A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tips Berkomunikasi dengan Pesakit Strok

Ahli keluarga/ penjaga dan orang ramai perlu memahami bahawa strok boleh memberi kesan kepada komunikasi bagi mereka yang mengalaminya. Individu yang mengalami strok sering dikaitkan dengan masalah tidak boleh bercakap selepas strok.

Apa itu strok?

Strok atau lebih dikenali Angin Ahmar adalah masalah kesihatan yang ketiga tertinggi di Malaysia dan penyebab kepada kehilangan upaya di kalangan penduduk Malaysia.

Strok berlaku apabila bekalan darah ke otak terganggu dan menyebabkan otak kekurangan oksigen dan nutrien yang penting.

Strok boleh berlaku melalui 2 cara

  1. Salur darah ke otak disekat dengan ketulan darah (infarct type of stroke).

    • Aliran darah ke otak disekat disebabkan saluran darah yang tersumbat. Saluran darah tersumbat ini menyebabkan aliran darah ke otak adalah berkurangan. Kekurangan darah ke otak menyebabkan bahagian otak yang terlibat mengalami kekurangan oksigen dan nutrien seterusnya bahagian otak tersebut mati.

  1. Salur darah di otak pecah dan berdarah (haemorrhagic type of stroke).

    • Salur darah di otak pecah dan tisu-tisu otak di selaputi dengan darah. Darah yang meliputi bahagian otak yang terjejas memberi tekanan kepada tisu-tisu otak seterusnya menyebabkan tisu otak disekitarnya mati.

Kedua-dua keadaan ini menyebabkan pemahaman dan pertuturan pesakit strok mungkin terjejas. Selain itu sebelah tubuh mungkin lumpuh serta sikap dan daya ingatan pesakit juga mungkin berubah.

Pesakit strok dan Afasia

Pertama sekali, ahli keluarga/ penjaga dan orang ramai perlu memahami bahawa strok boleh memberi kesan kepada komunikasi bagi mereka yang mengalaminya. Individu yang mengalami strok sering dikaitkan dengan masalah tidak boleh bercakap selepas strok.

Afasia selalunya menyembunyikan pemikiran, idea, personaliti dan kepandaian seseorang, walaupun semua ini masih ada di dalam diri seseorang. Pesakit afasia  mungkin akan mengalami satu atau lebih  masalah samada dalam memahami bahasa atau/ dan menggunakan bahasa dalam bentuk pertuturan serta masalah dalam membaca dan menulis .

Afasia juga mungkin akan menjejaskan sedikit daya ingatan seseorang.

Bagaimana Cara Terbaik Berkomunikasi dengan Pesakit Strok yang Mempunyai Afasia?

Perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu seseorang yang mengalami afasia

  • Kurangkan atau hapuskan gangguan bising/ cari tempat yang sunyi untuk berbual. Contohnya tutup tv/radio.

  • Dapatkan perhatian mereka sebelum bercakap dan lihat muka mereka ketika berkomunikasi.

  • Hanya seorang yang bercakap pada satu-satu masa.

  • Berkomunikasi dengan cara orang dewasa bukan cara kebudak-budakkan.

  • Duduk berhadapan/bertentangan dengan pesakit.

Membantu individu yang mengalami afasia dalam memahami pertuturan

  • Beri hanya satu maklumat pada satu masa.

  • Beri banyak masa untuk mereka faham apa yang anda cakap.

  • Bercakap dengan menggunakan ayat yang pendek dan mudah.

  • Guna kadar pertuturan yang perlahan.

  • Guna isyarat badan dan ekspresi muka untuk membantu mesej anda difahami.

  • Guna tulisan dan lukisan untuk menyokong apa yang anda cakap.

  • Guna soalan ya/tidak. Contohnya “Ayah nak minum kopi?” daripada “Ayah nak minum apa?”

Membantu individu yang mengalami afasia dalam menyampaikan mesej/kehendak mereka

  • Beri masa untuk mereka luahkan apa yang mereka rasa.

  • Galakkan mereka menggunakan cara lain untuk membantu komunikasi (isyarat badan, penulisan atau lukisan).

  • Lihat pada ekspresi muka dan fahami ekspresi muka mereka.

  • Jika perbualan itu membuat mereka rasa kecewa, berhenti dan berbual balik tentang perkara itu kemudian.

  • Bawa gambar yang biasa dilihat, majalah kegemaran, barang atau gambar yang mereka suka untuk berbual tentangnya.

  • Tunggu respon mereka untuk memberi jawapan setelah soalan diajukan kepada mereka dengan sabar

Rujukan

  1. www.aphasia.org

  2. www.nasam.com

  3. Davis, G.A. (1999). Aphasiology: Disorder and Clinical Practice. Allyn and Bacon.

  4. http://www.medicalnewstoday.com

  5. http://www.asha.org

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Fairus binti Mukhtar
Akreditor : Rosmah Suriani bt. Mohd Raini
Penyemak : Nadwah bt. Onwi

 

Artikel Berkaitan

Tidak Boleh Bercakap selepas Strok

Afasia adalah satu gangguan bahasa di mana seseorang hilang keupayaan samada satu atau lebih kemahiran iaitu memahami bahasa, menggunakan bahasa untuk berkomunikasi serta menulis dan membaca.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,457

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia