A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Bunuh Diri & Cubaan Membunuh Diri

 

Pengenalan

Bunuh diri adalah perbuatan dengan niat untuk menamatkan riwayat /nyawa. Apabila perbuatan itu gagal, ianya dipanggil cubaan membunuh diri.

Kadar membunuh diri berbeza mengikut negara bangsa dan budaya. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lebih kurang satu juta manusia mati akibat membunuh diri dalam setahun

Kebiasaannya kematian akibat membunuh diri dalam kalangan lelaki adalah tiga hingga empat kali berbanding dengan perempuan, walaupun cubaan membunuh diri lebih tinggi di kalangan perempuan.

Kadar membunuh diri juga lebih tinggi dalam kalangan warga emas. Penyakit mental yang serius seperti kemurungan, skizofrenia, bipolar juga menyumbang kepada berlakunya bunuh diri. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada perbuatan bunuh diri dalam kalangan warga emas termasuklah mempunyai penyakit fizikal (barah arthritis), tiada sokongan keluarga, kemurungan, kematian mereka yang disayangi dan kesepian.

Bagaimana mengenal pasti seseorang yang berisiko membunuh diri?

Semua percubaan membunuh diri perlu diberi perhatian!

  • Seseorang yang bercakap tentang idea atau hasrat untuk membunuh diri.
  • Seseorang yang pernah mencuba membunuh diri.
  • Seseorang yang mempunyai sejarah keluarga bunuh diri.
  • Mempunyai tanda-tanda kemurungan seperti tidak mempunyai harapan
  • Penyalahgunaan dadah
  • Seseorang membuat rancangan untuk membunuh diri seperti mula mengagihkan harta dan menulis nota membunuh diri

Komplikasi

Mereka yang membuat cubaan membunuh diri akan meninggalkan kesan kepada keluarga dan rakan-rakan. Ia mungkin menimbulkan perasaan bersalah dan marah. Ia boleh mengakibatkan kesedihan yang berpanjangan, penyakit mental yang teruk seperti kemurungan dan penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

Rawatan

Bagaimanakah anda dapat membantu diri sekiranya anda mengalami perasaan ingin membunuh diri?

  • Belajar cara kemahiran pengurusan diri seperti menetapkan keutamaan.
  • Simpan ubatan di tempat yang susah di capai sekiranya anda berniat untuk mengambil dos yang berlebihan.
  • Berbicara dengan mereka yang boleh dipercayai.
  • Bergaul dengan orang-orang yang bukan dalam kemurungan
  • Elakkan dari mengambil alkohol dan dadah-dadah lain yang boleh mengakibatkan hilang pertimbangan anda.
  • Dapatkan bantuan kaunseling melalui telefon
  • Sekiranya semua gagal, dapatkan bantuan pakar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya

Bagaimana anda boleh membantu seseorang yang ingin membunuh diri?

  • Ambil berat/serius luahan/aduan
  • Berbicaralah secara terbuka mengenai bunuh diri dan kemurungan dengan orang yang tersayang
  • Selalu dapatkan bantuan profesional

Rehabilitasi

Belajar teknik menangani stres

Kumpulan sokongan

THE BEFRIENDERS

Semakan Akhir : 19 April 2012
Penulis : Dr. Suraya Bt Yusoff
Penyemak : Dr. Hamdan Bin Buyong @ Abd. Rahman

 

 

Artikel Berkaitan

Tantrum

Tantrum bermaksud luahan ketidakpuasan hati kanak-kanak atau tekanan yang dihadapi sehingga tidak tertanggung lagi. Ia merupakan luahan kemarahan kanak-kanak dan ada kalanya bercampur dengan rasa takut.

Keliru

Pengenalan Warga emas mudah menjadi keliru. Kekeliruan ini boleh berlaku

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,457

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia