A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Label hologram Meditag dan Penggunaan “Decoder Hologram Meditag”

Kementerian Kesihatan telah mewajibkan pelekat label Hologram Meditag sejak 1hb Mei 2005 selain daripada nombor pendaftaran pada setiap ubat yang berdaftar sebagai pengenalan produk berdaftar. Ini merupakan satu lagi langkah proaktif kementerian bagi meningkatkan keselamatan dan identiti produk.

Hologram Meditag ini hanya boleh dibeli oleh pengilang yang mempunyai lesen GMP (Good Manufacturing Practice) dan pengimport yang dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia daripada syarikat pembekal kontrak tunggal iaitu Mediharta Sdn Bhd. Pelekat label Hologram Meditag mempunyai ciri keselamatan yang tinggi dan setiap satu diberikan nombor siri. Pada 1hb September 2007 ciri-ciri keselamatan pelekat label Hologram Meditag telah dipertingkatkan lagi sebagai langkah tambahan untuk mengelakkan pengeluaran pelekat hologram tiruan.

Hologram versi lama (Mei 2005)

Hologram versi baru (Sept 2006)

Contoh label hologram versi lama pada produk ubat.

Contoh label hologram versi baru dengan perkataan “KKM” pada produk ubat.

Orang awam boleh membuat pengesahan ketulenan hologram bagi produk yang dibeli dengan menggunakan alat dekoder yang terdapat di kedai farmasi. Sebanyak 1300 alat dekoder telah dibekalkan di setiap premis farmasi terpilih di semua negeri di Semenanjung termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan. Alat ini wajib diletak pada kaunter dalam premis farmasi agar senang digunakan oleh orang ramai untuk membuat pengesahan ketulenan produk yang di beli. Dengan ini, secara tidak langsung pengguna juga boleh mendapatkan khidmat nasihat ubat-ubatan daripada ahli farmasi yang berkenaan.

Cara Penggunaan alat “Decoder Hologram Meditag” untuk memastikan ketulenan label hologram Meditag


Alat Decoder Hologram Meditag


Cara Penggunaan Decoder Hologram Meditag

Kesan Penggunaan Decoder pada Hologram bagi mengesan ketulenannya.


Sebelum dekod : Nampak “KKM”


Selepas dekod : “KKM” hilang

Semakan Akhir : 23 Februari 2010
Penulis : Mazlan bin Ismail

 

Artikel Berkaitan

Various types of medicines; use them safely

It is not easy to take various types of medicine properly. Sometimes, it is hard to remember the indication for every type of medicine, how and when each medicines needs to be taken. The following tips can help you to simplify the way to take your medicine

Medication Abuse

Introduction Medication abuse occurs when you’re not taking medication according

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,764,878

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia