A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiasi
  6. /
  7. Panduan Kepada Pesakit Bagi...

Panduan Kepada Pesakit Bagi Rawatan Yang Menggunakan Punca Radioaktif Iodin-131

Kelenjar Tiroid

Apakah terapi radioiodin I-131 dan bagaimanakah ia digunakan?

Terapi radioaktif iodin-131 adalah rawatan untuk pesakit yang mengalami penyakit “overactive” kelenjar tiroid.Ia dipanggil “hyperthyroidism”. Penyakit ini berpunca dari “Graves disease” yang menghasilkan terlalu banyak hormon tiroid.

Perubatan nuklear adalah salah satu cabang pengimejan yang menggunakan bahan radioktif yang sedikit untuk mendiagnos atau mengubati pelbagai penyakit termasuklah pelbagai jenis kanser, penyakit jantung dan sebahagian ketidakabnormalan di dalam tubuh badan manusia. Kelenjar tiroid di leher menghasilkan dua hormon yang memproseskan keseluruhan metabolisme badan melalui proses kimia yang menukarkan makanan kepada tenaga. Apabila kelenjar tiroid terlebih aktif, ia akan merembeskan lebih banyak hormon mempercepatkan kadar metabolisme badan.

Bahan radioaktif iodin-131 adalah isotop radioaktif yang menghasilkan sinaran radioaktif untuk tujuan perubatan. Apabila sedikit bahan radioaktif Iodin-131 dimasukkan ke dalam badan (secara minum / telan), badan akan menyerap bahan tersebut melalui kapilari darah sepanjang saluran perkumuhan yang bertumpu kearah kelenjar tiroid dan berfungsi memusnahkan sel sel kelenjar tersebut. Ia juga digunakan agen pemusnah sel kanser.

Siapakah yang terlibat didalam prosedur ini?

Pakar Perubatan Nuklear adalah doktor yang telah melalui latihan kepakaran di dalam bidang perubatan nuklear termasuklah kepakaran endokrin, onkologi, pembedahan tiroid dan perlindungan sinaran.

Adakah ia melibatkan sebarang peralatan perubatan?

Tiada peralatan perubatan yang digunakan semasa rawatan terapi radioaktif iodin.

Memandangkan tiada peralatan perubatan yang digunakan, pesakit hendaklah meminum / menelan dos bahan radioaktif yang disediakan.

Definisi :

Iodin 131 adalah bahan radioaktif  terbuka dengan separuh hayat 8.04 hari. Ia menyinarkan jenis sinar radioaktif gamma dan beta. Jenis sinar yang menyumbang dos serapan bagi organ yang menyerap iodin adalah sinar beta.

Arahan Kepada Pesakit ?

Berhenti mengambil tiroxin (T4) dalam tempoh 20 hari sebelum diwadkan.

Untuk pesakit yang mengambil T3, mereka mesti memberhentikan pengambilan ubat 10 hari sebelum dimasukkan ke dalam wad.

Pesakit akan diberi suntikan hormon secara berulang, setiap 3 hari dengan tujuan untuk meningkatkan “ intake” I-131. Ianya sepatutnya dilakukan dalam tempoh 3 hari sebelum diwadkan.

Langkah Berjaga-jaga Semasa Rawatan

Sebelum diwadkan, sebarang simptom cirit birit atau sembelit mesti diambil kira. Simptom ini boleh menjadi “hazard” kerana jika sisanya tidak dikendalikan dengan betul, ianya boleh mencemarkan kawasan rawatan.

Sekiranya pesakit muntah atau membuang air kecil 3 hari selepas mengambil bahan radioaktif ini, ia hendaklah dibersihkan dengan kerjasama Pegawai Perlindungan Sinaran yang bertugas di hospital anda. Sesiapa yang tinggal bersama dengan pesakit ini, mungkin dicemari oleh bahan sisa pesakit dan tahap kontaminasi hendaklah diukur.

  • Jika pesakit di dalam keadaan nazak, pegawai bertugas hendaklah tidak melengah lengahkan usaha menyelamatkan nyawa pesakit berkenaan. Contohnya, sekiranya berlakunya kebakaran, kosongkan rumah kediaman yang didiami pesakit., Hubungi Pegawai Perlindungan Sinaran untuk memastikan keselamatan radiasi pesakit, kakitangan, orang awam dan pesekitaran.
  • Apabila pesakit Iodin-131 meninggal, Pegawai Perlindungan Sinaran hendaklah dihubungi untuk memastikan dedahan radiasi dari mayat pesakit adalah rendah. Pegawai Perlindungan Sinaran hendaklah menjalankan pemonitoran kawalan aktiviti dedahan tubuh mayat pesakit sebelum dimandikan dan dikafankan.

Apabila Merasa Sakit Atau Sembelit

  • Jika mengalami masalah perut yang sembelit, pesakit dinasihatkan mengambil ubat lawas seperti Gravol.
  • Sekiranya anda mengalami tanda tanda ketiadaan pergerakan usus dalam 24 jam selepas rawatan Iodin, anda dinasihatkan mengambil susu atau magnesia.
  • Hubungi doktor anda jika masalah ini berlarutan.

Memperbanyakkan Minum Air Dan Menghisap Gula Gula

  • Untuk mengurangkan paras iodin-131 didalam tubuh pesakit, adalah disarankan pesakit minum banyak air selepas rawatan selama 2 hari dengan harapan sisa radioaktif yang tersimpan di dalam pundi-pundi kencing akan dapat dikeluarkan dengan cepat.
  • Anda juga dinasihatkan agar menghisap gula gula selepas rawatan agar bahan Iodin tersebut dieluarkan melalui air liur anda.
  • Panduan ini semuanya bergantung kepada sejarah kesihatan diri anda.Biasakan berbincang dengan doktor pakar perubatan yang merawat anda sebelum :
    • menghisap gula-gula
    • minum air dalam kadar yang banyak

Contoh Kebenaran Sebelum Rawatan

Tips Penting Semasa Di Rumah

Pertama sekali, beberapa faktor yang perlu diambil kira oleh pesakit iaitu jarak ,masa dan kebersihan.

  1. Jarak

    Semakin jauh jarak anda dengan keluarga anda, semakin berkurangan kadar dedahan sinaran radioaktif yang diterima oleh ahli keluarga..

    Seperti Contoh :-

    Menjauhkan diri anda dengan orang lain akan mengurangkan dos radioaktif anda sebanyak ¼ dari dedahan dos anda terima.

    Apa yang patut anda lakukan :-

  • Tidur berseorangan.
  • Duduk berseorangan di sofa atau didalam kereta.
  • Duduk sejauh yang mungkin dengan pemandu kereta anda.
  • Dilarang menggunakan kenderaan awam.
  • Dilarang menonton wayang atau menghadiri majlis keramaian.

Anda boleh meluangkan masa bersama ahli keluarga sekurang kurangnya 4 meter.

  1. Masa

    Elakkan berada lebih 2 jam disamping wanita yang berkeupayaan mengandung atau kanak-kanak. Elakkan bersama lebih masa dengan ahli keluarga kerana ianya akan meningkatkan lebih dos kepada mereka. Faktor ini amat penting terhadap kanak kanak dan perempuan mengandung  terutamanya dalam tempoh  7 hari selepas pesakit mendapat rawatan.

    Semasa anda berada disekeliling orang ramai, kurangkan masa seperti berikut :

  • 45 minit sehari sejauh 1 meter
  • 2 jam sehari sejauh 2 meter
  • 7 jam sehari sejauh 3 meter
  1.  Kebersihan

    Menjaga kebersihan juga boleh meminimumkan kadar kontaminasi yang ditinggalkan dari badan pesakit. Memandangkan bahan ini dikeluarkan melalui proses perkumuhan , tandas yang digunakan hendaklah dibersihkan segera dan tangan yang dibasuh juga perlu dibersihkan di satu tempat dan dilap menggunakan tisu untuk mengelakkan kontaminasi berlaku.

    • Khaskan satu bilik air  untuk kegunaan anda seorang . Perkara ini adalah amat penting bagi mengelakkan perkongsian barangan peribadi seperti berus gigi, ubat gigi, tuala dan sebagainya di dalam tandas anda.
    • Basuh tangan anda dengan sabun dan air yang banyak setiap kali anda menggunakan tandas.
    • Mandi sekurang kurangnya sekali sehari.
    • Bersihkan tandas anda selepas digunakan.
    • Kepada pesakit lelaki adalah dinasihatkan kencing sambil duduk kerana mengelakkan air kencing mereka bertaburan.
    • Pamkan tandas anda sebanyak tiga kali setiap kali selepas digunakan.
    • Bersihkan sinki tandas, shower dan takungan mandi setiap kali digunakan.
    • Selepas memberus gigi , anda dinasihatkan meludah ke dalam mangkuk tandas, dan pamkannya sebanyak 2 kali.
    • Pamkan semua tisu muka ke dalam mangkuk tandas.
    • Dilarang memakan gula gula getah.
Dengan mematuhi panduan ringkas ini untuk 5-6 hari secara berterusan selepas rawatan radioiodin I-131, anda tidak merbahayakan orang awam dan juga ahli keluarga anda.

Rujukan/Dipetik Daripada

  1. http://www.hsc.wvu.edu/rsafety/MediaLibraries/RSafety/Media/Documents/pdf/radioiodine.pdf
  2. http://www.stjoes.ca/media/PatientED/F-J/PD%206177%20I131RadioactiveIodineTherapySJH-trh.pdf
  3. http://www.epa.gov/rpdweb00/radionuclides/iodine.html
  4. http://books.google.com.my/books?id=M1UVAAAAIAAJ&pg=PA233&dq=guideline+of+taking+iodine-131&hl=en&sa=X&ei=GrjVUe3mBYmMrQeRzIHgDw&ved=0CDIQ6AEwAQ#v=onepage&q=guideline%20of%20taking%20iodine-131&f=false

 

Semakan Akhir : 9 Januari 2014
Penulis : Adzlin Hana bt. Mohd Sari

 

Artikel Berkaitan

Kemahiran Pragmatik

Pragmatik merujuk kepada kemahiran bahasa sosial yang kita gunakan dalam interaksi harian kita dengan orang lain.

MRI ABDOMEN

Apa Itu Pemeriksaan MRI Abdomen Magnetic Resonance Imaging (MRI) Abdomen

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,457

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia