Pendahuluan
Cirit- birit ialah buang air besar luar biasa kerap atau pembuangan najis cair berlebihan.
Jenis-Jenis
Cirit- birit akut
- Jenis yang paling biasa
- Tidak melarat jangka masa pendek, berakhir dalam beberapa hari sahaja
- Selalunya disebabkan jangkitan kuman pada makanan dan minuman (bakteria, virus, kulat)
- Makanan yang kerap dikaitkan ialah daging ayam, makanan laut, susu dan hasil tenusu
- Punca lain termasuk alahan makanan terutamanya selepas makan buah-buahan atau kekacang secara berlebihan dan alahan antibiotik
Cirit-birit Kronik
- Berulang
- Jangka masa lebih lama,melebihi 4 minggu
- Najis berair, bercampur darah atau berminyak
- Mempunyai penyebab yang lebih membahayakan
- Mungkin disebabkan kanser usus, penyakit radang usus, penyakit berjangkit yang kronik seperti HIV, penggunaan julap dan antasid yang berpanjangan, gangguan saraf akibat penyakit diabetes (diabetic neuropathy), sembelit dengan lelehan cirit terutama pesakit warga emas yang terlantar di katil.
Gejala
- Najis cair dalam pelbagai bentuk
- Mungkin disertai darah dan atau lendir
- Senak perut
- Tergesa-gesa buang air besar
- Inkontinen (hilang kawalan buang air besar)
- Sakit kepala
- Muntah
- Demam
- Buang air besar berselang-seli antara cirit-birit dan sembelit
- Hilang berat badan dan selera makan
- Sakit sendi, sakit belakang, masalah mata atau ulser mulut
Komplikasi
- Dehidrasi – kehilangan air dengan banyak
Ini boleh membahayakan kesihatan dan anda perlu menerima rawatan segera.
Rawatan
Cirit- birit akut
- Biasanya melalui pengubahan diet dan rawatan tanpa ubat
- Rehatkan usus
- Ambil cecair dalam kuantiti sedikit tetapi kerap seperti air masak, dan air teh limau cair.
- Ambil makanan kurang berlemak seperti bubur nasi, sup, kentang rebus, sayur lenyek, roti bakar, biskut tawar, buah dalam tin, jem, madu, jeli, susu kering skim atau susu pekat manis yang telah dicairkan dengan air.
- Elakkan minum arak, kopi, teh pekat, makanan bergoreng, makanan pedas berempah, sayur-sayuran mentah berkulit keras dan merokok.
- Kurangkan aktiviti biasa sehingga cirit-birit berhenti
- Pada hari ketiga, mula mengambil sedikit bahan tenusu seperti mencampurkan susu di dalam teh atau kopi. Juga sedikit daging tanpa lemak dan ikan sama ada di kukus atau di bakar.
- Elak dari menggunakan antibiotik kecuali punca kuman telah dikenal pasti.
- Jumpa doktor jika cirit-birit berterusan lebih dari 8 jam dengan pengeluaran najis yang berlebihan ((? 6 kali / 24jam) atau najis bercampur darah.
Cirit-birit Kronik
- Jumpa doktor anda untuk mencari punca dan merawatnya
Pencegahan
- Ambil makanan yang baru dimasak
- Amalkan kebersihan diri terutama selepas menggunakan tandas
- Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air
- Elakkan penggunaan julap berpanjangan
- Elakkan penggunaan antibiotik, julap dan antasid kecuali perlu.
Semakan akhir | : | 26 April 2012 |
Penulis | : | Dr. Ruziatun binti Hasim |
Penyemak | : | Dr. Sanidah binti Md. Ali |