A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Tumbesaran
  6. /
  7. Remaja Keibubapaan
  8. /
  9. Keluarga Bahagia, Remaja Gembira

Keluarga Bahagia, Remaja Gembira

Sumber: www.hastos.info

Keluarga adalah unit asas sosial yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak lalu membentuk satu kumpulan. Setiap keluarga mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Keluarga dapat berfungsi dengan baik jika setiap ahli bergaul dengan baik, tidak merasa tertekan mahupun sedih.

Setiap insan inginkan keluarga yang berfungsi dan tahu akan kesan buruk akibat keruntuhan rumahtangga. Banyak faedah yang diperoleh jika keluarga bahagia dan bersatu padu. Kebahagiaan berkait rapat dengan perubahan kualiti hubungan keluarga. Namun, hubungan kekeluargaan yang rapat dan keluarga yang stabil amat diperlukan oleh kanak-kanak dan remaja.

Keluarga yang berpecah belah sering mengalami konflik, salah laku, penderaan sehingga menyebabkan ahlinya turut berkelakuan sedemikian.

Apabila keluarga bahagia, anak-anak turut gembira dan begitu jugalah sebaliknya. Remaja yang kekurangan kasih sayang mudah terpengaruh dengan kemudahan teknologi di sekeliling mereka, contohnya rakan di alam maya. Mereka kurang mahir mengawal emosi dan mudah dipengaruhi oleh media (termasuk internet dan telefon mudah alih).

Tanpa sebarang bantuan, ibu bapa tunggal atau ibu bapa yang sibuk tidak bertenaga dan tiada masa untuk memberi perhatian dan sokongan kepada anak-anak. Masa lapang akan dimanfaatkan untuk dirinya sendiri dan bukannya untuk bersama keluarga.

Remaja perlu rasa disayangi, dihargai dan selamat. Didikan ini bermula dari rumah.

Sumber: sites.psu.edu

Panduan ibu bapa demi kebahagiaan keluarga

Hormati pandangan dan pendapat setiap ahli keluarga. Sayang menyayangilah antara satu sama lain.

Kanak-kanak suka mendengar kisah ibu bapa semasa remaja dan di tempat kerja.

Tunjukkan contoh berkasih sayang kepada anak-anak. Jika ibu bapa melayani pasangan dengan baik, anak-anak turut berkelakuan baik kepada orang lain.

Jadikan masa makan waktu bersama keluarga. Ini merupakan masa yang sesuai untuk berhubung. Berbuallah dengan anak-anak. Makan bersama keluarga adalah cara yang paling mudah untuk menghabiskan bersama keluarga dan berhubung.

Jika anak-anak tidak seronok di rumah, anak-anak akan mencari keseronokan di tempat lain. Bawa keluarga melakukan aktiviti bersama setiap hujung minggu. Hargai masa bersama keluarga.

Jangan tinggikan suara di rumah. Meninggikan suara bermakna ibu bapa gagal mengawal keadaan.

Lindungilah anak-anak.

Pastikan setiap ahli keluarga berkomunikasi antara satu sama lain dengan berkesan.

  1. Layan ahli keluarga dengan penuh kasih sayang

  2. Berkongsi cerita dengan anak-anak

  3. Utamakan perhubungan kekeluargaan dan perkahwinan

  4. Makanlah bersama-sama keluarga

  5. Mainlah bersama-sama anak-anak

  6. Utamakan keluarga berbanding rakan

  7. Lakukan sesuatu yang menyeronokkan bersama-sama kerana kanak-kanak gemar keseronokan

  8. Wujudkan aktiviti rutin keluarga

  9. Pastikan suasana di rumah tenang

  10. Jangan bertengkar di hadapan anak-anak

  11. Jangan bekerja sepanjang masa. Utamakan anak-anak. Mereka amat berharga.

  12. Berkomunikasilah dengan anak-anak secara terbuka.

  13. Pastikan hubungan kekeluargaan dapat dirasai oleh setiap ahli

  14. Personaliti setiap anak adalah unik dan berbeza-beza. Keunikan menjadikan setiap anak istimewa, dan anak-anak harus berbangga dengan keunikan diri masing-masing.

Last Reviewed : 23 June 2015
Writer : Dr. Norharlina binti Bahar
Translator : Pn. Noorhayati binti Kassim
Accreditor : Dr. Norharlina binti Bahar

 

Artikel Berkaitan

Saya Ibu Remaja

Masalah remaja mengandung merupakan masalah sosial yang utama di dunia

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,458

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia