A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Writer
  4. /
  5. Dr. Fatanah Ismail

Dr. Fatanah Ismail

Dr. Fatanah bt. Ismail merupakan Ketua Penolong Pengarah Kanan di Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam  kesihatan awam terutamanya dalam bidang pengkhususan epidemiologi dan penyakit tidak berjangkit (NCD). Telah berkhidmat selama 21 tahun dan 12 tahun terakhir dalam bidang NCD

Beliau telah mendapat ijazah perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dengan memperolehi MD (Medical Doctor) pada tahun 1989. Beliau juga telah menamatkan pengajian dengan kelayakan Master in Public Health pada tahun 1998.

Pegawai ini telah banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan kesihatan awam dan kawalan penyakit tidak berjangkit. Merupakan ahli jawatankuasa Central Coordinating Team bagi National Health and Morbidity Survey II pada tahun 1996 dan juga merupakan ahli kumpulan penyelidik Diabetes bagi  National Health and Morbidity Survey II3 (NHMS3) bagi tahun 2006. Beliau merupakan ahli jawatankuasa teknikal pembentukan Clinical Practice Guidelines (CPG), Health Technology Assessment (HTA) dan garispanduan untuk penyakit-penyakit NCD, Diabetes. Merupakan Ahli jawatankuasa CPG Diabetes bagi tahun 2004 dan CPG Diabetes tahun 2008. Beliau juga merupakan ’Reviewer for the Clinical Practice Guidelines (CPG) on Prevention of Cardiovascular Disease in Women’ tahun 2008.

Beliau turut terlibat dalam penggubalan National Strategic Plan for Noncommunicable Diseases bagi KKM.

Memberi sumbangan teknikal kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di dalam bidang penyakit tidak berjangkit/Diabetes dan dilantik sebagai WPRO National Focal Point for Noncommunicable Diseases (NCD) for Ministry of Health Malaysia, 2008. Pernah menjadi ’Temporary Adviser’ bagi WHO:

  1. Temporary Adviser for the Revision of WHO Definition of Myocardial Infarction, WHO Headquarters, Geneva Switzerland, 2008
  2. Technical Experts Committee on the Management of Diabetes and its complications in Asian Countries, Kyoto Japan, 2006.
  3. MOH Malaysia Observer for WHO Scaling up NCD Prevention and Control in the Western pacific: Beyond Demonstration, Achieving Results. Manila Philippines, 2004.
  4. Temporary Adviser for WHO Regional Planning Meeting for Elimination of Avoidable Childhood Blindness Project (WPRO) Manila, Philippines 2003’

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia