihat dalam rahim bagi memeriksa keadaan seperti fibroid atau polip.

Analisa air mani – ujian kesuburan bagi lelaki

Ujian sperma untuk memeriksa rupabentuk, bilangan sperma dan kualitinya. Suami mestilah menahan diri dari mengeluarkan air mani untuk sekurang-kurangnya 1 hari, tetapi tidak melebihi 7 hari.

Ujian darah untuk saringan risiko jangkitan, maka klinik akan menguji pesakit untuk:Pemeriksaan pesakit

  • HIV 1 dan 2: Anti-HIV – 1, 2
  • Hepatitis B: HBsAg / Anti-HBC
  • VDRL

Rujukan

  1. Manual makmal WHO -pemeriksaan dan pemprosesan air mani manusia – edisi kelima
  2. http://www.hfea.gov.uk/fertility-basics.html
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis/Penterjemah : Dr. Hj. Mohamed Hatta b. Mohamed Tarmizi
Akreditor : Dr. Haris Njoo Suharjono
Penyemak : Dr. Rafaie bin Amin

Artikel Berkaitan

Mengenal Pasti Oosit (OI)

Prosedur mengenal pasti oosit (OI) adalah proses identifikasi oosit semasa posedur mengumpul oosit matang terus dari cecair folikel dalam ovari wanita. Pengumpulan Oosit adalah teknik yang digunakan dalam persenyawaan in vitro untuk mencari, dan mengutip kompleks kumulus oosit-(COC) dari cecair folikel ovari, membolehkan persenyawaan di luar badan dilakukan. Pesakit menerima rangsangan hormon dalam usaha untuk mendapatkan beberapa oosit matang. Pada masa ini, oosit dikumpul berdasarkan sedutan transvaginal berpandukan ultrabunyi. Dua faktor yang paling penting yang perlu diberi perhatian semasa prosedur pengumpulan oosit adalah suhu dan pH.

Keabnormalan Embrio

Pengenalan Perkembangan embrio selepas persenyawaan telur dengan sperma, akan dinilai

Kaedah-kaedah Rawatan Kesuburan

Kaedah rawatan kesuburan yang akan dilakukan sekiranya kehamilan tidak berlaku dalam 3 atau 4 bulan pertama selepas hubungan kelamin semasa subur.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia