A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Bayi & Kanak-Kanak
  4. /
  5. Paru-paru
  6. /
  7. Cara Merawat Serangan Asma

Cara Merawat Serangan Asma

Gejala asma biasanya datang dan hilang mengikut tahap asma yang dihadapi dan bergantung kepada pendedahan kepada faktor pencetus. Sebaiknya semua pesakit asma mesti mempunyai pelan tindakan asma yang disarankan oleh doktor.

Semua pesakit asma seharusnya berupaya mengurus serangan asma ringan yang dihadapi mengikut pelan tindakan asma yang sedia ada. Mereka mestilah faham dan mematuhi pelan tindakan asma mereka.

Serangan asma akan menjadi lebih kerap jika asma tidak dirawat dengan betul. Tahap serangan asma bermula dari ringan hingga ke tahap yang boleh mengancam nyawa. Perubahan keterukan serangan asma boleh berlaku dalam masa beberapa jam atau hari dan ia juga boleh berlaku secara tiba-tiba.

Kematian boleh berlaku dalam serangan asma yang teruk, jika rawatan yang sepatutnya tidak diberikan.

Apakah itu Serangan Asma?

Serangan asma adalah satu keadaan yang berlaku dengan pantas yang menyebabkan sesak nafas, batuk, nafas berbunyi, dada merasa ketat atau gabungan semua gejala di atas. Gejala masalah sesak nafas menjadi bertambah teruk semasa serangan asma.

Apakah tanda dan gejala serangan asma?

Gejala asma boleh menjadi bertambah teruk dengan cepat. Gejala ini adalah berbeza antara satu sama lain. Semasa serangan asma, tanda dan gejala adalah termasuk:

  • Batuk dengan atau tanpa selesema.
  • Berkahak.
  • Bernafas dengan cepat.
  • Rasa ketat di dada.
  • Nafas berbunyi.

Tanda amaran:

  • Batuk tanpa henti.
  • Nafas berbunyi yang teruk.
  • Sesak nafas yang teruk.
  • Sukar bercakap dalam ayat yang panjang.
  • Tidur yang tidak nyenyak.
  • Sakit dada.
  • Kulit menjadi pucat.
  • Tahap kesedaran menurun.
  • Bibir dan kuku menjadi kebiru-biruan.

Bacaan peak flow adalah berguna bagi mengetahui tahap asma yang menyerang untuk kanak-kanak yang boleh melakukannya.

Apa yang patut anda lakukan semasa serangan asma?

  • Ikut panduan pelan tindakan asma yang diberi.
  • Dudukkan anak secara menegak dan tenangkannya.
  • Minta bantuan segera daripada orang sekeliling anda (4-6 puffs).
  • Untuk serangan yang tidak teruk, beri anak ubat pelega 4 hingga 6 jam sekali atau bergantung kepada gejalanya.
  • Sekiranya anak anda perlu ubat pelega lebih kerap dan kurang dari 4 jam, bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera.
  • Teruskan pemberian ubat pencegah seperti yang telah disarankan.

Bagaimana mencegah serangan asma?

  • Ambil ubat sebagaimana arahan doktor.
  • Pesakit mesti sentiasa membawa ubat pelega pada setiap masa.
  • Elakkan terdedah kepada faktor pencetus.
  • Ambil ubat sebelum bersenam bagi mengelakkan serangan akibat bersenam.
  • Buat bacaan peak flow seperti arahan doktor bagi kanak-kanak yang boleh melakukannya.
  • Ambil ubat pelega apabila mengalami asma yang ringan.

Apakah komplikasi asma?

  • Kematian.
  • Kerosakan saraf otak akibat kekurangan oksigen yang berpanjangan.
Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Norrashidah Hj. Abd Wahab
  : Dr. Nor Mahani Harun
Penyemak : Dr. Norzila bt. Mohamed Zainudin

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia