A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Panduan Mengeratkan Hubungan dengan Guru

Pengenalan

Alam persekolahan adalah salah satu fasa yang indah dalam kehidupan remaja. Remaja dapat bertemu lebih ramai kawan, berkongsi masalah, cerita dan membesar bersama-sama. Guru penting dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif, menanam minat belajar, menjadikan pelajaran menyeronokkan, membantu pelajar menimba ilmu dan membina kemahiran hidup yang baru. Kecemerlangan dalam pembelajaran boleh menjadi ‘batu loncatan’ untuk merealisasikan impian atau matlamat pelajar di samping mencapai kehidupan yang lebih baik setelah dewasa.

Panduan untuk guru

Mengajar adalah satu profesion yang mulia. Ia memerlukan kemahiran, semangat dan kesabaran yang tinggi. Guru perlu menangani pelbagaikarenah remaja yang sedang akil baligh seperti perubahan fizikal yang pesat dan emosi yang bergelora.
Remaja nampak matang dari segi fizikal tetapi belum cukup matang dari segi pemikiran dan tindakan.
Guru berperanan mendidik remaja cara membina hubungan baik dengan warga  sekolah.
Oleh itu, guru perlu memahami perubahan biopsikososial, emosi dan intelektual remaja bagi membantu remaja melengkapkan diri dengan ilmu, sikap dan kemahiran yang sesuai.
Karenah remaja adalah pelbagai dan unik. Sesetengahnya pemalas, nakal, suka memberontak, suka mengambil tahu, kurang berkeyakinan diri, penakut dan lain-lain.
Justeru, fahamilah perkembangan dan latar belakang remaja agar dapat mengendali karenah pelajar di samping membimbing pelajar menempuh liku hidup dan menimba ilmu.
Pengalaman sebagai pendidik sangat menarik dan bermanfaat  kerana guru merupakan sebahagian daripada ejen yang bertanggungjawab untuk memberi motivasi, mendidik, memupuk nilai-nilai murni serta mengubah remaja menjadi orang yang berguna kepada masyarakat dan Negara.

Panduan untuk remaja

Remaja juga ada peranan dalam mengeratkan hubungan dengan guru. Berikut adalah beberapa panduan untuk membina hubungan dengan guru.

  • Berfikiran positif. Katakan ‘Sekolah menyeronokkan”, “Saya suka belajar”, “Saya seorang yang pintar” “Saya boleh belajar”, “Saya akan lakukan dengan lebih baik di masa hadapan” dan sebagainya.

  • Jika kurang pandai, jangan putus asa. Katakan “Saya akan belajar bersungguh-sungguh”, “Saya akan dapatkan pertolongan dari guru sehingga saya berjaya”, “Saya tidak akan putus asa dan akan terus berusaha”, “Guru saya baik dan akan membantu saya” dan sebagainya.

  • Tetapkan matlamat atau cita-cita. Tetapkan tempoh dengan jelas dan realistik bagi mencapai matlamat atau cita-cita. Matlamat yang jelas memudahkan remaja menumpukan tenaga bagi mencapai matlamat atau impian.

  • Tunjukkan minat dalam kelas, pilih tempat duduk di barisan hadapan, beri perhatian semasa guru mengajar dan tanya soalan jika kurang faham. Semua guru suka pelajar yang bermotivasi dan minat belajar.

  • Yakinkan diri. Pencapaian akademik dan sosial yang baik adalah sebahagian cara untuk menyemai rasa seronok ke sekolah.

  • Guru adalah sumber ilmu. Dekatilah guru. Sentiasalah senyum dan bertegur sapalah dengan guru.

  • Bantu guru secara sukarela. Bersihkan papan tulis, bantu guru membawa buku, pastikan kelas bersih dan sebagainya.

  • Tunjukkan minat belajar. Siapkan tugas mengikut masa dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukan, ko-kurikulum dan sukarela. Guru sangat menghargai pelajar yang suka memupuk semangat perpaduan di kalangan rakan sekelas dan guru.

  • Tunjukkan penghargaan kepada guru. Berikan guru hadiah yang sederhana di majlis-majlis khas seperti semasa ulang tahun hari jadi guru, sambutan Hari Guru, hari perayaan dan sebagainya. Usaha ini, walaupun kecil membuat guru rasa dihargai, gembira dan lebih bersemangat membantu pelajar.

Kesimpulan

Mengeratkan hubungan dengan guru adalah proses dua hala antara remaja dan guru. Remaja perlu memupuk minat dan semangat untuk belajar manakala guru perlu mewujudkan persekitaran yang positif untuk menggalak dan menyokong pembelajaran.

Last Reviewed : 5 December 2014
Writer : Dr. Nik Rubiah bte Nik Abdul Rashid
Translator : Noorhayati bte. Kassim
Accreditor : Dr. Nik Rubiah bte. Nik Abdul Rashid

 

Artikel Berkaitan

Haid (Menstruasi)

Apabila haid berlaku, anda akan mengalami pendarahan dari faraj. Haid yang berlaku adalah berbeza dari seorang wanita dengan wanita lain.

Sakit Tulang

Ramai remaja mengalami sakit tulang terutama sakit pada anggota badan. Kadang-kadang kesakitan dialami dalam tempoh yang singkat dan adakalanya berlanjutan selama beberapa bulan. Sesetengah rasa sakit mungkin berpunca dari tulang, otot, sendi atau tisu-tisu lain dalam sendi.

Penglihatan Kabur

Apabila penglihatan kita menjadi kabur, ini bermakna penglihatan kita tidak lagi tajam sehingga kita tidak dapat melihat dengan jelas.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,829

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia