A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Masalah Kulup Zakar

Kulup adalah kulit yang menutup hujung kepala zakar. Semasa lahir kulup akan melekat pada hujung zakar dan tidak boleh ditarik ke belakang atas zakar. Tetapi dalam tempoh 2 tahun berikut kulup akan berpisah perlahan-lahan dari kepala zakar dan seterusnya ia boleh ditarik dari atas bahagian kepala zakar.

Apa itu kulup zakar?

Kulup adalah kulit yang menutup hujung kepala zakar.

Semasa lahir kulup akan melekat pada hujung zakar dan tidak boleh ditarik ke belakang atas zakar. Tetapi dalam tempoh 2 tahun berikut kulup akan berpisah perlahan-lahan dari kepala zakar dan seterusnya ia boleh ditarik dari atas bahagian kepala zakar.

Bagaimanakah seseorang remaja perlu menjaga kulup zakar?

Remaja perlu memastikan bahawa kulup sentiasa dijaga.

Apabila anda mandi, tarik kulup secra perlahan-lahan dan berhati-hati kebelakang dan bersihkan kepala zakar dengan sabun dan air  supaya ianya sentiasa bersih.

Selepas dibersihkan, tarik kulup kembali ke posisi asal di atas kepala zakar.

Jangan terlalu kasar supaya tidak menyebabkan kecederaan pada kulup mahupun zakar.

  1. SMEGMA BERLEBIHAN
  • Jika anda tidak membersihkan kulup secara rutin, sejenis bahan putih yang dikenali sebagai smegma akan terkumpul dibawah kulup di bahagian kepala zakar.
  • Smegma adalah sel-sel lama yang sentisa terbentuk dibawah kulup apabila sel baru terbentuk.
  • Smegma boleh dibersihkan dengan senang saja sepertimana yang disebut di atas.
  • Jika tidak ia boleh terkumpul dengan banyak dan menyebabkan rasa gatal dan kurang keselesaan.
  1. PHIMOSIS
  • Phimosis ialah keadaan dimana kulup terlalu sempit (lubang pembukaan terlalu kecil) menyebabkan kulup sukar atau tidak dapat ditarik kebelakang.
  • Oleh yang demikian apabila zakar menjadi tegang, kulup tidak akan bergerak ke belakang. Ini akan atau boleh menyebabkan kesakitan
  • Apa yang perlu anda lakukan jika didapati anda mengalami masalah phimosis
    • Jumpa dengan doktor untuk pendapat.
    • Doktor akan melakukan pemeriksaan.
    • Doktor mungkin menasihatkan kamu untuk meregangkan kulup setiap hari secara perlahan-lahan dengan harapan ianya menjadi lebih longgar.
    • Ia mungkin mengambil beberapa minggu untuk berjaya.
    • Kadangkala doktor anda akan  memberi krim steroid untuk disapu.
    • Jika semua langkah ini gagal, doktor anda akan mencadangkan supaya anda menjalani prosedur bersunat.
  1. PARAPHIMOSIS
  • Keadaan ini berlaku apabila kulup yang kebelakang tetap pada keadaan tersebut dan tidak dapat kembali ke posisi asal. Ini akan menyebabkan keadaan seumpama gelang getah di penghujung kepala zakar. Ini akan mengganggu aliran darah dan seterusnya menyebabkan bengkak dan kesakitan pada kulup.
  • Jangan sekali-kali biarkan kulup dalam keadaan ini.

  • Apa yang perlu dilakukan?
    SEGERA jumpa doktor anda.
    Doktor akan memberi ubat penahan sakit dan cuba menarik kulup ke keadaan asal.
    Jika gagal, doktor terpaksa melakukan prosedur sunat.
  1. TRAUMA KULUP ZAKAR
  • Kadang kala kulup boleh tercedera. Kecederaan yang kerap berlaku adalah apabila zip seluar tersangkut pada kulup.
  • Elakkan. Sentiasa pakai seluar dalam!
  1. JANGKITAN KULUP
  • Apabila bahagian kulup dijangkiti kuman, ianya akan menjadi kemerahan, bengkak atau sakit. Ini boleh menyukarkan kulup dari ditarik ke belakang. Kadangkala mungkin ada cecair discaj yang keluar dari kulup.
  • Apa yang perlu anda lakukan?
    Jumpa dengan doktor. Doktor anda mungkin memberi anda ubat pencuci serta antibiotik.
  1. KERADANGAN KULUP
  • Kulup boleh menjadi merah serta kesakitan. Keadaan ini mungkin terjadi  jika anda menarik kulup secara kasar ke belakang.
  • Penggunaan sabun yang terlalu kuat juga boleh menyebabkan keradangan kulup.
  • Cara mengelakkannya?
    Elakkan penggunaan sabun yang terlalu kuat untuk mencuci kulup.
    Jangan terlalu kasar apabila menarik kulup.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis/Penterjemah : Dr. Thiyagar Nadarajaw
Akreditor : Dr. Fauziah bte. Zainal Ehsan
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Fibroadenosis

Fibroadenosis (penyakit payudara Fibrocystic) adalah ketulan abnormal yang tidak merbahaya (benign) di payudara, menyebabkan payudara rasa berketul ketika diperiksa dan kadangkala boleh terasa sakit. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh perubahan hormon semasa remaja pertama kali datang haid (permulaan haid) dan wanita yang pra-menopaus.

Skoliosis

Ia adalah satu keadaan di mana tulang belakang membengkok secara berlebihan pada arah yang tidak betul. Istilah skoliosis diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘bengkok’. Melalui X-ray tulang belakang akan kelihatan seperti huruf S atau C yang sepatutnya kelihatan lurus.

Pneumothorax

Pneumothorax adalah pengumpulan udara atau gas di bahagian rongga di antara paru-paru dan dinding dada disebabkan terdapatnya kebocoran di antara rangka dada dan paru-paru (ruang pleura) atau paru-paru itu sendiri. Ini akan menyebabkan paru-paru menjadi kecut

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,458

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia