A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Perubahan Tingkah Laku
  6. /
  7. Hubungan Seks Rambang

Hubungan Seks Rambang

Definisi

Hubungan seks rambang ditakrifkan sebagai perhubungan seks dengan rakan-rakan biasa (casual friends). Contoh tingkah laku hubungan seks rambang adalah “one-night stand” (iaitu hubungan seks hanya satu malam sahaja. Pelaku one night stand kadang kala tidak mengenali pasangannya).

Berdasarkan sejarah, wanita yang melakukan hubungan seks rambang dipandang hina. Mereka dilabel sebagai pelacur atau bohsia. Manakala sesetangah masyarakat menganggap lelaki yang melakukan hubungan seks rambang sebagai normal (dilabel sebagai ‘jaguh’ atau ‘hebat’) dan sesetengahnya dipandang serong (dilabel sebagai mata keranjang).

Pengenalan

Ramai remaja di Malaysia terjebak dengan hubungan seks namun bilangan sebenar yang terlibat tidak diketahui. Kebanyakan remaja mengadakan hubungan berbilang pasangan tanpa menyedari akibatnya.

Kenapa remaja terjebak dalam hubungan seks?

  • Sesetengah remaja mengadakan hubungan seks untuk menenang perasaan dan mengalihkan rasa kecewa.

  • Remaja percaya hubungan seks adalah bukti cinta kepada pasangannya.

  • Sesetengah remaja mengadakan hubungan seks kerana terpengaruh dengan rakan sebaya.

  • Sesetengah remaja mengadakan hubungan seks sebagai tanda melawan ibu bapa.

  • Remaja mengalami masalah mental seperti kemurungan dan cemas.

  • Remaja kurang harga diri. Hubungan seks berbilang pasangan dipercayai sebagai satu bentuk meningkatkan harga diri. Hubungan seks mugkin meningkatkan harga diri remaja, namun kesan ini hanya sementara.

  • Mangsa penderaan seksual seperti mangsa rogol juga mengadakan hubungan seks rambang sebagai cara untuk melupakan trauma yang dialami.

  • Hubungan seks sering digambarkan oleh media (seperti di pawagam dan televisyen) sebagai sesuatu yang  menyeronokkan.

  • Pengaruh pornografi.

  • Ketagihan seks.

Komplikasi

  • Kehamilan remaja.

  • Jangkitan penyakit. HIV dan jangkitan penyakit akibat hubungan kelamin sering berlaku di kalangan remaja. Seorang remaja wanita yang melakuan hubungan seks tanpa perlindungan dengan pasangan yang dijangkiti mempunyai risiko jangkitan HIV (1%), herpes genital (30%), gonorea (50%).

  • Hilang harga diri (terutama gadis). Walaupun sesetengah remaja mengadakan hubungan seks untuk meningkatkan harga diri, perlakuan ini kadang kala menyebabkan remaja hilang harga diri.

  • Jangkitan saluran kencing yang berulang.

  • Kesan negatif terhadap proses perkembangan emosi dan mental remaja.

  • Risiko tinggi didera secara fizikal oleh pasangan.

Apa yang boleh remaja lakukan?

  • Tubuh anda sangat berharga. Fikir secara bijak sebelum terlibat dengan seks rambang.

  • Masih belum terlambat. Hentikan tabiat tersebut dan dapatkan bantuan.

  • Tangani masalah dengan segera. Beritahu doktor, ibu bapa atau guru. Kongsi masalah dengan orang dewasa yang dipercayai, seperti abang/kakak/sepupu atau kaunselor di sekolah.

  • Jangan gunakan seks sebagai alat untuk menjadi popular.

  • Pelajari kemahiran untuk mengatakan “TIDAK” apabila dipaksa melakukan hubungan seks.

Peranan penggubal dasar

  • Memperkenalkan pendidikan seks di sekolah semasa kanak-kanak belum meningkat remaja.

  • Melatih anggota di kemudahan penjagaan kesihatan dan sekolah-sekolah kaedah membimbing remaja yang terlibat dalam perhubungan seks rambang.

Peranan ibu bapa

  • Berbincang secara  terbuka dengan anak tentang harga diri dan cara untuk mengatakan “TIDAK”.

  • Kupas topik secara halus dan tanpa mengkritik anak.

  • Terangkan akibat dan risiko hubungan seks.

  • Jadilah ibu bapa yang mudah didekati pada bila-bila masa terutamanya apabila mereka memerlukan pendapat atau bantuan.

Last Reviewed : 23 June 2015
Writer : Dr. Hargeet Kaur a/p Basant Singh
Translator : Pn. Noorhayati binti Kassim
Accreditor : Dr. Dr. Wan Fadhilah binti Wan Ismail

 

Artikel Berkaitan

Gengsterisme

Apakah itu “gengsterisme”? “Gengsterisme” ialah kelakuan yang memusnahkan/merosakkan yang dilakukan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia