kKecederaan pada gigi dan struktur penyokongnya boleh berlaku apabila kanak-kanak bermain, ataupun apabila berlaku kemalangan. Mengikut kajian, di kalangan kanak-kanak sekolah, ¼ daripada mereka pernah mengalami kecederaan pada gigi kekal. Di kalangan orang dewasa juga ¼ pernah mengalami kecederaan kepada kegigian kekal. (U Glendor, 2008).
Apakah Kecederaan yang Boleh Berlaku?
- Konkusi
- Subluksasi
- Impak pada gigi menyebabkannya goyah dan gusi berdarah tetapi gigi masih pada kedudukan asal
- Luksasi
- Gigi tercabut (avulsion)
- Gigi tercabut keluar dari soket (gusi) akibat impak
- Patah kepala gigi
- Bahagian korona gigi patah. Jikalau patah sehingga ternampak bahagian pulpa gigi (hyperlink to Struktur Gigi diatas), anda perlu berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan rawatan segera.
- Jika korona gigi patah, tetapi tidak melibatkan pulpa gigi, maka anda perlu berjumpa dengan doktor gigi secepat mungkin untuk rawatan lanjut. Ini supaya kesihatan pulpa gigi tidak terjejas akibat patah korona gigi. Gigi yang patah itu juga boleh ditampal.
- Patah akar gigi
- Akar gigi (di bawah paras gusi) sudah patah. Gusi mungkin juga berdarah.
Rawatan
Gigi yang Longgar atau Tergerak (Subluksasi dan Luksasi)
Gigi kekal yang sangat longgar atau tergerak dari kedudukan asalnya akibat kecederaan perlu dirawat secepat mungkin oleh doktor gigi. Gigi ini boleh diletakkan balik ke tempat asalnya dan di stabilkan dengan splin.
Kanak-kanak mungkin memerlukan ubat penahan sakit / ubat kebas untuk prosedur ini.
Gigi kekal yang patah boleh ditampal supaya nampak cantik semula.
Jika ia patah di paras gusi (iaitu patah akar), maka gigi tersebut mungkin perlu dicabut. Doktor gigi anda perlu mengambil radiograf (x-ray) gigi untuk menentukan prognosis dan rawatan yang terbaik.
Jikalau gigi kekal perlu dicabut, gigi palsu boleh dibuat untuk menggantikannya. Walau bagaimanapun cabutan adalah pilihan terakhir.
Pesakit diberi gigi palsu untuk menggantikan gigi patah yang dicabut. |
Rujukan
- U Glendor, Epidemiology of traumatic dental injuries – a 12 year review of the literature. Dental Traumatology 2008; 24:603-611
Semakan Akhir | : | 11 Mei 2015 |
Penulis / Penterjemah | : | Dr. Yogeswari a/p Sivapragasam |
Akreditor | : | Dr. Laila bt. Abd. Jalil |