A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pengenalan

Keadaan ini bermula semasa remaja bagi lelaki dan umur lewat bagi wanita.

Ini merupakan salah satu kecelaruan kawalan impulsif. Ciri-ciri utamanya adalah penyimpangan  penyesuaian terhadap kelakuan berjudi yang berterusan dan berulang. Ciri ciri penyimpangan penyesuaian ini termasuklah:

  • Asyik memikir berjudi

  • Perlunya berjudi dengan menambah jumlah wang bagi memenuhi kehendaknya

  • Usaha yang sentiasa gagal untuk mengawal, mengurangkan atau berhentikan berjudi.

    name the image

  • Menjadi gelisah atau berperasaan marah bila cuba berusaha mengurangkan atau cuba berhenti berjudi

  • Cara untuk melarikan diri dari masalah atau untuk melegakan perasaan murung

  • Kehilangan hubungan personal dan pekerjaan akibat berjudi.

  • Kesungguhan melibatkan diri dalam jenayah seperti curi,bohong dan pemalsuan

 

Penyebab

  • Kehilangan ibu bapa akibat kematian

  • Perpisahan atau penceraian sebelum kanak kanak berumur 15 tahun

  • Aktiviti perjudian tersedia ada semasa remaja

  • Keluarga yang tidak menitikberatkan soal simpanan,perancangan dan perbelanjaan

  • Keluarga yang menitikberatkan soal kebendaan dan kewangan

  • Disiplin keibubapaan yang tidak munasabah ke atas anak-anak

Ciri-ciri klinikal

Kebanyakan individu ini terlalu berkeyakinan, abrasive, bertenaga dan mudah berbelanja bila mereka mengalami tekanan, kegelisahan dan kemurungan.

Mereka meletakkan wang sebagai penyebab dan penyelesaian kepada semua masalah mereka. Mereka terpaksa berbohong untuk memperolehi wang dan meneruskan berjudi  dan disamping itu menyembunyikan sejauh mana kelakuan berjudi dapat dilakukan.

Percubaan menyelamatkan wang atau berjimat cermat tidak pernah cuba dilakukan secara serius.  Bila mana sumber meminjam wang amat sukar maka mereka terlibat dalam kelakuan antisosial  untuk memperolehinya.  Kelakuan jenayah mereka biasanya tidak bersifat ganas seperti pemalsuan, penyelewengan wang atau penipuan. Apa yang penting tujuan mereka adalah untuk mengembalikan atau dapat membayar semula wang.

Komplikasi

  • Pengasingan dari keluarga

  • Percubaan membunuh diri akibat kemurungan

  • Dikaitkan dengan kumpulan jenayah dan terpinggir

  • Kehilangan penyelesaian hidup

  • Terpenjara

Ciri persamaan lain

Perjudian patologikal perlu dibezakan dari bentuk perjudian lain seperti:

Perjudian sosial
Perjudian ini dikaitkan dengan berjudi bersama kawan-kawan, atas keadaan khas dengan kehilangan wang yang boleh diterima.

Perjudian semasa episod manik
Biasanya mereka mempunyai gangguan perasaan dan kehilangan pertimbangan sebelum berjudi. Boleh berlaku kepada mereka yang menghidapi penyakit mental seperti Bipolar Disorder

Ia boleh dikaitkan dengan personaliti antisosial

Hala tuju

Ada tiga fasa hala tuju pada perjudian patologikal  iaitu:

  1. Fasa kemenangan – berakhir kemenangan besar dimana mengikat pesakit untuk meneruskan berjudi

  2. Fasa kehilangan – berubah dari seorang penjudi berjaya kepada seorang penjudi yang kurang bijak dimana mereka meminjam wang,menghilangdiri dari nekerjadan hilang pekerjaan. Mereka memusatkan kehidupan untuk berjudi.

  3. Fasa kekecewaan – mereka berjudi dengan jumlah yang wang banyak, tidak bayar hutang, terlibat dengan peminjam along, menulis cek tipu dan berkemungkinan menggelapkan wang.

Bagaimana anda boleh dibantu

Anda boleh datang secara sukarela di mana mana klinik Pakar Psikiatri melalui Klinik Pesakit Luar Kerajaan/Klinik Swasta.

Ubatan boleh ditawarkan jika perjudian itu dikaitkan dengan kemurungan, mania, atau kecelaruan mental yang lain. Ubat tersebut adalah seperti ubat antikemurungan, anti kegelisahan atau penstabil perasaan/mood seperti Lithium.

Rawatan psikologi seperti insight – oriented psikoterapi akan berjaya jika kesedaran terhadap masalah nya diperolehi. Sebaik nya setelah 3 bulan berjauhan dari persekitaran berjudi.  Ini dicapai jika mereka dimasukkan ke hospital secara sukarela.

Semakan Akhir : 18 Disember 2014
Penulis : Dr. Mohd Ariff bin Mohd Noor
Akreditor : Dr. Lazli bin Bakar

 

 

 

Artikel Berkaitan

Wanita Mengandung Dan Kesihatan Mental

Adalah amat penting untuk ibu mahupun orang di sekeliling untuk mengetahui secara umum tanda-tanda gangguan emosi ataupun masalah mental bagi membolehkan ibu mendapat rawatan secepat mungkin. Ini kerana gangguan emosi ataupun masalah mental pada ibu mengandung boleh mempengaruhi proses mengandung, bayi dalam kandungan serta semasa dan selepas bersalin nanti.

Obsesi

Pengenalan Bermaksud tumpuan yang berlebihan atau melampau terhadap sesuatu atau

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,827

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia