A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Benign Papular Lesions

Benjolan saiz kecil (1-2 mm), berwarna putih seperti mutiara. Hampir separuh bayi yang baru lahir mengalami masalah ini.

Milia

  • Benjolan saiz kecil (1-2 mm), berwarna putih seperti mutiara.
  • Hampir separuh bayi yang baru lahir mengalami masalah ini.
  • Disebabkan oleh penyumbatan kelenjar peluh oleh sel-sel kulit lama dan bahan-bahan berminyak.
  • Kebiasaannya terjadi pada pipi, hidung, mata dan kelopak mata.
  • Ia akan beransur-ansur hilang apabila usia bayi meningkat.
  • Tiada rawatan diperlukan.
  • Pencegahannya masih belum diketahui.

Maklumat selanjutnya http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/001367.htm

Pembengkakan kelenjar sebaceous (Sebaceous gland hyperplasia)

  • Beberapa bintik-bintik halus berwarna kuning atau merah di hidung, pipi, atas bibir bayi yang baru lahir.
  • Ia dipercayai kesan daripada hormon ibu terhadap kelenjar peluh bayi dan akan sembuh dengan sendirinya dalam bulan pertama usia bayi.
Semakan akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Irene Cheah Guat Sim
    Dr. Terrence Thomas
    Dr. Umathevi Paramasivam
Penyemak : Dr. Zainab bt. Kusiar

Artikel Berkaitan

Ruam Lampin

Ruam kerap terjadi di celah paha atau di bawah bahagian getah lampin.

Perubahan sementara vaskular dalam kulit bayi

Kulit bayi yang baru lahir adalah lembut dan sensitif dan mudah terkena berbagai jenis penyakit kulit. Sebahagiannya adalah kerana keturunan, seperti tanda lahir, tetapi setengah ruam adalah disebabkan oleh hormon ibu yang masih lagi mengalir di dalam darah bayi.

Tanda Lahir Vascular

Ini adalah biasa dan biasanya akan hilang apabila bayi tersebut membesar. Sebahagian daripada tanda lahir ini mungkin tanda bagi penyakit lain.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,817

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia