–A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Alat Saringan dan Kekerapan Saringan Risiko Jatuh

Pengenalan

Gejala jatuh kerap berlaku di kalangan warga emas. Ia merupakan sebab utama kecederaan di kalangan warga emas. Jatuh boleh mengakibatkan morbiditi dan kematian pada warga emas dan mempengaruhi kualiti hidup mereka. Risiko jatuh biasanya berkaitan dengan interaksi kompleks antara faktor dalaman, luaran dan situasi. K ebanyakan risiko jatuh boleh dielak . Oleh itu, saringan untuk risiko jatuh adalah sangat penting untuk warga emas terutamanya golongan berisiko tinggi untuk mencegah jatuh pada masa depan dan kesan buruk akibat jatuh.

Penilaian pesakit dengan sejarah jatuh

Adalah dicadangkan bahawa warga emas dengan risiko jatuh dirujuk kepada pasukan pelbagai disiplin yang boleh menjalankan penilaian ke atas pelbagai faktor yang boleh mengakibatkan jatuh.

Pasukan pelbagai disiplin sepatutnya terdiri daripada:

  • Doktor

  • Jurupulih Cara kerja

  • Jurupulih Anggota

  • Pegawai Sosial Perubatan

  • Jururawat/ Penolong pegawai perubatan

  • Pakar Psikologi

  • Pakar anggota palsu dan pakar β€˜orthotist’

  • Pegawai pemakanan

  • Ahli keluarga

  • Pengeluar alat bantuan

  • Kaunselor

Intervensi di peringkat kesihatan primer oleh pasukan pelbagai disiplin untuk mencegah jatuh di kalangan warga emas adalah berkesan. Intervensi ini boleh mengurangkan risiko jatuh dan seterusnya mencegah jatuh. Oleh itu, saringan dan penilaian untuk faktor risiko jatuh adalah dicadangkan untuk warga emas.

Penilaian jatuh

Alat saringan

Terdapat banyak alat saringan untuk menilai risiko jatuh. Walau bagaimanapun, tiada satu alat saringan yang dapat meramal kemungkinan jatuh dengan tepat. Kebanyakan alat saringan tidak dapat membezakan antara warga emas yang berkemungkinan atau tidak berkemungkinan jatuh.

Ujian saringan yang biasa digunakan adalah seperti pemeriksaan gaya jalan dan ujian keseimbangan (contohnya: ujian bangun dan jalan atau β€˜the get-up and go test’ dan ujian pusing sebanyak sudut 180 atau β€˜turn 180 degrees tests’) .

Adalah dicadangkan bahawa saringan perlu dimulakan dengan pengambilan sejarah dan bertanya kepada warga emas sama ada mereka pernah jatuh dalam tempoh masa satu tahun yang lepas.

Pengambilan sejarah

Warga emas biasanya tidak melaporkan kejadian jatuh. Oleh itu, mereka perlu ditanya samada mereka pernah jatuh dalam tempoh setahun yang lepas sebagai soalan saringan rutin.

Bila kejatuhan dilaporkan, kecederaan perlu dinilai dan dirawat terlebih dahulu.

Kemudian, pengambilan sejarah seharusnya memberi perhatian kepada:

  • Faktor dalaman, luaran dan situasi

  • Soalan mengenai masalah perubatan semasa dan lampau

  • Penggunaan ubat

  • Saksi semasa jatuh perlu disoal sekiranya ada

Pemeriksaan Fizikal

Pemeriksaan fizikal seharusnya lengkap untuk mengesan punca jatuh dan memastikan bukan faktor dalaman ketara yang menyebabkan jatuh. Penilaian perlu merangkumi:

  • Tekanan darah – diukur semasa pesakit berbanding dan berdiri untuk mengesan masalah tekanan rendah akibat berdiri (hipotensi postur-hyperlink)

  • Saringan penglihatan

  • Pemeriksaan sistem Kardiovaskular – membantu mengesan masalah denyutan nadi yang tidak sekata, penyakit injap jantung dan lemah jantung

  • Sistem otot dan tulang:

    • Menilai kasut yang dipakai (stabil dengan cengkaman bagus )

    • Tanggalkan kasut dan periksa kaki

    • Periksa sendi utama untuk kecacatan, ketidakstabilan dan kekakuan

  • Sistem urat saraf- termasuk penilaian ke atas kekuatan otot, deria rasa, koordinasi dan gaya jalan. Ia membantu mengesan:

    • Angin ahmar

    • Penyakit Parkinson

    • Penyakit otot

    • Degenerasi otak Cerebellar

    • Demensia

  • Ujian daya jalan dan keseimbangan

    • Ujian β€˜Rhomberg’ (pesakit berdiri dengan kaki rapat dan mata tutup)

    • Berdiri dengan satu belah kaki untuk 30 saat dan mata terbuka

    • Ujian pusing sebanyak sudut180

    • Ujian bangun dan jalan atau β€˜the get-up and go test’

    • Pemakaian kasut yang sesuai

Ujian bangun dan jalan atau β€˜The get-up and go test’

  • Rekod masa yang perlu diambil bagi seseorang untuk:

    • Bangun dari kerusi

    • Jalan 10 kaki (3 meter)

    • Pusing

    • Kembali ke kerusi

    • Duduk

  • Interpretasi:

    • Kebanyakan orang dewasa dapat melengkapkan ujian dalam masa 10 saat

    • Kebanyakan warga emas yang lemah boleh melengkapkan ujian dalam masa 11-20 saat

    • Lebih daripada 14 saat :mencadangkan seseorang itu ber risiko jatuh

    • Lebih daripada 20 saat: memerlukan penilaian yang teliti

  • Keputusan bergantung kepada keupayaan warga emas berfungsi dan berdikari semasa melakukan aktiviti seharian.

Kekerapan dan jadual saringan

Warga emas dengan risiko jatuh perlu disaring setiap 12 bulan atau lebih kerap jika perlu.

Saringan dengan ujian khas

  • Ujian seperti ECG, pemantauan jantung, ujian enzim jantung dan β€˜echocardiogram’ dicadangkan hanya apabila masalah jantung disyaki

  • Ujian darah untuk β€˜full blood count’, β€˜blood electrolytes’ dan ujian untuk darah dalam najis adalah berguna apabila penyakit tertentu disyaki

  • X-ray tulang belakang, pengimejan otak CT atau MRI atau EEG hanya perlu apabila terdapat sejarah berkenaan dan pemeriksaan fizikal mengesan masalah urat saraf

Sila beri perhatian bahawa keputusan untuk menjalankan ujian khas dan interpretasi ujian tersebut di atas perlu dilakukan oleh anggota yang terlatih sahaja.

Kesimpulan

Risiko jatuh biasanya berkaitan dengan interaksi kompleks antara faktor dalaman, luaran dan situasi dan kebanyakannya boleh dicegah. Oleh itu, saringan perlu dilakukan secara rutin untuk mengesan warga emas dengan risiko jatuh, mencegah kejatuhan pada masa depan dan kesan buruk akibat jatuh.

Rujukan

  1. Scott V et al. Multifactorial and mobility assessment tools for falls risk among older adults in community, home support long term patient care setting. Age Ageing 2007;36:130-9

  2. Simon G, Lesley A, Joanne AF, Sarah EL. Systematic Review of Accuracy of Screening Instrument for Predicting Falls Among Independent Older Adults. Journal of Rehabilitation Research and Development. 2001;45:1105-116.

  3. Ganz DA, Bao Y, Shekelle PG, Rubenstein LZ. Will my patient fall? JAMA. 2007; 297(1):77-86.

 

Semakan Akhir : 29 November 2013
Penulis : Dr. Ho Bee Kiau

 

Artikel Berkaitan

Kudis Tekanan

Kudis tekanan adalah kawasan kulit dan/atau tisu yang tercedera.

Pundi Kencing

Dalam proses penuaan, sistem pembuangan air kencing dan pundi kencing akan mengalami beberapa perubahan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :Β Β  +603 8000 8000

FAKS :Β Β  +603 8888 6200

EMEL : Β  myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK Β  Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara Β©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia