Pengenalan
Memandu merupakan satu tugasan komplek yang melibatkan beberapa kemahiran iaitu kemahiran fizikal, sensori serta persepsi kognitif seperti pemerhatian, perhatian, kebolehan untuk membuat keputusan, masa untuk bertindakbalas dan persepsi yang tepat. Orang kelainan Upaya (OKU) pula didefinasikan sebagai seseorang yang mengalami ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera dimana apabila menghadapi pelbagai halangan boleh menyekat penglibatan mereka sepenuhnya dalam masyarakat.
Tujuan penilaian pra-memandu dilakukan terhadap OKU adalah bagi menentukan tahap keupayaan dan kebolehan untuk memandu serta memberi laporan kepada pegawai perubatan yang merujuk samada mereka perlu memandu kenderaan yang diubahsuai ataupun tidak bagi meningkatkan keberdikarian dan keselamatan semasa memandu.
Pegawai/Jurupulih Perubatan Carakerja menjalankan penilaian pra-memandu kepada OKU. Peranan Pegawai/Jurupulih Perubatan Carakerja dalam penilaian ini ialah :
-
Menentukan kebolehan OKU untuk memandu
-
Mengenalpasti ketidakupayaan OKU yang berkaitan dengan pemanduan.
-
Mengenalpasti faktor yang menyumbang kepada kesukaran untuk memandu.
-
Mengenalpasti pengubahsuaian yang diperlukan untuk meningkatkan kebolehan memandu
Di antara komponen-komponen penilaian pra-memandu adalah seperti berikut :
-
Sejarah perubatan dan pemanduan
-
Maklumat seperti keperluan untuk memandu atau memohon lesen memandu, status lesen memandu, sejarah perubatan serta ubatan dan tabiat atau pengalaman memandu.
-
Penilaian fizikal
-
Menilai keupayaan fizikal seperti kebolehan untuk masuk dan keluar daripada kereta, kekuatan otot, julat pergerakan sendi, tahap pergerakan, kebolehan mengendalikan komponen kenderaan bagi anggota atas dan bawah, masa untuk bertindakbalas serta tahap sensori bagi anggota atas dan bawah.
Penilaian julat pergerakan sendi Penilaian kekuatan otot tangan
-
Penilaian Sensori
-
Menilai masalah penglihatan yang boleh memberi kesan kepada pemanduan meliputi jarak penglihatan, mengenalpasti warna lampu isyarat, serta menilai masalah sensori pada anggota atas dan bawah.
-
Penilaian kognitif – Persepsi
-
Menilai keupayaan kognitif – Persepsi dari segi tumpuan, perhatian, memori dan kebolehan membuat keputusan.
-
Penilaian emosi
-
Menilai samada terdapat reaksi panik atau keresahan semasa memandu.
Masalah-masalah yang dihadapi oleh OKU untuk memandu
Secara umumnya, masalah-masalah yang dihadapi oleh OKU untuk memandu adalah seperti berikut :
-
Masalah Julat pergerakan Sendi (Range of motion) dan kekuatan (strength)
-
Limitasi julat pergerakan pada sendi pinggul, lutut dan buku lali boleh menyebabkan OKU bermasalah untuk masuk dan keluar daripada kereta. Ia juga memberi kesan kepada OKU untuk duduk dalam keadaan yang selesa bagi mengawal komponen kenderaan seperti hon, stering signal lampu, gear, cermin dan lain-lain lagi. Selain itu, limitasi pergerakan pada anggota kaki terutama sendi pergelangan kaki akan memberi impak kepada tekanan yang harus diberikan kepada pedal minyak dan brek untuk mengawal kelajuan kereta.
-
Masalah tonus otot (Muscle tone)
- Tonus otot yang tinggi (spastik) atau rendah (flaccid) akan mengakibatkan kesukaran untuk mengawal pergerakan otot semasa memandu terutama semasa mengawal stering atau handle motosikal. Selain itu, sekiranya seseorang itu ada spasm, ia juga boleh menyebabkan kefungsian tangan dan kaki akan terganggu semasa memandu.
-
Masalah sensori
-
Masalah yang biasanya dikenalpasti adalah sakit, kurang rasa, penglihatan, proprioception and kinaesthesia di mana OKU kemungkinan akan mengalami masalah untuk meletakkan kaki mengikut posisi yang betul pada pedal minyak dan terus memandu walaupun kaki tidak berada dalam posisi yang betul.
-
Masalah keseimbangan (Balance)
-
Masalah kesimbangan akan memberi kesan kepada kebolehan untuk masuk dan keluar daripada kereta dengan selamat.
-
Masalah persepsi dan kognitif
-
Kesukaran untuk memberi tumpuan, perhatian, pemprosesan maklumat, ingatan, perancangan, membuat keputusan, pertimbangan dan masa untuk bertindakbalas semasa memandu antara masalah yang akan dinilai untuk ujian memandu.
Secara kesimpulannya, Pegawai/Jurupulih Perubatan Carakerja akan menjalankan penilaian untuk melihat keseriusan masalah di atas dan informasi yang diperolehi akan digunakan untuk menentukan:
-
Kenderaan perlu diubah suai ataupun tidak
-
Sekiranya perlu, apakah jenis ubah suai kenderaan yang diperlukan
-
Lesen memandu perlu dikekalkan atau ditukarkan ke Lesen A (OKU) atau
-
Tidak digalakkan memandu kerana isu keselamatan
Kondisi dan Cadangan Modifikasi Kereta
Modifikasi kenderaan OKU boleh dilakukan di mana-mana bengkel kenderaan yang berdaftar dengan JPJ. Senarai bengkel yang berdaftar boleh disemak di laman web JPJ iaitu www.jpj.gov.my. Setelah penilaian pra-memandu dijalankan, Jurupulih Carakerja akan mengenalpasti samada kefungsian anggota atas atau anggota bawah OKU tersebut adalah normal, impaired dan memerlukan pengubahsuaian kenderaan, impaired tetapi tidak memerlukan pengubahsuaian kenderaan serta impaired sepenuhnya.
Pengubahsuaian akan dilakukan mengikut ketidakupayaaan atau kondisi OKU seperti berikut :
Ketidakupayaan | Kesan kepada pemanduan | Pengubahsuaian yang dicadangkan | ||
Anggota bawah kiri atau kaki kiri tiada atau tidak berfungsi |
|
|
||
Anggota bawah kanan atau kaki kanan tiada atau tidak berfungsi |
|
|
||
Kedua-dua anggota bawah kaki tiada atau tidak berfungsi |
|
|
||
Lengan kiri di bawah paras siku tiada atau tidak berfungsi |
|
|
||
Lengan kanan di bawah paras siku tiada atau tidak berfungsi |
|
|
||
Kedua-dua lengan di bawah paras siku tiada atau tidak berfungsi |
|
Memakai prosthesis
Tanpa memakai prosthesis:
|
||
Lengan kiri di atas paras siku tiada atau tidak berfungsi |
|
|
||
Lengan kanan di atas paras siku tiada atau tidak berfungsi |
|
|
||
Kedua-dua lengan di atas paras siku tiada atau tidak berfungsi |
|
|
Kesimpulan
Penilaian pra-memandu amat penting dilakukan terhadap OKU untuk meningkatkan keberdikarian dan keselamatan pesakit dalam pemanduan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu perkhidmatan terhadap pesakit OKU.
Di samping itu, terdapat juga garispanduan standard pemeriksaan perubatan bagi permohonan lesen memandu untuk orang kurang upaya yang dikeluarkan oleh Unit Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011. Garispanduan ini adalah untuk memastikan laporan penilaian mengenai kecacatan seseorang yang ingin memohon lesen serta memandu dengan selamat dan tidak menjadi punca bahaya kepada orang awam sekiranya diberi kebenaran untuk memandu kenderaan berkenaan selaras dengan peruntukan seksyen 30(1) DAN (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992.
Rujukan
-
Mallon,K. Wood, J.M.(2004).Occupational therapy assessment of open-road driving performance: Validity Of directed and self-directed navigational instructional components. American Journal of Occupational Therapy,58, 279-286.
-
Galski,T. Ehle,T.H. Bruno,L.R. (1989, December 13). An assessment of measure to predict the outcome of driving evaluations in patients with cerebral damage, American Journal of Occupational Therapy, 709-713.
-
Physical disabilities ( missing or non-functional body parts ) their effects on driving and suggested driving Aids.
Semakan akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Suzana bt Zakaria |
Penyemak | : | Tan Foo Lan |