A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Permanian Beradas (IUI)

Permanian Beradas (IUI)

Definisi

Merupakan satu proses inseminasi sperma yang telah diproses dengan mengunakan prosedur makmal untuk mengasingkan sperma yang aktif dari cecair dan sperma yang kurang aktif.

Sperma yang aktif akan di insiminasi ke dalam rahim wanita dengan menggunakan ‘catheter’ pada hari ovulasi yang telah dijangka akan berlaku.

Sejarah

IUI yang pertama dilakukan pada haiwan dan kemudian pada manusia.

Prosedur IUI ini dilakukan pada haiwan bermula semenjak abad keempat belas apabila orang Arab menggunakan kaedah ini  untuk pembiakan kuda.

Penghujung tahun 1784, Lazarro Spallanzani adalah kali pertama menggunakan teknik ini untuk membiak anjing.

Di London pada tahun 1793 , John Hunter merupakan saintis  yang pertama dilaporkan berjaya mencapai kehamilan manusia dengan menggunakan kaedah IUI.

Persediaan

Langkah- langkah penyediaan sebelum memulakan kitar IUI

Sebelum rawatan dimulakan terdapat beberapa langkah yang perlu  dilaksanakan supaya  anda benar- benar bersedia.

Langkah 1

Ujian  patologi bagi wanita dan lelaki

Langkah 2

Pesakit akan diberi khidmat kaunseling terlebih dahulu. Bagi mereka yang mempunyai masalah kesuburan akan menjalankan beberapa ujian sebelum memulakan prosedur IUI

Langkah 3

Janjitemu di unit feritliti untuk memudahkan doktor mendapatkan tarikh jangkakan datang haid. Ketika ini doctor atau jururawat akan mengajar cara suntikan dan ubat- ubatan yang lain.

Prosedur

Dalam IUI, wanita tersebut perlu menjalani ransangan ovari dengan mengambil pil clomiphene citrate dari hari ke dua hingga hari ke enam datangnya haid  atau suntikan gonadotropin setiap hari.

Apabila diameter folikel telah mencapai 18 mm, suntikan hCG akan diberi untuk mematangkan telur sekaligus akan berlakunya ovulasi. Di Hospital Wanita dan Kanak- Kanak Sabah, suntikan hCG biasanya diberi pada pukul 9 malam dan procedur IUI akan dijalanakan 36 jam berikutnya.

Pada hari procedur IUI dijalankan, pasangan lelaki perlu mengeluarkan air mani di bilik yang telah disediakan. Kemudian, sampel air mani tersebut akan diproses oleh pegawai andrologis atau embriologis.

Berikut merupakan beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian.

  1. Pastikan bekas atau botol yang disediakan untuk pemungutan  air mani itu bersih dan kering.
  2. Elakkan dari melakukan seksual (mengeluarkan air mani), sekurang-kurangnya 3 -5 hari
  3.  Air mani dikeluarkan  secara onani atau melancap.
  4. Pastikan semua air mani dimasukkan ke dalam bekas atau botol yang telah disediakan.
  5. Elakkan dari menggunakan bekas- bekas lain, seperti kondom, kerana kemungkinan ianya tidak bersih atau mengandungi bahan bahan yang boleh mencemarkan air mani.
  6. Pastikan anda menghantar air mani itu ke Makmal Unit Fertiliti secepat mungkin atau selewat-lewatnya 1 jam selepas pemungutan.
  7. Semasa menghantar air mani ke makmal, elakkan air mani itu terdedah kepada suhu yang terlalu sejuk atau panas.
  8. Maklumkan sekiranya pernah jatuh sakit atau mengambil sebarang ubat- ubatan dalam tempoh 2 bulan sebelumnya.
  9. Mencuci  tangan sebelum mengeluarkan sperma
  10. Elakkan menggunakkan pelincir atau sabun
  11. Elakkan air mani dari tertumpah

Pegawai Embriologis atau Andrologis akan bertanggungjawab untuk memproses air mani dengan mengasingkan plasma dan sperma yang telah mati.

Proses pemilihan sperma dilakukan dengan mencampurkan media khas dan beberapa siri pengemparan. Larutan terakhir yang mengandungi kepekatan sperma yang aktif akan di inseminasikan ke dalam uterus.

Prosedur IUI tidak  memerlukan bius dan ianya hampir sama seperti pap smear.

Spekulum digunakan untuk membuka bukaan vagina. Ini memudahkan doctor untuk memasukkan kateter ke dalam serviks. Keseluruhan prosedur hanya mengamil masa 5 minit untuk selesai.

Selepas IUI, pesakit memerlukan ubat sokongan penempelan seperti tablet vagina atau suntikan. Perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian:

  1. Banyakkan rehat dan elakkan aktiviti fizikal yang berlebihan. Akan tetapi, anda tidak perlu berehat di atas katil sepenuhnya dan masih boleh menjalankan aktiviti seperti biasa.
  2. Minum air secukupnya
  3. Elakkan mengambil ubat- ubatan tanpa nasihat doktor.

Ujian kehamilan (UPT) akan dilakukan 2 minggu selepas prosedur untuk menentukan status kehamilan.

Tujuan

Tujuan pencapaian kehamilan  melalui penyuburan dengan cara selain pemancutan mani. Ini adalah cara alternatif perubatan kepada persetubuhan, atau permanian semula jadi.

Rawatan ini hanya dilakukan pada wanita yang mempunyai rahim yang  normal dan tiub fallopian yang tidak tersumbat.

Siapa yang boleh dapat faedah melalui rawatan IUI     

Indikasi bagi menjalankan IUI adalah seperti berikut:

  1. Mempunyai rahim yang  normal
  2. Tiub fallopian tidak tersumbat
  3. Masalah ovulasi
  4. Kekurangan cecair serviks
  5. Endrometriosis
  6. Cukup bilangan sperma yang bergerak
  7. Faktor immunologi ( antisperm antibodies)
  8. Ketidaksuburan yang belum dikenalpasti puncanya

Protokol

Ia boleh dijalankan dengan atau tanpa menggunakan ubat kesuburan mengikut kepada keadaan dan keperluan anda.

Terdapat tiga protokol utama untuk IUI seperti berikut:

  1. Semula jadi

    Satu kitaran semula jadi adalah disyorkan apabila rawatan adalah dengan sperma penderma atau ketidaksuburan yang  disebabkan masalah persetubuhan.
     

  2. Kitaran menggunakan ubat kesuburan seperti clomifene (Clomid)

    Kebiasanannya pesakit disyorkan untuk makan ubat clomid terlebih dahulu pada hari kedua hingga hari ke enam datang haid untuk merangsang ovari. Ia akan menyebabkan beberapa telur dihasilkan dan membesar sehingga matang.
     

  3. Kitaran menggunakan suntikan hormone atau gonadotrophins ( Gonal -F, Puregon dan Menopur)

    Ia biasanya ia disyorkan apabila ketidaksuburan adalah tidak diketahui puncanya atau ada faktor lelaki kurang subor. Suntikan tersebut  digunakan apabila telur pesakit masih tidak matang setelah makan ubat clomid. Suntikan ini  digunakan pada dos yang lebih rendah berbanding dengan IVF. Ia meningkatkan peluang berjaya rawatan dengan merangsang pengeluaran 2 atau 3 folikel.

Prosedur akan dibatalkan sekiranya lebih daripada 3 folikel yang matang dan secara langsung kita akan menasihati pesakit untuk memulakan semula pada dos hormon yang lebih rendah untuk mengelakan risiko kehamilan kembar

Risiko ini bagaimanapun jauh lebih rendah berbanding dengan IVF.

Kadar kehamilan

Peluang kerjayaan keseluruhan rawatan dianggarkan 10 – 12 %

Rujukan

  1. Royal College of Obstetricians and Gynaecologists. Fertility: Assessment and treatment for people with fertility problems – Clinical Guideline [online]. Royal College of Obstetricians and Gynaecologists, 2004 [cited 30 November 2008]. Available from URL:http://www.rcog.org.uk/womens-health/clinical-guidance/fertility-assessment-and-treatment-people-fertility-problems
  2. Ombelet, W. Puttemans, P. Bosmans, E. “Intrauterine insemination: a first step in the algorithm of male subfertility” in Hum Reprod, 1995, 10(Supp 1):90-102
  3. Dastur, A.E. “Artificial Insemination: Historical Review” in Intrauterine Insemination, ed. Gautem Allahbadia, 2005, Taylor and Francis, p 17-21.
  4. Dickey, R. Pyrzak, R Lu, P. et al (1999) “Comparison of the sperm quality necessary for successful intrauterine insemination with World Health Organisation threshold values for normal sperm” in Fertil Steril, 71:684-689.
  5. Cantineau A.E.P. Cohlen B.J. Al-Inany H. Heineman M.J. “Intrauterine insemination versus fallopian tube sperm perfusion for non tubal infertility” in Cochrane Database of Syst Rev, 2004, Issue 3. Art. No.: CD001502.
  6. Hirsch, A. “Male Subfertility [Clinical Review]” in BMJ, 2003, 327:669-672.
  7. Bhattacharya, S. Harrild, K. Mollison, J. “Clomiphene citrate or unstimulated intrauterine insemination compared with expectant management for unexplained fertility: pragmatic, randomised controlled trial” in BMJ, 2008, 337:a716.
  8. Helmerhorst FM, Van Vliet HAAM, Gornas T, Finken MJJ, Grimes DA. Intra-uterine insemination versus timed intercourse for cervical hostility in subfertile couples. Cochrane Database of Syst Rev2005, Issue 4. Art. No.: CD002809
  9. Brody, Steven A., and Robert G. Edwards. Principles and Practice of Assisted Human Reproduction. Philadelphia: W.B. Saunders Company, 1995.
  10. Zhu, Tian, “Intrauterine Insemination”. Embryo Project Encyclopedia (2009-07-22). ISSN: 1940-5030
  11. Laurie Barclay. “Immobilization May Improve Pregnancy Rate After Intrauterine Insemination”. Medscape Medical News. Retrieved October 31, 2009.
  12. Merviel P, Heraud MH, Grenier N, Lourdel E, Sanguinet P, Copin H (November 2008). “Predictive factors for pregnancy after intrauterine insemination (IUI): An analysis of 1038 cycles and a review of the literature”. Fertil. Steril. 93 (1): 79 – 88.

 

Semakan Akhir : 15 Januari 2015
Penulis : Sardiana bt. Sarmidi
Akreditor : Krishnan a/l Kanniah

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,827

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia