Apakah penyalahgunaan dadah?
Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.
Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian ” Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian.
Penagih dadah cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun:
- Berlaku masalah dalam diri atau masyarakat
- Sering terlibat dengan masalah perundangan akibat penyalahgunaan dadah
- Meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya
Apakah penagihan dadah?
Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah.
Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu:
- Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini
- Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan
- Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaan yang lebih lama
Penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri.
Kebiasaannya, penagih dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti seperti mencari pengedar, membeli dan menggunakan dadah, begitu juga mendapatkan wang bagi membeli dadah.
Apabila seseorang ketagih atau bergantung kepada dadah secara fizikal dan psikologi, akan wujud keinginan yang melampau untuk mengambil atau berterusan menggunakan dadah dalam apa cara sekali pun.
Ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka dan masyarakat sekeliling.
Apakah istilah-istilah yang perlu diketahui?
Dadah Psiko aktif
- Mempunyai kesan terhadap tingkah laku dan kesedaran
- Contohnya; valium, ganja.
Dadah bukan Psiko aktif
- Tidak memberi kesan terhadap tingkah laku. Kurang kesan ketagihan.
Kebergantungan
- Keinginan fisiologi dan psiko logikal pada dadah untuk mendapatkan keseronokan dan mengelakkan rasa ketagih
- Dalam pergantungan fisiologi, ia menjadikan pemikiran, emosi dan perlakuan tertumpu kepada dadah setiap masa
- Dalam pergantungan fizikal, kesan dadah seperti kegembiraan melampau akan mewujudkan keinginan yang melampau kepada dadah tersebut
- Gian pula akan mewujudkan perasaan negatif dan ini akan menyebabkan penagih perlu mengambil dadah kembali bagi mengelakkan perasaan negatif tersebut
Gejala Kesan Sampingan
- Satu sindrom fizikal dan psiko logikal yang negatif akibat pemberhentian penggunaan dadah dengan mendadak.
Lali
- Memerlukan jumlah dos yang tinggi untuk mendapatkan kesan psiko logikal yang sama.
Kenapa mereka mengambil dadah?
- Ingin mencuba
- Terikut-ikut
- Amalan budaya
- Suasana semasa. Contohnya; perang / kelab malam
- Tekanan / cabaran dalam kumpulan
- Bagi tujuan merawat
- Meningkatkan kawalan diri dan prestasi
Apakah jenis-jenis dadah yang kerap disalahgunakan?
Opium / candu
- Morfin, Heroin – euphoria, painkiller
- Melahirkan rasa euforia dan penahan sakit
- Euforia, ubat tahan sakit
Perangsang
- Kokain, Amfetamina –
- Euforia, berkeyakinan
Penenang
- Anxiolytics / Anti-anxiety drugs – Benzodiazepines
- Benzodiazepines
Halusimogen – Psikedelik (Warna-warna terang dan berkilauan)
- Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed
- LSD – lysergic asid diethylamide, asid
Nikotin / Tembakau
- Terangsang dalam dos yang kecil
Alkohol – agen kemurungan
- Terangsang pada dos yang rendah tetapi terencat bila mengambil dos yang berlebihan
Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed
Hidu (Inhalants / Solvent) – Menghidu gam atau petrol
Lain -lain – daun ketum
Tanda dan gejala
Bagaimana mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah?
- Resah, gelisah
- Prestasi kerja atau akademik yang merosot
- Mencuri wang atau apa saja sama ada di rumah, sekolah atau di tempat kerja
- Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harian
- Perubahan emosi secara tiba-tiba
- Bercakap merepek
- Mengabaikan penampilan diri
- Menghindari kawan biasa yang tidak mengambil dadah
- Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik air atau bilik tidur dan rasa curiga yang keterlaluan kepada yang lain
- Kelihatan letih, penat dan mamai
Komplikasi
Kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan merosakkan:
- Kebersihan dan kesihatan diri
- Kesihatan mental
- Prestasi pelajaran
- Hubungan sosial
- Status kewangan
Penyalahgunaan dadah akan lebih merumitkan bila ia melibatkan:
- Penggunaan pelbagai jenis dadah
- Aktiviti jenayah
- Kaum keluarga
- Masalah perubatan
- Masalah psikiatri
- Kanak-kanak dan remaja (umur kurang 18 tahun)
Rawatan
Ketagihan adalah bersifat psikologi. Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah sukar disembuhkan. Pertolongan dari mereka yang profesional amat diperlukan.
Rawatan untuk ketagihan boleh didapati di hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Rawatan termasuk:
Detoksifikasi
- Menghilangkan kesan dadah di dalam badan
Terapi kelakuan
- Menggalakkan sikap yang baik dan menghilangkan rasa pergantungan
Kaunseling – Memberi motivasi dalam menangani masalah dadah dan kembali menagih
Terapi penggantian dadah
- Memaksimumkan keadaan bebas dadah semasa proses pemulihan
- Methadone – Ketagihan ubat penenang
- Nikotin – Ketagihan rokok
Pencegahan
Apakah yang boleh mempengaruhi permulaan atau penyudah tabiat penyalahgunaan dadah?
- Kesungguhan pada aktiviti yang lain
- Status sosioekonomi
- Pengaruh rakan sebaya
- Pengaruh ibu bapa
- Budaya dan etnik
- Nilai hidup yang sederhana
- Motivasi untuk berjaya / takut pada kegagalan
- Pengasingan sosial
Apakah yang membantu seseorang itu berhenti menagih dadah?
- Percaya diri sendiri
- Berkemahiran menyesuaikan diri
- Berkemampuan bangkit dari kegagalan
- Berkeupayaan mengasah kekuatan diri
- Menghargai kesihatan
- Membina minat dan aktiviti yang baru
- Matang dalam fikiran
- Sokongan berterusan daripada keluarga
Seseorang itu perlu mendapatkan:
- Latihan menjadi afektif
- Sokongan masyarakat
- Pembangunan kerohanian diri
Pemulihan
Melibatkan prosedur rawatan seperti:
- Terapi dadah gantian
- Pengurusan tingkah laku
- Kaunseling
- Mencegah dari kembali menagih (relapse prevention)
- Latihan menjadi asertif
- Sokongan masyarakat
- Pengisian dan perlembagaan rohani
Penjagaan berterusan adalah satu komponen yang penting dalam proses pemulihan dari ketagihan dadah.
Ia memerlukan sokongan penuh dari keluarga dan masyarakat.
Sokongan sosial termasuk:
- Pembangunan kemahiran
- Penempatan pekerjaan
- Pusat bantuan setempat
Kumpulan sokongan
Pusat pemulihan:
- Agensi Anti Dadah Kebangsaan
- PEMADAM
- PENGASIH
Pakar sakit jiwa
- Pakar kaunseling penagihan dadah
- Pakar psikologi
- Ibubapa
- Guru sekolah
Semakan Akhir | : | 27 April 2012 |
Penulis | : | Prof. Madya Dr. Alvin Ng Lai Oon |
Penyemak | : | Dr. Iskandar Firzada b. Osman |