Apakah itu ekstasi?
Ekstasi
- Adalah dadah sintetik yang diharamkan
- Mempunyai kesan yang sama seperti dadah perangsang dan dadah yang mengkhayalkan
- Kerap digunakan di kelab malam dan disko yang beroperasi sepanjang malam
- Ia juga dikenali sebagai – “club drug”, “love drug” dan “dance drug”
- Ia boleh menyebabkan ketagihan
Bagaimana ekstasi menjejaskan tubuh anda?
1. Kesan jangka pendek yang positif :
- Perasaan gembira yang amat sangat
- Mudah bergaul
- Bertambah tenaga
- Rasa selesa dan rapat dengan orang lain
- Amat seronok dengan muzik
2. Kesan jangka pendek yang negatif :
- Loya
- Seram-sejuk
- Berpeluh
- Peningkatan suhu badan, degupan jantung dan tekanan darah
- Mengetap gigi tanpa disedari
- Kejang otot
3. Kesan jangka panjang yang negatif :
- Merasa cemas
- Keadaan paranoia
- Kekurangan air
- Kemurungan
- Kegagalan jantung atau buah pinggang
- Hilang ingatan
Adakah ekstasi merbahaya?
Ekstasi merbahaya kerana ia boleh menyebabkan :
- Ketagihan
- Masalah mental seperti kemurungan dan khayalan
- Kerosakan pada otak dan saraf
- Kerosakan pada organ-organ penting seperti jantung, hati dan buah pinggang
- Kecederaan akibat keganasan atau kemalangan
- Masalah merokok dan minum arak
- Kematian
Ia juga boleh menyebabkan seseorang :
- Terdedah kepada seks yang tidak selamat dan tidak diingini
- Ditahan polis kerana melanggar undang-undang akibat penggunaan dadah yang diharamkan
Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya terlibat dengan ekstasi?
- Dapatkan bantuan dan sokongan dari ibubapa, guru, kaunselor, pembimbing rakan sebaya atau doktor
- Anda hendaklah tegas dengan pen dirian anda dan katakan “tidak” kepada gejala ini
- Untuk maklumat lanjut, link kepada :
- modul penyalahgunaan dadah dan ketegasan atau laman web yang berkaitan
- berkata “tidak” kepada merokok
Semakan Akhir | : | 27 April 2012 |
Penulis | : | Prof. Madya Dr. Foong Kin |
: | Dr. Nor Saleha Ibrahim Tamin | |
Penyemak | : | Dr. Salmiah bt. Md. Sharif |
: | Dr. Wan Fadhilah bt. Wan Ismail |