Apakah maksudnya “Eksibisionisme”?
- Ini adalah salah satu perlakuan seks yang menyimpang atau parafilia.
- Seseorang ini mendapat kepuasan seks dengan cara menunjukkan kemaluannya kepada orang yang tidak dikenali.
- Keseronokan dirasai apabila mangsa mereka, lazimnya wanita muda menunjukkan reaksi terkejut/terperanjat.
- Tiada sentuhan fizikal yang terlibat dalam kelakuan ini.
- Selalunya, orang yang terlibat dalam kelakuan ini adalah lelaki yang biasanya kesunyian dan kurang keyakinan diri.
Anda mungkin pernah terdengar tentang senario yang biasa ini.
Seorang lelaki telah ditangkap selepas dia menunjukkan kemaluannya kepada wanita. Ini biasanya terjadi di taman rekreasi atau ketika mangsa menunggu bas atau sedang dalam perjalanan ke sekolah atau tempat kerja. Perbuatan ini amat mencemaskan mangsa. Selalunya, perkara ini akan dilaporkan kepada polis dan pesalahlaku akan ditangkap.
Apakah yang anda perlukan bila berdepan dengan situasi begini :
- Jangan hiraukan dan berjalan terus dari tempat anda
- Jangan menunjukkan sebarang reaksi
- Beritahu peristiwa tersebut kepada ibubapa dan guru anda
- Membuat laporan polis
Bilakah anda perlu dapatkan bantuan?
- Jika anda terlibat dalam tabiat “Eksibisionisme”
- Jika anda bimbang anda mempunyai kecenderungan kepada tabiat ini
- Jika anda pernah menjadi mangsa tetapi tidak pernah memberitahu sesiapa mengenainya
Siapakah yang dapat membantu?
- Ibu bapa
- Guru/kaunselor
- Doktor
Pautan kepada Agensi Kerajaan
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) : www.myhealth.gov.my (Perkhidmatan Tanya Pakar) & www.moh.gov.my
- Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) : www.lppkn.gov.my
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) : www.jkm.gov.my
- Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) : www.moe.gov.my
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) : www.islam.gov.my
Pautan kepada badan bukan kerajaan
- The Befrienders Kuala Lumpur : www.befrienders.org.my
- Majlis Perundangan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh : www.mccbchs.bobjots.org
- Persatuan Perubatan Islam Malaysia : www.ppim.org.my
- Persekutuan Persatuan-Persatuan Perancangan Keluarga Malaysia : www.ffpam.org.my
- Persatuan Perubatan Malaysia : www.mma.org.my
- Persatuan Psikiatri : www.psychiatry-malaysia.org
Semakan Akhir | : | 27 April 2012 |
Penulis | : | Dr. Nazrila Hairizan bt. Nasir |
Penyemak | : | Datin Dr. Hjh. Zil Falillah bt. Hj. Mohd. Said |