A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Psikologi Kaunseling
  6. /
  7. Umum
  8. /
  9. Krisis
  10. /
  11. Memahami Psikologi Pesakit HIV

Memahami Psikologi Pesakit HIV

Stigma Masyarakat terhadap pesakit Human Immunodeficiency Virus (HIV)

Penyakit kurang daya pertahanan melawan penyakit adalah disebabkan oleh sejenis virus HIV. Penghidap penyakit ini biasanya dikaitkan dengan gaya hidup yang tidak bermoral. Masyarakat mempunyai pandangan dan tanggapan yang buruk terhadap sesiapa saja yang menghidap penyakit ini.

Murphy et al. (2002) dalam kajiannya tentang keluarga yang sakit menyatakan bahawa ahli keluarga yang menghidap penyakit AIDS didapati memberi kesan kepada elemen fizikal, mental dan jiwa sama ada kepada ahli-ahli keluarga dan pesakit. Penyakit ini merupakan penyakit yang membawa maut dan memberikan stigma tidak berkesudahan.  Mereka dianggap sebagai golongan negatif kerana melanggar peraturan, agama, moral, dan sosial (Aishah, 2002).  Malah, ahli keluarga juga menjadi mangsa keadaan ini dan dipandang hina oleh sebilangan masyarakat.  Perasaan takut terhadap penyakit ini timbul kerana stigma komuniti terhadap individu dan juga keluarga pesakit sebagai pengamal gaya hidup yang tidak bermoral seperti seks bebas dan luar tabii.(Aishah, 2002).

Pemulauan terhadap individu dan ahli keluarga ini menyebabkan penghidap HIV tertekan hingga ada yang menyatakan penyakit AIDS adalah sejenis ‘metafora dosa’ berunsurkan kejahatan, dimusuhi, dikutuk, dan patut dihukum.

Mengenali Tanggapan negatif Pesakit HIV

Perkara-perkara tersebut adalah yang paling ditakuti dan digeruni oleh sesiapa saja yang  penghidap baru yang disahkan positif HIV.  Pengetahuan yang cetek mengenai penyakit HIV dan gambaran yang negatif akan mengalami kebuntuan fikiran.   Penghidap HIV akan mengalami perasaan ketakutan menghadapi kematian dan hilang harapan untuk hidup.  Penghidap HIV ini akan menunjukkan pelbagai reaksi apabila disahkan menghidap HIV.

Penghidap HIV yang baru akan berasa terkejut.  Walau bagaimana bersedia sekali pun mental seseorang, adalah sukar menerima kenyataan bahawa dirinya dijangkiti HIV.   Dia akan bingung dan tidak tahu apa yang perlu buat dan tindakan yang perlu diambi dan mula bertanyakan pelbagai   soalan yang tidak masuk akal dan juga menunjukkan tingkahlaku  pelik penuh emosi.

Kadang-kadang penghidap HIV yang baru enggan percaya bahawa dia menghidap HIV.  Macam-macam alasan seperti berlaku kesilapan atau kerosakan pada mesin (peralatan), tersilap maklumat dan sebagainya.  Keengganan menerima keputusan yang didiagnose positif boleh menjadi tekanan yang berat pada penghidap.  Dia akan mula mereka-reka cerita bagi melindungi dirinya daripada HIV itu sendiri.  Penghidap HIV akan mendakwa bahawa dirinya dipaksa menyuntik dadah, diperkosa, diliwat, bersentuhan , sekadar berciuman, semasa pemindahan darah sedangkan mereka sedar bahawa dirinya adalah pengamal berisiko tinggi.  Penghidap HIV ini sentiasa tidak konsisten dengan plot cerita yang sama.  Maka ini akan mengambil masa yang lama untuk penghidap menerima hakikat yang sebenar dan mendapat rawatan HIV.

Mengenali emosi Pesakit HIV

Selain terasa terkejut dan enggan menerima keputusan positif HIV, penghidap baru akan mula marah dan menyalahkan dirinya atau pihak lain yang menjadi punca jangkitan HIV.   Penghidap HIV juga akan kehilangan fokas  apabila sering menuding jari menyalahkan orang itu dan ini sehingga gagal mengambil tindakan yang positif.   Seterusnya, pada penghidap yang mengamal pergaulan bebas akan mula marah dengan dirinya dan rasa bersalah kerana penyakitnya akan mempengaruhi kesejaheraan keluarganya.

Pesakit HIV yang sakit dan lemah akan memberi kesan pada kebolehan kerja (capacity) terutamanya jika berada ditahap “advance”.   Masalah kewangan dan kehilangan sumber pendapatan adalah satu masalah kritikal pada tahap ini.   Pesakit HIV ini mungkin merupakan sumber kewangan untuk keluarganya.  Keluarganya akan kehilangan sumber pendapatan jika penghidap HIV merupakan pencari sumber pendapatan keluarga “sole breadwinner”.Malah dia akan menjadi beban pada keluarganya sekarang.  Maka, ketidakupayaan untuk meneruskan tanggungjawab terhadap anak dan keluarga akan memberikan impak yang serius pada penghidap HIV.

Stigma sosial yang berkaitan dengan HIV amat ditakuti oleh penghidap HIV.  Stigma sosial juga merupakan sejenis stress kronik pada penghidap HIV.  Dia akan merasa takut pada beberapa keadaan seperti penghinaan, kesakitan, hilang pekerjaan, diketahui orang lain, disisih masyarakat, ditinggalkan keluarga dan kematian.   Oleh sebab-sebab tersebut, mereka cuba rahsiakan penyakit yang dihidapi dari pasangannya, sahabat-sahabatnya, dan ahli keluarganya.  Penghidap HIV ini merasakan ia adalah satu bentuk dendaan dimana penyakit tersebut menyekat setiap aspek kehidupannya.  Terdapat juga penghidap HIV yang mengelak “contact social” dan tidak akan meminta bantuan kerana mereka rasakan dirinya tidak layak di hormati dan disayangi atas perbuatan dosanya.  Maka, penghidap HIV mungkin hidup dalam keadaan kecewa dan sentiasa takut, dia akan di sisihkan oleh kaum keluarga dan masyarakat.   Keadaan ketakutan ini akan berkurangan apabila mereka berkongsi perasaan dengan mereka yang senasib dengannya.

Meningkatkan Esteem Diri Pesakit HIV

Selain daripada itu mereka perlukan bimbingan supaya yakin pada dirinya, mereka takut kepada sesuatu yang tidak perlu dan juga  menyedarkan mereka bahawa tiada gunanya menipu diri sentiasa.  Apabila ketakutan ini dapat diatasi, penghidap HIV perlu berterus terang dengan orang yang disayangi demi keselamatan mereka.  Seseorang penghidap HIV akan berfikir bahawa orang lain takut, asyik menghakimi, memerhati dan memperkatakan sesuatu yang negatif tentang dirinya. Keadaan jugmental dan diskriminasi terhadap penghidap menambahkan penderitaan mereka dan juga keluarga mereka yang tidak bersalah.  Keadaan ini menyebabkan mereka menyendiri dan kurang selesa untuk bersosial. Dalam keadaan begini penghidap HIV perlukan lebih bantuan dan dorongan dari anggota masyarakat jika dibandingkan dengan sokongan dari perawat perubatan.   Penerimaan oleh anggota masyarakat menyakinkan penghidap HIV bahawa dia mempunyai nilai yang sama seperti orang lain.

Pengendalian Emosi Pesakit HIV

Perasaan terkejut, tersisih dari masyarakat, keengganan menerima hakikat dan sebagainya menyebabkan penghidap HIV terfikir bahawa tiada lagi alasan untuk meneruskan kehidupan.  Mereka mungkin terasa tidak berguna dan enggan berinterasi dengan orang lain.  Kemurungan akan mengakibatkan seseorang lemah fizikal dan minda.  Perasaan rendah diri juga akan dialami oleh Penghidap HIV.   Dia tidak akan dapat menjalinkan perhubungan kerana merasakan dirinya adalah racun.   Dia akan menyisihkan dirinya dari pasangan hidupnya dan juga mereka yang dikasihi.  Pada peringkat ini penghidap HIV perlu bantuan kritikal dari seorang pakar atau berpengetahuan luas tentang HIV dan  seksual untuk mengatasi keadaan ini dan memberikan gambaran yang positif berkaitan HIV.

Keberkesanan Kaunseling dalam membantu pesakit HIV

Penghidap HIV biasanya mula menerima hakikat,  hasil dari sesi kaunseling yang dikendalikan oleh pegawai yang berkemahiran tentang penyakit HIV/AIDS dan psikologi pesakit HIV.   Dalam sesi kaunseling, mereka mula memahami penyakit  dan rawatan, aspek psikologi seperti kekuatan dan kelemahan diri serta menangkis stigma, perkara “do’s & don’t, dan  gaya hidup sihat.. Maka mereka mula memikirkan jalan terbaik untuk menjalani kehidupan.   Walaupun penghidap HIV dapat menerima hakikat dirinya adalah positif HIV tetapi dia akan mengalami stress dan tekanan untuk mendedahkan penyakit yang dijangkiti pada pasangan hidupnya, ahli keluarganya dan juga sahabat handainya. Disini Pegawai Psikologi perlu memainkan peranan yang penting untuk membantu penghidap HIV untuk menbuat pendedahan status penyakit yang dihidapi pada ahli keluarga dan juga rakannya. Pendedahan status HIV adalah umumnya berkait dengan kebaikan kesihatan fizikal, psikologi dan tingkah-laku termasuk penerimaan rawatan HAART. Kajian telah membuktikan bahawa individu  HIV positif  yang mengumumkan status HIV tidak akan rasa menyesal dalam jangkamasa panjang.

Penghidap HIV akan tetap mengalami stress dan tekanan walaupun telah mula menjalani pelbagai terapi (Psikologi) dan rawatan HAART.  Penghidap HIV akan mengalami stress yang berkaitan dengan kesan sampingan dari ubat-ubatan yang dimakan   Disini perlukan seorang pegawai kaunseling yang mahir dalam menyedarkan pesakit berkaitan kepatuhan, keberkesanan dan pengekalan dalam rawatan HAART.  Pengekalan dalam rawatan HAART yang sempurna akan memberi impak kearah  kehidupan yang bermakna.

Sebagai kesimpulan stress dan tekanan adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan dari seseorang yang disahkan HIV positif.   Ia akan sentiasa menghantui pengidap sehingga akhir hayat.

Rujukan

  1. Aishah@Eshah Haji Mohamad (2002) Pesakit, Keluarga dan AIDS: Stigma dan kesan psikososial. Jurnal Psikologi Malaysia 16, 75 -88

  2. Mat Saad Abd.Rahman (2008) Isu-isu dalam masyarakat Islam Malysia,iBook Publication Sdn Bhd., Rawang.

  3. Muhamad Ismail Ahmad, Suzaina Che Wil (2006) Menangani keluarga bermasalah, Caberawet Publishing Sdn Bhd., Subang Jaya

  4. Murphy DA, Marelich WD, Stritto MED, Swendeman D, Witkin A (2002) Mothers living with HIV/AIDS:  Mental,physical, and family functioning. AIDS Care 14 (5),633 -644

  5. www.nat.org.uk, Psychological Support for People Living with HIV, July 2010

Semakan Akhir : 21 Mei 2014
Penulis : Nadarajan a/l Gopalkrisnan
Akreditor : Hj. Hairol Kamal bin Ab Rahman

 

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia