A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Bayi dan Kanak-kanak
  8. /
  9. Congenital Talipes Equinovarus (CTEV)...

Congenital Talipes Equinovarus (CTEV) / Clubfoot

‘Congenital Talipes Equino Varus’(CTEV) atau dikenali sebagai “Clubfoot” merupakan kondisi kaki di kalangan kanak-kanak.

Pengenalan

‘Congenital Talipes Equino Varus’(CTEV) atau dikenali sebagai “Clubfoot” merupakan kondisi kaki di kalangan kanak-kanak. Kondisi ini mempunyai sebelah atau kedua-dua belah kaki yang menghala ke atas dan ke dalam sewaktu dalam posisi kaki yan tidak memijak lantai.

Terdapat dua jenis “Clubfoot”:

  1. Clubfoot berpunca dari Postural – Melibatkan otot yang tegang sahaja. Tulang dan sendi di sekeliling tidak terjejas

  2. Clubfoot berpunca dari Struktur – Melibatkan struktur tulang dan sendi yang mengalami perkembangan kurang sempurna. Kaki tidak dapat mencapai julat pergerakkan yang penuh secara pasif

Kondisi “Clubfoot” mempunyai kecenderungan untuk berlaku sebanyak 1 dalam 1000 kelahiran. Kekerapan kodisi yang berlaku di kalangan bayi lelaki adalah dua kali ganda berbanding bayi perempuan. Sejarah keluarga juga dapat menyumbang kepada kekerapan tersebut.

Sumber: http://www.kkh.com.sg/HealthPedia/ Pages/ChildhoodIllnessesClubFoot.aspx

Sumber: http://ortotik-prostetik.blogspot.com/2014/04/teknik-perawatan-untuk-kaki-pengkor.html

Punca Clubfoot

  • Punca postural: Packing Disorder (anak pertama, bayi bersaiz besar >4kg pada kelahiran, kekurangan air ketuban sewaktu mengandung)

  • Punca struktur: tidak diketahui. Juga boleh disebabkan oleh faktor genetik

Objektif Fisioterapi:

  • Memastikan sendi berada pada alignment yang optimum

  • Meningkatkan kefungsian sendi dari segi joint sense

  • Memastikan otot mempunyai kepanjangan yang sesuai bagi perkembangan untuk kefungsian berjalan

  • Meningkatkan kekuatan otot

  • Mengurangkan sakit (jika ada)

 Gejala/ Tanda

Clubfoot boleh dikenalpasti pada peringkat kelahiran seseorang bayi. Gejala/ tanda adalah seperti berikut:

  • Kaki yang menghala ke dalam dan ke atas

  • Tegang pada otot betis

  • Julat pergerakkan yang terhad di sendi pergelangan kaki (berpunca struktur)

  • Deformiti kaki yang ketara

 Komplikasi

  • Gaya jalan (gait) yang kurang normal

  • Kesakitan kaki

  • Ketidakselesaan pada kaki jika kondisi ini tidak dirawat pada peringkat awal

  • Susah untuk berjalan atau mengerakkan kaki secara normal jika kondisi tidak dirawat

 Rawatan Fisioterapi

  • Berpunca Postural: Rawatan Fisioterapi boleh mengatasi kondisi clubfoot dengan efektif:

  • Senaman regangan

  • Teknik stimulasi kepada tapak kaki

Sumber: http://www.steps-charity.org.uk/CDH/DDH/67246-Physio-weak-muscles-Kinesio-Tape.html

  • Teknik mengaplikasikan taping

  • Manipulasi tisu lembut (melakukan urut pada otot)


Sumber : http://raisingchildren.net.au/articles/baby_massage.html/context/430

  • Berpunca Struktur:

  • Kasting berterusan (serial casting) dan manipulasi kaki

  • Rawatan pembedahan untuk kes yang serius seperti: Achilles Tenotomy

Sumber: http://thephysiotherapy.com/clubfoot-or-ctev-congenital-talipes-equinovarus/

Sumber: http://www.kkh.com.sg/HealthPedia/Pages /ChildhoodIllnessesClubFoot.aspx

  • Semanan regangan supaya otot yang terlibat tidak memendek

  • Senaman untuk meningkatkan julat pergerakkan sendi

  • Senaman untuk meningkatkan joint sense dan pengawalan pergerakkan pada sendi pergelangan kaki

  • Senaman untuk menguatkan otot betis, kumpulan otot peroneal dan paha

  • Preskripsi untuk sokongan arkus tapak kaki (foot arch support) untuk meningkatkan kefungsian biomechanic kaki

  • Sokongan Orthosis untuk kaki seperti Ankle-Foot-Orthosis (AFO)

Kesimpulan

Pengenalpastian kondisi ini pada peringkat awal adalah sangat penting. Perawatan awal kepada kondisi clubfoot boleh menyenangkan proses rawatan kerana sendi dan otot kanak-kanak adalah lembut. Untuk kondisi yang memerlukan pembedahan, rawatan fisioterapi biasanya dilakukan sejurus selepas itu.

Rujukan

  1. Mary P, Damsin JP, Carlioz H. Correction of equinus in clubfoot: the contribution of arthrography. J Pediatr Orthop 2004;24:312–16.

  2. Richards BS, Johnston CE, Wilson H. Nonoperative clubfoot treatment using the French physical therapy method. J Pediatr Orthop 2005;25:98–102.

  3. Souchet P, Bensahel H, Themar-Noel C, Pennecot G, Csukonyi Z. Functional treatment of clubfoot: a new series of 350 idiopathic clubfeet with long-term follow-up. J Pediatr Orthop B 2004;13:189–96.

  4. Rujukan gambar dari laman web yang berikut:

Semakan akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Pauzilah binti Hj. Dollah
Akreditor : Se To Phui Lin
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

Rawatan Fisioterapi untuk Bell’s Palsy

Bell’s Palsy adalah satu kelemahan otot muka disebabkan oleh inflamasi pada urat muka. Inflamasi ini meningkat di sekitar saraf muka yang mana ia melalui tengkorak dari otak. Inflamasi ini juga boleh menekan urat saraf. Sebahagian atau sepenuhnya urat saraf akan berhenti berfungsi sehingga inflamasi berkurangan. Otot muka tidak akan berfungsi sekiranya tidak disaraf oleh urat muka.

Rawatan Fisioterapi Bagi Hemofilia

Hemofilia boleh menyebabkan pendarahan berpanjangan atau spontan, khususnya dalam otot, sendi atau organ dalaman, yang bukan sahaja menyebabkan kesakitan, tetapi juga kerosakan teruk pada sendi, kurang upaya dan juga kematian awal.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,764,852

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia