A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Terapi Bahasa & Pertuturan
  6. /
  7. Jom Senaman Muka dan...

Jom Senaman Muka dan Mulut

Oro-motor merujuk kepada struktur dan fungsi otot-otot muka (contoh: bibir dan rahang) dan ruang dalam mulut (contoh: lidah dan lelangit lembut).

Lazimnya, kita hanya mendengar mengenai senaman fizikal. Namun, pernahkah anda terdengar mengenai senaman muka dan mulut? Apakah oral motor serta peranannya dalam kehidupan seharian? Artikel ini akan membincangkan mengenai beberapa aspek mengenai oral motor.

Definisi oral motor

oral motor merujuk kepada struktur dan fungsi otot-otot muka (contoh: bibir dan rahang) dan ruang dalam mulut (contoh: lidah dan lelangit lembut).

Aktiviti makan dan bertutur memerlukan kekuatan, koordinasi dan kawalan struktur oral.

Aktiviti ketika makan termasuklah:

  • menghisap

  • menggigit

  • memecah

  • menjilat

  • mengunyah

Aktiviti ketika bertutur termasuklah:

  • udara dari paru-paru yang mencukupi untuk bertutur (sistem pernafasan)

  • penghasilan frekuensi, kekuatan dan kualiti suara (sistem fonasi)

  • penghasilan bunyi resonan seperti sengau (sistem resonan)

  • pergerakan artikulator (bibir, rahang, lidah, lelangit lembut) untuk menghasilkan bunyi-bunyi pertuturan (sistem artikulasi)

  • pertuturan yang jelas agar mudah difahami

  • penghasilan intonasi, rima dan ritma

Selain aktiviti makan dan bertutur, kemahiran oral motor juga penting untuk ekspresi muka.

Sumber: le.ac.uk

Kenali struktur dan fungsi oral motor

Sebelum sesuatu senaman muka dan mulut dilakukan, adalah penting untuk memahami peranan oral motor. Jadual di bawah adalah struktur dan fungsi oral motor yang penting untuk bertutur dan menelan.

Sumber: sparrow.org Sumber: macmillan.org

 

STRUKTUR FUNGSI STRUKTUR FUNGSI
Bibir
  • Dapat membuka dan menutup mulut
  • Bibir dapat dibulatkan dan ditarik
  • Makanan dan minuman dapat dikekalkan dalam mulut
  • Mulut kekal tutup semasa rahang bergerak ke atas dan ke abawah
Rahang
  • Dapatkan meluaskan saiz bukaan mulut
  • Dapatkan menstabilkan lidah, bibir dan pipi
  • Kunyah dapat digerakkan secara putaran
Lidah
  • Bolus (makanan) di dalam mulut semasa mengunyah dan menghancurkan makanan
  • Lidah dapat bergerak ke depan-belakang untuk memulakan penelanan
  • Lidah dapat dikawal dan digerak ke depan, belakang, sisi dan atas
Larinks
  • Dapat menghasilkan kualiti, frekuensi dan kekuatan suara
  • Sistem mekanisme perlindungan yang menghalang makanan/minuman masuk ke saluran paru-paru dengan batuk
Gigi
  • Menggigit, memecah, menghancur, dan mengisar makanan
Nasofarinks
  • Ruang pertukaran udara pada saluran auditori (Eustachian) untuk menstabilkan tekanan udara antara farinks dan telinga tengah
Lelangit Keras
  • Kestabilan di dalam mulut dapat dikekalkan
  • Bersama lidah untuk memproses makanan dalam mulut
Tonsil
  • Sistem tindak balas (imun) terhadap bendasing ketika bernafas dan menelan
Lelangit Lembut
  • Tutup bukaan rongga hidung untuk membenarkan proses penelanan berjalan dengan lancar
Orofarinks
  • Laluan utama bagi makanan, minuman dan udara

Apakah tanda yang dikaitkan dengan masalah oral motor?

Tanda-tanda yang biasanya berlaku adalah seperti berikut:

  • Kekuatan serta koordinasi bibir, lidah dan rahang yang lemah

  • Pertuturan tidak jelas

  • Air liur meleleh

  • Kekuatan otot muka yang lemah

  • Sukar untuk mengunyah dan menelan

  • Perubahan suara

  • Sukar untuk membuat pergerakan oral (mulut atau lidah)

    Air liur meleleh Sumber: A.D.A.M

Siapakah yang Perlu Terapi oral motor?

  • Dysarthria (otot yang mengawal pergerakan pertuturan adalah lemah, perlahan dan kurang koordinasi pergerakan disebabkan oleh kerosakan/masalah pada sistem saraf hujung)

  • Apraxia (sukar untuk merancang, mengikut aturan bunyi dan mengawal pergerakan motor atau otot untuk menghasilkan pertuturan. Masalah ini bukan disebabkan oleh masalah otot/ saraf yang lemah)

  • Kecacatan struktur (Contoh: Klef bibir/lelangit)

  • Sindrom Down

  • Kanak-kanak yang didiagnos sebagai “lambat bercakap”

  • Masalah fonologi atau sebutan (kesukaran untuk menghasilkan dan membentuk bunyi pertuturan yang betul)

Pendekatan Terapi oral motor

Terdapat beberapa pendekatan oral motor yang boleh digunakan. Namun terapi oral motor bukanlah jalan penyelesaian kepada masalah bertutur dan menelan. Pelbagai kajian telah dijalankan ke atas kemahiran oral motor dan mendapati latihan oral motor sahaja tidak membantu dari aspek pertuturan.

Teknik-teknik di bawah adalah pendekatan yang sering digunakan oleh Terapis Pertuturan-Bahasa (SLT).

  • Permainan latihan pergerakan mulut

  • Penyejukan (Icing)

  • Tiub hon

  • Urutan

  • Gegaran (Vibration)

  • Buku aktiviti bermain dengan oral motor

  • Meniup buih sabun

  • Menggunakan cermin

  • Rakaman video/DVD

Dalam artikel ini pendekatan terapi oral motor secara permainan latihan pergerakan muka dan mulut akan dibincangkan dengan lebih lanjut.

Latihan Terapi oral motor

Latihan oral motor dapat membantu meningkatkan kekuatan, julat pergerakan dan koordinasi bibir, lidah dan rahang. Rajah dan video berikut boleh dijadikan panduan.

Rajah Terapi oral motor

  • Muka

    Sengetkan sebelah muka
  • Bibir

    Buka dan tutup mulut Buka Mulut                                             Tutup Mulut
    Muncungkan bibir
    Kembungkan pipi dengan menahan udara dan bibir ditutup rapat
    Senyum, seterusnya rehatkan bibir dan pipi
    Tutup bibir dengan rapat, kemudian buka mulut seperti bunyi “pop”
    Tutup bibir rapat-rapat Buka mulut dengan cepat, lepaskan udara
  • Lidah

    Keluarkan lidah sepanjang yang boleh
    Gerakkan lidah ke kanan dan ke kiri mulut Lidah ke kanan                                     Lidah ke kiri
    Cuba sentuh dagu dengan lidah tanpa menggerakkan kepala
    Cuba sentuh hidung dengan lidah tanpa menggerakkan kepala
    Tolak lidah ke dinding pipi kanan dan kiri Tolak lidah ke kanan pipi               Tolak lidah ke kiri pipi
    Letak lidah di belakang gigi atas dan sebut “la”
    Jilat keliling bibir
  • Rahang

    Buka mulut seluas mungkin
    Gerak rahang ke kanan dan kiri secara perlahan-lahan. Seterusnya gerakkan rahang dengan laju Gerak rahang ke kanan                    Gerak rahang ke kiri
    Gerak rahang ke atas dan ke bawah secara perlahan-lahan. Seterusnya gerakkan rahang dengan laju Gerak rahang ke atas                 Gerak rahang ke bawah

Keberkesanan Terapi oral motor

Terapi oral motor sahaja tidak efektif untuk membantu kejelasan pertuturan. Namun, terapi oral motor boleh diaplikasi untuk membantu masalah yang berkaitan dengan:

  • Aktiviti ketika makan seperti sukar untuk menggerakkan lidah atau mengunyah makanan.

  • Lelehan air liur yang tidak mengikut tahap perkembangan normal.

Rujukan Pakar

Masalah oral motor boleh dikenalpasti bergantung kepada usia dan tahap perkembangan kanak-kanak.

Oleh itu, sekiranya terdapat masalah yang berkaitan dengan oral motor seperti yang telah dinyatakan dalam artikel ini, rujuklah kepada pelbagai disiplin seperti:

  • pakar kanak-kanak (pediatrician)

  • doktor gigi (dentist)

  • orthodontist

  • prosthodontist

  • terapi pertuturan-bahasa

  • terapi cara kerja

  • fisioterapi

Rujukan

  1. American Speech-Language-Hearing Association (ASHA). Speech-Language Pathology Medical Review Guidelines [PDF Document]. Retrieved from http://www.asha.org/uploadedFiles/SLP-Medical-Review-Guidelines.pdf

  2. Elamar. Oral Motor Exam Structures and Functions [PowerPoint slides]. Retrieved from Quizlet Online Website: http://quizlet.com/10524428/oral-motor-exam-structures-and-functions-flash-cards/

  3. Elamar. Oral Motor Development [PowerPoint slides]. Retrieved from Quizlet Online Website: http://quizlet.com/6580538/oral-motor-development-flash-cards/

  4. Hutton, T.L. Oral-Motor Workouts for Home [PDF Document]. Retrieved from Super Duper® Handy Handouts!® Online Website: http://www.superduperinc.com/handouts/pdf/179_Oral-MotorWorkout.pdf

  5. Kumin, L. Resource Guide to Oral Motor Skill Difficulties in Children with Down Syndrome [PDF Document]. Retrieved from Resource Guide Online Website: http://ndsccenter.org/worpsite/wp-content/uploads/2012/03/OralMotor.pdf

 

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Nurshahira bt. Razali
Akreditor : Nur Fariha bt. Md. Shah
Penyemak : Nadwah bt. Onwi

 

Artikel Berkaitan

Skoliosis

Skoliosis ialah satu kondisi perubatan di mana tulang belakang seseorang itu akan bengkok ke kiri atau ke kanan. Ia bukan satu penyakit.

PERANAN JTMP DALAM PROSEDUR PENGAMBILAN SUM-SUM TULANG

Prosedur pengambilan sum-sum tulang merupakan pintu gerbang diagnosis kepada penyakit yang berkaitan dengan kanser darah seperti leukemia dan anemia. Pengambilan sum-sum tulang adalah pembedahan kecil yang mempunyai peratus kematian sedikit.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia