Apakah yang dimaksudkan dengan harga diri?
Harga diri adalah satu cara di mana kanak-kanak menilai diri mereka sendiri.
Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi?
Kanak-kanak ini :
- Mudah berkawan
- Berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti baru
- Mudah bekerjasama dan patuh pada arahan (bersesuaian dengan umur)
- Boleh mengawal perlakuan dan tngkah laku
- Bermain sendiri dan bersama rakan-rakan lain
- Mempunyai idea-idea tersendiri dan kreatif
- Riang, bersemangat dan mudah berinteraksi
Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah?
Mereka :
- Tidak ceria
- Kurang keyakinan diri
- Perasaan tidak berguna
- Sentiasa berasa letih dan penat
- Sering memikirkan perkara-perkara yang tidak baik
- Rasa rendah diri
- Sering gagal di sekolah
Apakah faktor-faktor positif perasaan harga diri?
Faktor-faktor yang menyumbang kepada perasaan harga diri :
- Kasih sayang
- Keselamatan
- Bimbingan
- Penghargaan
- Galakan
Bagaimanakah anda dapat membantu anak anda untuk membina perasaan harga diri yang tinggi?
Anda harus :
- Berikan pujian pada setiap kejayaan walaupun kejayaan yang kecil
- Berikan kasih sayang yang ikhlas
- Tunjukkan minat pada setiap masalah,aktiviti atau projek yang dilakukan oleh anak anda
- Menerangkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan
- Cuba elakkan segala perlakuan negatif dan bunga-bunga kemarahan
- Beri penghargaan atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan atau apa-apa pertuturan yang sopan
- Balaslah dengan sifat kasih sayang atas segala perlakuan yang baik
- Sekiranya anak anda melakukan sesuatu yang tidak anda senangi, asingkan yang negatif darinya pisahkan perangai yang tidak menyenangkan dari dirinya. Umpama-nya ‘ibu tidak suka anda membaling-baling permainan, tetapi ibu tetap menyayangi mu’
Faktor-faktor yang boleh menjejaskan perasaan harga diri di kalangan kanak-kanak
- Menaruh harapan yang terlalu tinggi atau terlalu rendah ke atas anak-anak
- Memarahi atau mengherdik atau mengkritik anak-anak terutamanya di hadapan orang lain
- Memanggil anak-anak dengan perkataan lembap, bodoh, malas dan sebagainya
- Terlalu membela atau tidak mengendahkan anak-anak
Semakan Akhir | : | 20 April 2012 |
Penulis | : | Dr. Baizury binti Bashah |
Penyemak | : | Pn. Fariz Sakina binti Abdullah |