A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Tumbesaran
  6. /
  7. Tubuh Anda
  8. /
  9. Enam Pek (Six Pack)

Enam Pek (Six Pack)

Membentuk otot bahagian perut (six-pack) adalah impian setiap remaja khususnya remaja lelaki. Ia dapat memberi kepuasan fizikal serta minda mereka.

Membentuk otot bahagian perut (six-pack) adalah impian setiap remaja khususnya remaja lelaki. Ia dapat memberi kepuasan fizikal serta minda mereka. Ramai remaja lelaki mahupun perempuan ingin menghilangkan lemak dibahagian perut dan menggantikannya dengan ketulan otot ketara yang dipanggil “six pack”.

Sebenarnya semua orang mempunyai “six pack”. Malangnya kebanyakan “six pack” kita tersembunyi dibawah lapisan isi lemak dan dengan itu tidak kelihatan.

Untuk membuatkan “six pack” kita kelihatan, kita perlu menghilangkan lapisan lemak di atas otot-otot tersebut.

Untuk mencapai ini, kita perlu berusaha dengan konsisten,  dengan melakukan latihan fizikal serta mengamalkan pemakanan yang sihat  dan seimbang. Tidak ada jalan pintas untuk mencapai impian  anda!

Pengambilan makanan kurang lemak amat penting kerana “six pack” anda tidak akan kelihatan sehingga semua lemak yang menyelaputinya hilang.

TIP MEMBENTUK “SIX PACKS”

  1. Ambil kuantiti  makanan yang kecil tetapi kerap. Cara pemakanan ini akan mengurangkan rasa lapar yang keterlaluan. Makan makanan yang seimbang Kurangkan makanan berlemak Makan pelbagai buah-buahan, sayuran, ikan Elakkan makanan berminyak Elakkan minuman berkabonat Elakkan makanan berkalori tinggi Banyakan meminum air kosong Tambah makan berfiber tinggi Elakkan makanan ringan dan makanan yang manis

            Tip utama: Makanan sihat. Kurangkan kalori

  1. Senaman kardiovascular Senaman kardiovaskular membantu mengurangkan lemak dari bahagian perut dan mengurangkan kalori. TETAPI: jangan lakukan secara kerterlaluan. Senaman kardiovascular 20-30 minit sehari adalah  memadai.

  1. Nutrisi untuk bersenam Nutrisi yang sihat serta senaman yang berpatutan adalah asas untuk mengurangkan pengambilan kalori dan mengurangkan lemak berlebihan. Setengah remaja percaya bahawa pengambilan makanan berprotin serta pil khas berprotin tinggi dapat  mencapai niat mereka dalam masa yang singkat.

    TETAPI: Pengambilan protin yang terlalu tinggi atau makanan tambahan yang tidak terbukti keberkesanannya boleh membawa mudharat termasuk menjejaskan fungsi buah pinggang.

    Pengambilan steroid untuk meningkatkan ketulan otot “six pack” bahaya. JANGAN lakukannya.

  1. Senaman khusus untuk pembentukan “six packs” Senaman untuk perut perlu fokus semua bahagian perut.

    Bangun berulang kali dari posisi baring (sit ups) adalah yang terbaik. Senaman ini akan menguatkan bahagian tengah perut dimana terdapatnya otot-otot “six pack”.

    Senaman seimbang untuk bahagian perut terdiri dari:

    “Sit-ups” Sit-ups dan memusing bahagian badan ke kiri dan ke kanan

  1. Lakukan senaman untuk perut sebagai priority Jangan tunggu hingga penghujung sesi latihan atau senaman untuk melakukan senaman khusus untuk bahagian perut. Anda mungkin berasa terlalu letih untuk melakukannya. Mulakan latihan dengan senaman bahagian perut dahulu.

  1. Pakaian yang sesuai Pakailah pakaian senaman yang sesuai dan selesa seperti kasut sukan, Kemeja–T dan seluar.

    Elakkan pakaian yang terlalu ketat.

  1. Kekalkan motivasi diri Sentiasa bermotiovasi tinggi.

    Elakkan kehadiran mereka yang membawa unsur-unsur serta komen negatif terhadap matlamat anda untuk mencapai “six packs”.

    Elok melakukan senaman dengan rakan-rakan yang mempunyai matlamat yang sama.

    Selepas mencapai “six packs”, JANGAN LUPA. Anda mesti terus bersenam supaya “six pack” anda kekal!

SELAMAT BERJAYA!

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis/Penterjemah : Dr. Thiyagar Nadarajaw
Akreditor : Dr. Fauziah bte. Zainal Abidin
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Haid (Menstruasi)

Apabila haid berlaku, anda akan mengalami pendarahan dari faraj. Haid yang berlaku adalah berbeza dari seorang wanita dengan wanita lain.

Saya Pendek

Ketinggian terakhir anda dipengaruhi oleh gen anda sendiri

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia