A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Hepatitis A

Apakan itu Hepatitis A?

  • Hepatitis A di sebabkan oleh virus Hepatitis A, dijangkiti melalui air, makanan atau susu yang dicemari najis yang mengandungi virus Hepatitis A. Virus ini di musnahkan oleh suhu tinggi.
  • Ia mengakibatkan hati anda bengkak dan kurang berfungsi.
  • Hepatis A cepat berjangkit.
  • Penyakit ini tidak menyebabkan maut atau kematian.
  • Penyakit ini tidak menyebabkan jangkitan kuman yang berterusan.

Jangkitan dari hepatitis A akan menghasilkan kelalian (imuniti) terhadap penyakit ini sepanjang hayat.

Di Malaysia, terdapat 94 kes-kes hepatitis A pada tahun 2007 (kadar insiden 0.89/1000 penduduk)

Apakah jenis-jenis makanan yang biasa dikaitkan?

  • Buah – buahan dan sayuran mentah
  • Makanan bercengkerang yang diambil dari air yang tercemar( kerang, etok, lala, kepah, kupang dan tiram )
  • Air
  • Ais

Apakah tanda-tanda dan gejala?

  • Mata kekuningan
  • Kencing kotor dan berwarna gelap
  • Loya
  • Demam
  • Keletihan / kelesuan
  • Kurang selera makan
  • Sakit perut
  • Muntah
  • Gatal seluruh badan
  • Najis berwarna seperti tanah liat (kuning pucat)

Perhatian: Tidak semua pengidap mendapat gejala seperti diatas. Gejala ini akan muncul dalam jangka masa beberapa hari

Bagaimanakah penyakit ini merebak?

  • Melalui dampingan rapat dari seorang yang mengalami jangkitan
  • Melalui makanan dan minuman yang tercemar
    • Makan makanan seperti buahan, sayuran atau lain-lain makanan yang telah tercemar semasa mengendalikannya
    • Makan makanan bercengkerang yang diambil dari air tercemar
    • Minum minuman air atau ais batu yang tercemar

Rawatan

  • Kebanyakkan orang yang mendapat hepatitis A akan sembuh sendiri dalam beberapa minggu
  • Rehat untuk beberapa hari / minggu dan elakkan dari minum minuman keras
  • Tiada ubatan khusus atau antibiotik bagi merawat hepatitis A

Bagaimanakah untuk mencegah hepatitis A?

  • Dapatkan vaksin Hepatitis A
  • Amalkan kebersihan diri:
    • Basuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas ke tandas, menukar lampin dan sebelum menyediakan makanan
    • Pakai sarung tangan jika anda ada menyentuh najis, darah atau cecair badan dari seseorang
    • Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan tinja (najis)yang sempurna terutama salepas banjir atau bencana alam.
  • Elakkan makanan yang berisiko:
    • Sayuran mentah / ulam dan buah-buahan yang tidak dibasuh dengan bersih,
    • Ais batu kecuali ais batu dibuatkan dari air masak / air dari bekalan botol
    • Makanan separuh masak atau ikan mentah atau jenis kekerang mentah
  • Hanya makan makanan yang telah dimasak dengan sempurna atau makanan panas.
  • Hanya menggunakan air yang bersih
  • Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan
  • Elakkan dari berenang dalam kolam air tercemar ataupun sungai yang kotor
Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Aaisah Senin
: Norrani Eksan
Penyemak : Dr. Marzida Abd Latib

 

Artikel Berkaitan

susie lu ling

Susie Lu Ling mempunyai pengalaman kerja selama 16 tahun dan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia