Pengenalan
Individu yang mempunyai penyakit mental seringkali dikaitkan dengan kesihatan mulut yang tidak baik. Ini disebabkan oleh penjagaan kesihatan pergigian yang selalunya tidak dititik-beratkan dan dianggap remeh. Ia juga diberikan keutamaan yang lebih rendah berbanding dengan masalah kesihatan yang lain oleh individu dan keluarga. Tahap kesihatan mental dan tingkahlaku seseorang mempengaruhi status kesihatan mulut. Faktor lain yang boleh mempengaruhi status kesihatan mulut adalah berkait rapat dengan cara hidup individu tersebut samada mereka hidup berdikari atau bergantung kepada orang lain dan tinggal di rumah atau di institusi penjagaan.
Jenis-jenis penyakit mental
Masalah dalam mulut yang berkaitan dengan penyakit mental
Permukaan gigi yang terhakis disebabkan oleh asid dari refluks gastrik (bulimia)
|
Pesakit HIV yang mengalami kemurungan teruk menyebabkan kerosakan gigi dan masalah gusi apabila penjagan pergigian diabaikan |
Masalah tingkahlaku berkaitan dengan individu yang mempunyai penyakit mental
Individu yang mempunyai penyakit mental sering kali dianggap mempunyai masalah tingkahlaku. Memahami masalah tingkahlaku ini adalah penting supaya doktor gigi dapat merancang dan dapat berbincang berkaitan rawatan yang dapat diberikan dengan sewajarnya. Keberkesanan di dalam memberikan rawatan pergigian kepada pesakit mental diharapkan dapat memberikan motivasi dan galakan kepada semua pihak yang terlibat. Kesan daripada penjagaan kesihatan mulut yang baik akan memberi faedah kepada kesihatan secara keseluruhannya.
Di bawah adalah masalah tingkahlaku yang boleh dikaitkan dengan individu yang mempunyai penyakit mental:-
- “Mood” atau perasaan yang tidak menentu
- Minat yang berkurangan
- Perasaan kurang harga diri
- Kurang motivasi terhadap penjagaan kesihatan
- Takut dan kebimbangan untuk mendapatkan rawatan pergigian
- Tidak mengikut arahan yang diberikan, tidak hadir untuk temujanji rawatan dan membatlkan temujanji di saat-saat akhir
Beberapa nasihat yang berguna
Alternatif kaedah rawatan pergigian
Jika anda tidak dapat menghadapi rawatan pergigian di atas kerusi pergigian seperti biasa, terdapat beberapa kaedah lain:
- Sedasi gas nitrous oxide (Gas ketawa)
- Sedasi oral
- Bius umum
Rujukan
Oral Health Care for People with Mental Health Problems Guidelines and Recommendations (2000) British Society for Disability And Oral Health
Semakan Akhir | : | 9 Jun 2014 |
Penulis | : | Dr. Norjehan bt. Yahaya |