A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Rehabilitasi Kardiak

Apa itu program rehabilitasi kardiak?

Program ini merupakan satu program pendekatan menyeluruh untuk mencapai objektif dalam perawatan para pesakit jantung. Program rehabilitasi kardiak merupakan satu program yang telah lama dijalankan di hospital-hospital Kementerian Kesihatan, se awal tahun 1997. Program ini ditawarkan kepada pesakit-pesakit yang mendapat serangan sakit jantung dan lemah jantung.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi dengan pesakit cara yang disarankan untuk membantu para pesakit jantung kembali ke tahap aktif. Ia juga merangkumi gaya hidup yang sesuai disamping mengurangkan riksiko mereka mendapat serangan jantung yang seterusnya.

Program ini merangkumi aktiviti fizikal, ceramah kesihatan, kaunseling, pengubahan cara hidup dan sokongan untuk pengurusan kendiri. Perkhidmatan ini adalah “individualized” untuk disesuaikan dengan kehendak individu pesakit dan keluarga mereka.

Program “cardiac rehab services” harus ditawarkan kepada semua pesakit jantung yang dirawat oleh pakar jantung, pakar keluarga dan juga professional lain yang mempunyai kepakaran untuk menjaga para pesakit ini.

Program ini ditawarkan kepada pesakit yang berminat untuk mengetahui lebih mendalam berkenaan program, tidak kira peringkat mana penyakit tersebut semasa rawatan diberikan. Para pesakit yang telah lama mengidap penyakit jantung tetapi masih mengamalkan gaya hidup tidak sihat, juga disarankan untuk mengikuti program ini.

Objektif dan kumpulan sasaran

Objektif keseluruhan program ini adalah untuk memaksimakan serta memantapkan kekuatan fizikal, memberi kesihatan psikologikal dan sosial pesakit. Peningkatan tahap kesihatan ini biasanya membolehkan seseorang pesakit itu menjalani kehidupan dengan lebih bermakna dan berkeyakinan.

Program ini juga boleh membantu pesakit belajar cara yang boleh mengurangkan risiko mendapat serangan seterusnya.
Program ini dapat mengurangkan masa pemulihan selepas pesakit mendapat serangan jantung. Program ini juga mencadangkan beberapa strategi untuk mengurangkan kadar mendapat serangan seterusnya.

Program ini juga dapat membantu pesakit membuat perubahan, mengadaptasi cara untuk merubah sikap untuk menjaga kesihatan sendiri dalam menangani masalah seharian. Program ini boleh dijadikan program komuniti untuk menggalakkan kesedaran terhadap kesihatan jantung individu dan juga kesihatan masyarakat secara umumnya.

Kumpulan sasar program ini merangkumi pesakit yang pernah mengidap serangan sakit jantung (myocardial infarction), pesakit yang pernah menjalani prosidur angioplasti, pesakit yang pernah mengalami angina “stable or unstable angina”, pesakit yang mengalami kegagalan jantung dan juga pesakit dengan masalah pembuluh darah atau sakit jantung lain-lain kategori.

Program ini juga memfokuskan penjagaan faktor-faktor risiko lain termasuk diabetes, hipertensi dan merokok yang akan terlibat secara langsung dalam keberkesanan penjagaan pesakit jantung.

Rehabilitasi kardiak dapat dibahagikan kepada 3 fasa utama:

Fasa 1:

Pada fasa ini, anggota kumpulan “cardiac rehab” akan memberi penerangan kepada pesakit tentang program berkenaan mengikut bidang masing- masing.

Di fasa ini, pesakit akan diberikan pengetahuan, membetulkan salah tanggapan terhadap penyakit jantung. Tujuan utama fasa ini adalah untuk mempersiapkan pesakit bangun, bergerak serta akhirnya discaj dengan sihat. Biasanya proses ini akan juga melibatkan keluarga pesakit.

Penerangan anggota kumpulan pemulihan kardiak rehabilitasi ini dapat meningkatkan pengetahuan pesakit dan keluarga mereka tentang penyakit jantung yang dihidapi, mengurangkan kemurungan dan kerungsingan mereka.

  • Jururawat akan menerangkan kepada pesakit dan waris tentang keadaan pesakit dan kepentingan program ini.
  • Ahli fisioterapi akan mengajarkan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan keadaan kesihatan pesakit di masa tersebut. Senaman ringan termasuk mengangkat tangan, menyikat rambut, membasuh muka, dan bangun dari katil dan berjalan di sekeliling katil
  • Pegawai dietetik akan menasihati pesakit dan waris tentang diet sihat, keperluan mengubah diet kearah diet sihat.
  • Jurupulih carakerja akan memberi tunjuk ajar tentang cara menangani stress.

Fasa 2:

Semasa fasa awal selepas discaj, kebanyakan pesakit akan berasa terasing, tidak selamat,  hilang keyakinan diri terutamanya jika mereka mengalami keadaan amat kritikal ketika mereka berada di dalam wad sebelumnya.

Program ini telah terbukti dapat membantu pesakit meningkatkan keyakinan diri, mengurangkan kerungsingan, kemurungan dan juga dapat mengurangkan kadar kemasukkan semula ke wad.

Dalam fasa ini pesakit dikehendaki menandatangani surat kebenaran mengikuti program rehabilitasi kardiak. Pesakit akan dibantu melalui kelas-kelas yang telah ditetapkan secara berkala selama 6 bulan.

Aktiviti fizikal berkala secara peningkatan bersistematik yang telah disusun akan membolehkan pesakit beransur-ansur meningkatkan keupayaan fizikal dengan lebih berkeyakinan bila mereka mengikuti pogram ini.

Selain aktiviti fizikal, penerangan berkenaan penyakit, tanda-tanda, dan perawatan diberitahu sekali lagi kepada pesakit. Pakar pemakanan akan memberi penjelasan berkenaan diet sihat. Ini kerana biasanya ketika fasa 1, pesakit tidak dapat memahami secara jelas akan apa yang diterangkan ketika berada di wad.

Permasalahan psikoseksual dan psikososial juga akan dibincangkan dengan pesakit dan keluarga, secara individu setelah sejarah pesakit dikaji. Proses ini akan dapat membantu mengurangkan kerungsingan dan menambah keyakinan pesakit. Pegawai farmasi juga akan membantu pesakit mengenali ubat mereka dan menerangkan kepentingan pengambilan ubat yang diberikan.

Fasa 3

Fasa ini digunakan untuk menilai perkembangan pesakit selepas 6 bulan mengikuti kelas rehabilitasi kardiak. Ini merangkumi penilaian fizikal, tahap kecergasan. Pesakit akan juga dinilai secara objektif dari segi keputusan darah terutamanya tahap kolestrol, glukosa samada ia mencapai sasaran yang dikehendaki atau tidak.

Pegawai jurupulih cara kerja akan juga membantu pesakit untuk teknik relaksasi (relaxation technique). Jika dirasakan perlu, pesakit akan dirujuk ke unit-unit lain seperti psikologi, kardiologi untuk rawatan lanjut.

Fasa 4

Fasa ini melibatkan program jangka panjang yang melibatkan perubahan cara hidup dan aktiviti fizikal dalam komuniti. Buat masa ini, fasa 4 adalah menjadi wawasan Malaysia agar kumpulan rehabilitasi kardiak ini dapat dijadikan satu perkumpulan masyarakat yang dapat mengembangkan pengetahuan mereka tentang penyakit jantung serta rawatan secara ringkas dan juga gaya hidup sihat sebagai amalan seluruh masyarakat amnya.

Kebaikan program rehabilitasi kardiak

Program ini dianggotai oleh pegawai-pegawai yang berdedikasi untuk membantu mengurangkan masalah pesakit. Untuk memastikan program ini berjalan lancar setiap masa, bahagian latihan harus mengembangkan keupayaan mereka untuk menyediakan program ini kepada seluruh pesakit yang memerlukan.

Koordinator program (pegawai profesional terlatih) yang mempunyai pengetahuan spesifik yang merangkumi perangkaan program, aturcara program, perkembangan program dan juga penilaian program secara berkala untuk memastikan lebih ramai pesakit dapat mengakses program rehabilitasi kardiak ini. Keluarga pesakit juga merupakan ahli kumpulan yang dapat membawa perubahan ke arah penjagaan pesakit dengan lebih baik. Sebagai contoh, isteri memasak dengan cara yang disarankan, anak-anak dan anggota keluarga yang lain dapat mengurangkan stress kepada pesakit dengan memahami faktor- faktor yang boleh menambah tekanan kepada pesakit dan mengurangkan faktor tersebut.

Senarai anggota program dan aktiviti merangkumi:

  1. Doktor dan jururawat:
    Menasihatkan tentang kesihatan, apa ujian seterusnya yang harus dilakukan, mengawal risiko boleh ubah yang lain supaya dapat mengurangkan kadar kejadian serangan jantung yang berikutnya.
  2. Pegawai Farmasi:
    Penggunaan ubat yang betul
  3. Kesihatan Pekerjaan:
    Menangani stress dengan cara yang betul, menerusi pendekatan kesihatan psikososial dan psikoseksual
  4. Pegawai Dietetik:
    Cara pemilihan pemakanan yang sihat dan cara memasak yang betul
  5. Pakar Fisioterapi:
    Senaman yang sihat dan bersesuaian dengan pesakit, kadar peningkatan aktiviti fizikal secara bersistematik yang selamat untuk pesakit.

“Scientific statement by AHA circulation journal 2000” telah menggariskan setiap garis panduan rehabilitasi kardiak merangkumi kaunseling pemakanan, pengurusan berat badan, pengawalan penyakit diabetes, hipertensi, kolesterol, pengurusan psikososial, penilaian aktiviti fizikal dan latihan senaman.

 

Semakan Akhir : 12 Mei 2014
Writer : Dr. Siti Khairani bt. Zainal Abidin

 

Artikel Berkaitan

Kayap

Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV)

Mitos Pendermaan Darah

Terdapat berbagai mitos berkaitan pendermaan darah yang menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat. Oleh itu, ramai orang mengelakkan diri dari menderma darah.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia