A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tips Keselamatan: Bola Keranjang

Bola keranjang adalah satu sukan yang seronok dan senaman yang bagus untuk dimain. Oleh kerana bola keranjang melibatkan pertembungan pemain, kecederaan boleh berlaku.

Semua orang bermain sukan ini kerana minat mereka. Kecederaan lewah guna (overuse) boleh berlaku dengan mudahnya kerana ada yang bermainnya sepanjang tahun.

Kenapa keselamatan bermain bola keranjang penting? Hampir setengah juta kecederaan bermain telah dirawat di klinik dan hospital.

Namun hanya sedikit dari kecederaan itu menyebabkan kemalangan jiwa. Namun begitu, ada sesetengahnya adalah serius seperti patah tulang, kecederaan ligamen dan konkusi.

Kecederaan yang selalu terjadi adalah terseliuh buku lali. Antara yang lain adalah seperti  patah jari, lebam, patah hidung serta tercucuk mata.

Terdapat beberapa tip keselamatan untuk mengelak dari kecederaan. Apabila bermain di luar, jatuh ke permukaan gelanggang disebabkan perlanggaran, ia boleh menyebabkan calar dan luka.

Bermain dalam dewan juga boleh mendatangkan bahaya dari dinding serta halangan lain. Pemain boleh berlanggar selepas mengejar bola yang terlepas dan melantun.

Bukan sahaja pemain, bola dan jaring bola yang juga perlu diambil perhatian.

Peralatan yang bersesuaian merupakan salah stau faktor penting untuk mengelakkan kecederaan. Sebelum bermain, anda harus memakai:

Basketball sneakers image from www.footlocker.com
  • Kasut bola keranjang – Kasut bersesuaian boleh  mengurangkan risiko buku lali terseliuh dan cedera pada kaki. Kasut yang mempunyai leher yang tinggi adalah paling sesuai namun kasut berleher rendah sudah memadai.
  • Pelindung mulut – Sesetengah kejohanan remaja memerlukan pemain untuk memakainya. Dalam mana-mana kes, pemain digalakkan memakainya untuk melindungi gigi, mulut serta lidah.
  • Perlindungan atlit– Memakai cawat pelindung adalah tidak wajib tetapi pemain lelaki akan menghargainya. Bagi pemain wanita, bra sukan boleh difikirkan untuk dipakai.
  • Peralatan lain– Kacamata plastik yang lasak akan membantu melindungi pada pemain yang memakai kacamata atau kanta sesentuh.

Sukan ini boleh dimain tidak kira dari tempat yang kecil hinggalah yang besar. Taman permainan, gim serta kawasan letak kereta semuanya boleh menjadi gelanggang. Permukaan gelanggang akan berbeza-beza.

Pemain harus melihat dengan teliti apa jenis permukaan gelanggang. Permukaan tidak rata, lubang serta rekahan semuanya boleh menyebakan buku lali terseliuh. Serpihan seperti kaca dan batu kerikil harus diperhatikan.

Bagi mereka yang suka bermain pada waktu malam, pastikan gelanggang diterangi lampu yang cerah dan tempat itu selamat. Bagi gelanggang dalam dewan, jarak antara garisan tepi dan dinding haruslah mempunyai jarak yang selamat.

Tiang jaring dan dinding berhampiran haruslah dilapik. Peralatan gim lain seperti bola gim dan beg haruslah disimpan di dalam stor.

Basketball stand with padding image from http://www.scheldesports-international.com/

Seperti sukan yang lain, pergerakan aktif seperti berlari, berubah haluan serta melompat diperlukan.

Bagi membolehkan pemain melakukan pergerakan aktif ini, pemain seharusnya mempunyai stamina dan tahap fizikal yang mencukupi. Ini penting bagi mengurangkan risiko kecederaan.

Kecergasan harus dikecapi terlebih dahulu. Pemakanan yang seimbang turut membantu mereka supaya sihat dan cergas.

Pemanasan dan sesi regangan harus dilakukan sebelum bermain. Ini tidak bermakna yang hanya sedikit aktiviti seperti melantun bola atau membuat jaringan sahaja perlu dilakukan.

Mereka sepatutnya melakukan aktiviti seperti melompat, berlari dalam bentuk zig zag beberapa kali. Regangan dilakukan pada kawasan berisiko untuk cedera seperti betis, pergelangan tangan dan otot hamstring.

Zig zag drills image from www.hindustantimes.com

Pemain seharusnya tahu melakukan lantunan bola, membuat jaringan serta berlari dalam gelanggang sebelum bermain. Dengan mengetahui pergerakan dalam sukan ini memudahkan  mereka melakukannya dan tidak berasa janggal serta senang tercedera.

Sebelum bermain dengan pihak lawan, seharusnya mengetahui serta mengikuti peraturan permainan sesuatu yang wajib.

Apabila permainan bermula, mengetahui kedudukan rakan sepasukan, strategi taktikal serta pihak lawan akan mengelakkan perlanggaran dengan tidak sengaja.

Perlanggaran biasanya mengundang kepada kesalahan undang-undang permainan. Dengan mengikuti peraturan serta mematuhi arahan pengadil boleh mengelak ini dari terjadi.

Penggantian pemain dalam pasukan adalah salah satu cara bagi memberi rehat atau menarik nafas kepada seseorang pemain. Pemain harus tahu tahap stamina mereka dan tidak bermain di luar kemampuan mereka.

Hidrasi adalah satu perkara penting yang harus dititikberatkan. Pemain seharusnya tahu berapa banyak air yang harus diganti semasa bermain.

Strok haba dan dehidrasi adalah berbahaya dan boleh berlaku jika bermain di gelanggang luar di bawah sinaran matahari.

Pemain yang mempunyai kesakitan pada otot atau sendi haruslah berhenti dari bermain dan mendapatkan rawatan. Kajian telah menunjukkan bahawa risiko kecederaan  adalah lebih tinggi pada mereka yang mempunyai sejarah kecederaan yang silam.

Pemain juga harus mengetahui di mana bola berada sebilangan masa. Kebanyakan kecederaan berlaku apabila mereka terkena bola kerana tidak perasan dengan kehadiran bola. Bola keranjang cukup keras untuk menyebabkan hidung atau jari patah.


Knowing the ball image from www.malaysia-basketball.com

Bermain dengan berterusan boleh menjadikan tendon dan otot mengalami kecederaan lewah guna. Melompat dengan berterusan akan menyebabkan keadaan yang dipanggil ‘jumper’s knee’ punca sakit di depan sendi lutut.

Ini boleh menyebabkan sakit yang teruk serta boleh menganggu prestasi pemain jika tidak dirawat.

Pemain harus mendapatkan nasihat dari jurulatih atau memberitahu ibu bapa jika mereka mengalami sakit sebegini. Dengan berahsia akan hanya memburukkan keadaan dan memanjangkan lagi tempoh pemulihan.

Jika pemain merasakan intensiti latihan terlalu tinggi, mereka seharusnya berbincang dengan jurulatih mereka. Dengan menyelitkan sesi rehat di antara sesi bermain akan membantu.

Pastikan peti pertolongan cemas sentiasa  berada sepanjang sesi permainan. Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa.

Pastikan anda tidak mengunyah gula getah, pencungkil gigi atau sebarang benda di dalam mulut kerana ini boleh menyebabkan risiko tercekik.

Seperti mana-mana adat pertandingan. Ada yang menang dan ada yang kalah. Tiada guna untuk mempertikaikan keputusan pengadil kerana ianya muktamad.

Dengan segala peringatan di atas, sukan ini akan menjadi seronok serta mencabar dengan mempraktikkan segala langkah-langkah keselamatan.

Rujukan

  • www.malaysia-basketball.com
  • Journal of Athletic Training; Effects of High-Top and Low-Top Shoes on Ankle Inversion; Mark D. Ricard, Ph. D., et al.; 2000
  • Clinical Sports Medicine, Peter Brukner and Karim Khan
Last Reviewed : 5 December 2014
Writer : Lt. Kol. Dr. Ridzuan b. Azmi
Translator : Lt. Kol. Dr. Ridzuan b. Azmi
Accreditor : Dr. Nik Rubiah bte. Nik Abdul Rashid

 

Artikel Berkaitan

Voyeurisme

Apakah maksud “Voyeurisme”? Ini adalah salah satu contoh kelakuan seks

Menghadapi Kematian: Kanser

Pemahaman, pendapat dan kerisauan orang dewasa akan mempengaruhi bagaimana remaja ‘melihat’ kematian. Kepercayaan budaya dan masyarakat terhadap kematian juga mempengaruhi bagaimana memahami kematian

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia