A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Bayi dan Kanak-kanak
  8. /
  9. Rawatan Fisioterapi Bagi Hemofilia

Rawatan Fisioterapi Bagi Hemofilia

Hemofilia boleh menyebabkan pendarahan berpanjangan atau spontan, khususnya dalam otot, sendi atau organ dalaman, yang bukan sahaja menyebabkan kesakitan, tetapi juga kerosakan teruk pada sendi, kurang upaya dan juga kematian awal.

Pengenalan

Hemofilia adalah penyakit kelainan pada darah akibat gangguan pembeku darah. Penyebab penyakit hemofilia kerana jumlah pembeku darah jenis tertentu kurang dari jumlah normal. Ada yang mengatakan hemofilia adalah penyakit keturunan, akan tetapi pendapat ini tidak selamanya benar kerana hemofilia dapat menyerang sesiapa saja. Pada umumnya penyakit ini terjadi pada lelaki dan jarang terjadi pada wanita. Lelaki lebih banyak sebagai penghidap, wanita sebagai pembawa Hemofilia.

Dalam darah terdapat sel pembeku yang berperanan menghentikan pendarahan. Jika terjadi pendarahan di sekitar tubuh, sel tersebut akan menyempit perlahan dan bereaksi menghentikan keluaran darah. Sel ini bekerja berurutan dan saling mengisi satu sama lain hingga darah berhenti (gambar 1).
Apabila salah satu sel yang berfungsi menghentikan darah ini tidak bekerja dengan baik, maka pembekuan darah tidak akan berjalan dengan sempurna (gambar 2)

Bagaimana gangguan pembekuan darah itu terjadi?

Dalam darah terdapat sel pembeku yang berperanan menghentikan pendarahan. Gangguan pembekuan darah terjadi kerana jumlah pembeku darah jenis tertentu kurang dari jumlah normal, bahkan hampir tidak ada. Perbezaan proses pembekuan darah yang terjadi antara orang normal (Gambar 1) dengan penderita hemofilia (Gambar 2).

Gambar 1 dan Gambar 2 menunjukkan pembuluh darah yang terluka di dalam darah tersebut terdapat faktor-faktor pembeku iaitu zat yang berperanan dalam menghentikan perdarahan.


Gambar 1
Sumber : www.hemofilia.com

  1. Ketika mengalami perdarahan contohnya terjadi luka pada pembuluh darah (iaitu saluran tempat darah mengalir keseluruh tubuh), lalu darah keluar dari pembuluh.

  2. Pembuluh darah mengecut/ mengecil.

  3. Keping darah (trombosit) akan menutup luka pada pembuluh.

  4. Faktor-faktor pembeku darah bekerja membuat anyaman (benang – benang fibrin) yang akan menutup luka sehingga darah berhenti mengalir keluar pembuluh.


Gambar 2
Sumber : www.hemofilia.com

  1. Ketika mengalami perdarahan contohnya terjadi luka pada pembuluh darah (iaitu saluran tempat darah mengalir keseluruh tubuh), lalu darah keluar dari pembuluh.

  2. Pembuluh darah mengecut/ mengecil.

  3. Keping darah (trombosit) akan menutup luka pada pembuluh.

  4. Kekurangan jumlah factor pembeku darah tertentu, mengakibatkan anyaman penutup luka tidak terbentuk sempurna, sehingga darah tidak berhenti mengalir keluar pembuluh.

Penyebab Hemofilia

Terdapat dua jenis penyakit hemofilia iaitu hemofilia A dan B.

Menurut Yayasan Hemofilia Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) penghidap hemofilia A, yang membentuk kira-kira 85 peratus daripada jumlah penghidap hemofilia, mempunyai sedikit atau tidak mempunyai Faktor Pembekuan VIII.

Manakala penghidap hemofilia B pula mempunyai sedikit atau tidak mempunyai Faktor Pembekuan IX.

Objektif Rawatan Fisioterapi

  1. Untuk mengurangkan sakit dan bengkak

  2. Untuk mengekalkan dan meningkatkan julat pergerakan badan

  3. Untuk menguatkan otot bahagian yang terlibat

  4. Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit

  5. Untuk mengelakkan kecacatan kekal.

Gejala / Tanda

Hemofilia boleh menyebabkan pendarahan berpanjangan atau spontan, khususnya dalam otot, sendi atau organ dalaman, yang bukan sahaja menyebabkan kesakitan, tetapi juga kerosakan teruk pada sendi, kurang upaya dan juga kematian awal.

Komplikasi

  • Limitasi dalam aktiviti seharian disebabkan sakit

  • Pendarahan spontan pada sendi-sendi

  • Radang pada lapisan tisu terutamanya pada  sendi di mana jika tidak dirawat boleh menyebabkan    kecacatan kekal

  • Kelemahan pada otot, jika jarang digunakan

  • Pendarahan dalam kepala di mana jika tidak dirawat segera dan secukupnya boleh menyebabkan kecacatan mental dan mungkin juga kecacatan fizikal

  • Pendarahan dalam otot-otot penting di bahagian paha dan pangkal pinggul.

Pencegahan

  • Menghindari aktiviti yang berisiko tinggi menyebabkan kecederaan contohnya sukan yang melibatkan body contact iaitu sukan tinju, bola sepak, ragbi, melompat, bola keranjang, skating dan ski.

  • Mereka perlu berhati-hati dan mengelakkan sebarang kecederaan semasa bersukan.

  • Antara jenis sukan yang dicadangkan ialah badminton, berenang, berbasikal, berjalan, bowling, tennis, jogging, snooker, golf, pingpong, darts.

Rehabilitasi

1. FASA AKUT (semasa pendarahan)


Sumber : Jabatan Fisioterapi, HKL

  • Rest – rehatkan bahagian sendi yang terlibat dan tinggikan menggunakan bantal

  • Ice pack – Cara melakukan : balut ice pack dengan kain  dan letak dibahagian terlibat selama 15 minit. Pastikan bahagian yang terlibat tidak disapu dengan minyak panas sebelum ice pack diletakkan.

  • Sokong bahagian sendi yang terlibat menggunakan splint


Sumber : Jabatan Fisioterapi, HKL

  • Senaman aktif untuk sendi lain pada bahagian yang terlibat

2. FASA SUBAKUT (apabila sakit dan bengkak berkurangan)

  • Rest – rehatkan bahagian sendi yang terlibat dan tinggikan menggunakan bantal

  • Ice pack – Cara melakukan : balut ice pack dengan kain  dan letak dibahagian terlibat selama 15 minit. Pastikan bahagian yang terlibat tidak disapu dengan minyak panas sebelum ice pack diletakkan.

  • Melakukan bandaging bahagian yang terlibat untuk mengurangkan bengkak


Sumber : Jabatan Fisioterapi, HKL

  • senaman isometric pada sendi yang terlibat

  • Senaman aktif untuk sendi lain yang tidak berdarah pada bahagian yang terlibat

3. FASA KRONIK

  • Faktor penggantian (replacement) sekiranya diperlukan (atas nasihat doktor), sebelum memulakan senaman – senaman seperti berikut:

    i) Senaman kekuatan

    ii) Koordinasi dan senaman keseimbangan.

    iii) Latihan Gaya Berjalan.

    iv) Hidroterapi


Sumber : Jabatan Fisioterapi, HKL

CONTOH SENAMAN :

Senaman aktif
Posisi : duduk
Cara melakukan : bengkokkan sendi lutut berselang seli dan tarik ke arah dada. Ulangi kaedah ini minima 5 kali

Senaman aktif
Posisi : meniarap
Cara melakukan : bengkokkan sendi lutut kearah punggung berselang seli. Ulangi kaedah ini minima 5 kali

Senaman kekuatan
Posisi : duduk
Cara melakukan : letakkan kaki secara bersilang, kemudian gerak perlahan – lahan ke atas. Kaki sebelah atas iaitu kaki kiri memberi rintangan.  Ulangi kaedah ini minima 5 kali

Senaman isometrik

Posisi : baring terlentang dan letakkan bolster atau gulungan tuala dibelakang lutut

Cara melakukan : luruskan lutut, tahan 5 saat kemudian relaks, Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah kiri. Ulangi kaedah ini minima 5 kali

Senaman isometrik
Posisi : duduk
Cara melakukan : tekan lutut ke bawah dan gerakkkan pergelangan kaki ke atas. Tahan 5 saat. Ulangi kaedah ini minima 5 kali

Senaman Kestabilan
Posisi : merangkak
Cara melakukan : gerakkan lutut ke arah  kedepan, dan ke belakang sehingga kedua-dua blutut  dan peha selari dengan lantai.  Ulangi kaedah ini minima 5 kali

Sumber : Care protocol OA Knee oleh Jawatankuasa Teknikal Profesion Fisioterapi, KKM, No 2/2003

Rujukan

  1. Guidelines in the management of Haemophilia and von willebrand disease, Draft copy Pusat Darah Negara, 2004

  1. Care protocol OA Knee oleh Jawatankuasa t Teknikal Profesion Fisioterapi, KKM, No 2/2003

Semakan akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Pauzilah binti Hj. Dollah
Akreditor : Se To Phui Lin
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

Berani Mengatakan Tidak

                               Sumber: Google 1. Pendahuluan Kadangkala kita terperangkap

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia