A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Dewasa
  8. /
  9. Fisioterapi untuk Vertigo

Fisioterapi untuk Vertigo

Vertigo adalah sensasi palsu di mana diri sendiri, persekitaran, atau kedua-duanya bergerak atau berpusing, biasanya disertai dengan loya dan hilang keseimbangan.

Apakah Vertigo?

Vertigo adalah sensasi palsu di mana diri sendiri, persekitaran, atau kedua-duanya bergerak atau berpusing, biasanya disertai dengan loya dan hilang keseimbangan.

Vertigo boleh terjadi akibat dari satu keadaan yang menjejaskan telinga dalam atau sebahagian daripada otak manusia yang melibatkan keseimbangan badan.

Apakah punca-punca vertigo?

Ia boleh berpunca daripada punca periferal atau central atau gabungan kedua-duanya sekali.

Punca Periperal:

Vertigo disebabkan oleh gangguan telinga dalam atau sistem vestibular.

Sistem vestibular terdiri daripada semicircular canals, vestibule (Utricle dan saccule) dan saraf vestiburlar.

Punca utama gangguan vestibular periferal adalah disebabkan oleh kondisi Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV), yang melibatkan 32% daripada semua vertigo periferal. Sebab-sebab lain termasuk penyakit Meniere, Labryrinthitis, neuronitis.

Punca central:

Vertigo disebabkan kecederaan pada brainstem atau cerebellum. Punca utama gangguan Vestibular central adalah transience ischaemic attack, vestibular schwannoma / cerebellar tumours, cervical spine disorder, migraine headaches, multiple sclerosis ,disfungsi otak dan sakit kepala migraine

Siapakah mudah terdedah kepada Vertigo?

Vertigo meningkat dengan peningkatan umur dan adalah kira-kira dua hingga tiga kali lebih tinggi di kalangan wanita berbanding  dengan lelaki.

  • Melibatkan 2.5% daripada penduduk umum (US) (Hain 2009)

  • 1 daripada 5 orang dewasa yang terlibat (Yardley 1998)

  • Gejala yang biasa bagi pesakit yang melebihi 65 tahun (65%)

Apakah tanda dan gejala Vertigo?

  • Rasa berpusing

  • Pening

  • Loya

  • muntah

  • Ketidakseimbangan

  • Penglihatan kabur

  • Sukar berjalan

Apakah diagnosa vertigo yang biasa dirawat oleh Ahli fisioterapi?

  • Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV)

  • Unilateral Vestibular hypofunction (eg vestibular labrynthitis, neuronitis, meniere’s disease)

  • Bilateral vestibular loss (ubat / ototoxicity, keturunan)

  • Psychogenic vertigo

  • Diagnosis vestibular tidak jelas (post traumatic vertigo, multifactorial disequilibrium of the elderly)

Bagaimana Ahli fisioterapi boleh membantu pesakit Vertigo?

Ahli fisioterapi memainkan peranan yang penting untuk mempercepat pemulihan pesakit yang mengalami vertigo.

Ahli fisioterapi akan menjalankan penilaian untuk menentukan apa sebenarnya masalah yang dihadapi dan menentukan jenis rawatan yang akan diberi.

Tujuan rawatan fisioterapi adalah terdiri daripada:

  • Mengurangkan pening yang disebabkan pergerakan kepala (Shepard & Telian, 1993)

  • Meningkatkan kestabilan pandangan (Herdman, 2003)

  • Meningkatkan keseimbangan dan fungsi-fungsi berjalan (Krebs et al, 2003)

  • Meningkatkan kecergasan dan daya tahan

  • Mengurangkan risiko jatuh (Hall et al, 2004)

  • Teknik posisi untuk BPPV

  • Meningkatkan tahap aktiviti umum.

Apakah Perawatan Fisioterapi?

Rawatan fisioterapi adalah bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh pesakit.

Rawatan adalah melibatkan latihan :

  • Habituation

  • Penyesuaian

  • Keseimbangan.

  • Gaya berjalan.

  • Kekuatan otot.

  • Fleksibiliti

Lain-lain rawatan adalah :

  • Teknik posisi canalith

  • Pencegahan dari jatuh

  • Pendidikan pesakit

Ahli fisioterapi akan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh untuk menentukan punca-punca lain yang boleh menyebabkan anda  pening / rasa berpusing dan bagaimana ia boleh dirawat.

Selepas diagnosa ditentukan, selain penilaian pelan rawatan akan dirancang untuk memenuhi matlamat anda. Ahli fisioterapi akan membantu untuk memulihkan ketidakselesaan anda.

Diagnosis yang tepat tentang vertigo akan memberi kejayaan yang memberangsangkan dalam tempoh jangka masa yang pendek.

Rawatan yang boleh diperolehi dalam pemulihan vestibular Fisioterapi

  1. Senaman adaptasi vestibular untuk meningkatkan penglihatan dengan pergerakan kepala.

    Sumber : www.dizziness-and-balance.com
    • Pesakit duduk, melihat objek / sasaran yang tidak bergerak, manakala kepala bergerak dari kanan dan kiri / bergerak ke atas dan ke bawah.
    • Sasaran perlu jelas semasa latihan.
    • Latihan harus bermula secara beransur-ansur, perlahan-lahan meningkatkan kelajuan, jarak sasaran (dekat / jauh), kekerapan dan latar belakang.
  1. Senaman Brandt daroff untuk mengurangkan pening.

    Sumber : www.tchain.com
  1. Teknik posisi canalith (Canalith repositioning maneuver) / Epley’s Maneuver untuk mengurangkan pening.

    Sumber : www.tchain.com
  1. Senaman postur kestabilan untuk meningkatkan strategi keseimbangan.

  1. Latihan berjalan untuk mengurangkan pening semasa berjalan.

    Sumber : www.drsumitmrig.com
    • Berjalan dalam garis lurus sambil melihat ke kiri dan ke kanan.
    • Berjalan dalam garis lurus sambil melihat ke atas dan ke bawah.
    • Berjalan sambil membaling bola dari sisi ke sisi.

Rujukan

  1. Epley, JM (1992). The canalith repositioning procedure: For the treatment of benign paroxysmal positional vertigo. Otolaryngol Head Neck Surg.

  2. Yardley, L, Beech,S, Zander, L et al (1998). A randomized controlled trial of exercises therapy for dizziness and vertigo in primary care. Brit j Gen Pract.

  3. Whitney SL , Rossi MM (2000). Efficacy of Vestibular Rehabilitation.Otolaryngol Clin North Am.

  4. Herdman, S.J,et al.(2003). ‘Recovery of dynamic visual acuity in unilateral vestibular hypofunction.’ Arch Otolaryngol Head Neck Surg.

  5. Krebs, D.E, et al.(2003). ‘Vestibular rehabilitation: useful but not universally so’. Otolaryngol Head Neck Surg.

  6. Hall CD, Schubert MC. Herdman SJ. (2004). Prediction of fall risk reduction  as measured by dynamic gait index in individuals with unilateral vestibular hypofunction. Otology and Neurology.

  7. Mira E (2007). Improving the quality of life in patient with vestibular disorder: the role of medical  treatments and physical rehabilitation. Int J Clin Pract.

Sumber Imej

  1. Timothy C. Hain (2011). Vestibular Rehabilitation Therapy (VRT). Retrieved July 5, 2013 from www.dizziness-and-balance.com

  2. Mr James w Fairley (2010). Vestibular Rehabilitation Exercises. Retrieved July 5 2013 from entkent.com

  3. Timothy C. Han (2003). Benign Paroxysmal Positioning Vertigo.retrieved July 5, 2013 from www.tchain.com

  4. Dr Gurmajor Singh (2010). Approached to patient with vertigo/dizziness. Retrieved July 5, 2013 from drsumitmrig.com

 

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Se To Phui Lin
Akreditor : YBhg. Datin Hjh. Asiah bt. Mohd Hashim
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia