A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Kesihatan Pergigian
  4. /
  5. Bidang Kepakaran
  6. /
  7. Pergigian Restoratif
  8. /
  9. Bagaimana Menjaga Prostesis Korona...

Bagaimana Menjaga Prostesis Korona & Jambatan Anda

Korona adalah sejenis restorasi/prostesis pergigian yang menyarung atau mengelilingi gigi atau implan pergigian; menyerupai saiz dan bentuk asal gigi atau direka bentuk mengikut saiz, bentuk dan warna yang dikehendaki/dipilih.

Pengenalan

Korona adalah sejenis restorasi/prostesis pergigian yang menyarung atau mengelilingi gigi atau implan pergigian; menyerupai saiz dan bentuk asal gigi atau direka bentuk mengikut saiz, bentuk dan warna yang dikehendaki/dipilih. Restorasi korona selalunya diindikasikan pada gigi yang berlubang (kaviti) besar, atau mempunyai tampalan yang besar, gigi yang fraktur/patah, gigi berubah warna dan kecacatan lain untuk memastikan kesinambungan fungsi gigi tersebut. Restorasi ini akan disimen tetap pada gigi yang berkenaan menggunakan simen pergigian yang khas.


Gambar 1 : Restorasi Korona

Jambatan pergigian juga dikenali sebagai prostesis tetap separa. Jambatan pergigian digunakan untuk menggantikan gigi yang hilang dengan menyambungkan satu atau dua gigi yang bersebelahan ataupun implan pergigian bersebelahan secara tetap.


Gambar 2 : Restorasi Jambatan

Jangka hayat

Jangka hayat restorasi Korona dan Jambatan adalah antara tujuh ke 10 tahun.Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap kebersihan mulut individu (paling penting), oklusi atau gigitan, corak kunyahan dan panjang sesuatu jambatan pergigian tersebut.

Kegagalan Restorasi Korona dan Jambatan Pergigian

Kegagalan restorasi korona dan jambatan pergigian biasanya disebabkan oleh:-

  • Karies pada gigi tupang disebabkan oleh kebersihan mulut yang kurang baik
  • Korona ternyahsimen
  • Kecacatan atau ketidak sempurnaan pinggir korona
  • Kehausan logam emas atau porselin
  • Penyakit Periodontium
  • Gigi tupang goyah
  • Penglibatan tisu keliling akar
  • Penyambung pada jambatan patah
  • Pontik patah
  • Kehilangan veneer porselin dari logamnya
  • Tidak estetik lagi

Penjagaan Prostesis Korona/Jambatan

Sangat penting untuk memberikan perhatian terhadap penjagaan prostesis korona dan jambatan anda untuk memastikan restorasi ini dapat berfungsi secara optimum dan mengembalikan fungsi estetik yang normal. Di samping itu penjagaan yang sempurna dapat menjamin jangka hayat prostesis yang berpanjangan serta kesinambungan kesihatan gusi di sekelilingnya dan gigi yang bersebelahan. Ikut panduan berikut untuk penjagaan korona / jambatan pergigian :-

  1. Penjagaan Kendiri
    • Penjagaan kesihatan mulut yang betul
      • Berus gigi dengan berkesan dan flos gigi dan prostesis sekurang-kurangnya sekali selepas makan atau sebelum tidur malam.
      • Amalkan berkumur-kumur selepas makan sekiranya tidak dapat memberus gigi (seperti ketika makan di luar)
      • Berus di sekeliling korona menggunakan berus lembut terutama di kawasan di mana gigi dan korona bertemu (margin) kerana di sini bakteria senang berkumpul dan seterusnya menyebabkan kerosakan gigi dan tisu periodontium.
    • Flos gigi

      Menggunakan flos dan berus antara gigi sangat digalakkan terutama jika seseorang mempunyai prostesis tetap di dalam mulutnya. Kaedah ini dapat membantu membersihkan kawasan yang tidak dapat dibersihkan oleh berus gigi sahaja seperti celahan gigi dan kawasan di antara gusi dan jambatan pergigian (Gambar 3, 4 & 5).


      Gambar 3 : Flos restorasi jambatan

    • Berus di antara gigi.Boleh digunakan untuk membersihkan sekeliling korona dan di bawah pontik jambatan.


      Gambar 4 : Berus antara gigi


      Gambar 5 : Berus antara gigi

    • Elakkan mengunyah/menggigit makanan keras seperti tulang dan kekacang
  2. Khidmat Profesional (Pegawai Pergigian)
    • Pemeriksaan berkala 6 bulan sekali atau jika sebarang masalah berkaitan prostesis timbul. Selepas penyimenan prostesis tetap, pesakit biasanya akan diberikan temu janji susulan selepas 6 bulan. Temu janji susulan ini berguna supaya sebarang masalah dapat dikenal pasti dengan awal dan tindakan pembetulan dapat diambil segera.
    • Fabrikasi splint untuk melindungi prostesis korona/jambatan. Sesetengah Pegawai Pergigian akan memberikan Splin Oklusi kepada pesakit selepas rawatan selesai terutamanya jika ia melibatkan kes-kes yang kompleks ( prostesis yang banyak dalam mulut). Ia bertujuan sebagai pelindung prostesis terhadap beban kunyahan atau tabiat luar biasa seperti mengetam / mengetap gigi.
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Nor Ziana bt. Ibrahim
Akreditor : Dr. Ithnaniah bt. Abd Wahab
Penyemak : Dr. Roshima bt. Mohd Sharif

 

Artikel Berkaitan

Sindrom Bahang Mulut

Sindrom bahang mulut adalah berpunca daripada pelbagai faktor yang melibatkan keadaan psikologi dan fisiologi pesakit. Pengetahuan serta penerangan tentang penyakit ini kepada pesakit adalah penting.

Jangkitan Oral

Mulut mempunyai lebih daripada 700 jenis mikroorganisma dan kebanyakan daripadanya

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia