A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Jenis-jenis Korona & Jambatan

Pengenalan

Kerosakan gigi dan penyakit gusi merupakan masalah pergigian yang biasa berlaku. Gigi yang mengalami kerosakan kecil boleh dirawat secara langsung dengan menggunakan bahan tampalan, yang bersesuaian. Namun demikian kerosakan gigi yang teruk atau kehilangan satu atau lebih gigi, memerlukan rawatan tidak langsung seperti korona dan jambatan. Ianya juga dikenali sebagai prostesis tetap yang disimen secara terus pada gigi. Prostesis ini hanya boleh dikeluarkan oleh doktor pergigian, yang mana berbeza daripada gigi palsu yang boleh ditanggal dan perlu dibersihkan setiap hari oleh pesakit.

Korona

Korona (juga dipanggil cap); dibuat khusus selepas penyediaan gigi oleh doktor pergigian. Korona digunakan untuk:

  • Merawat gigi yang rosak teruk / patah
  • Memperbaiki rupa, warna, bentuk dan kedudukan gigi
  • Prostesis tetap selepas implan pergigian
  • Prostesis tetap bagi gigi yang dirawat akar
  • Sokongan bagi jambatan

Korona penuh memerlukan penyediaan gigi yang lebih ekstensif, berbanding korona sebahagian yang melibatkan penyediaan gigi yang minima. Ia digunakan untuk melindungi gigi yang berisiko untuk patah.

Jenis- jenis Korona

Korona boleh diperbuat daripada emas, porselin, gabungan logam , logam dan porselin atau resin. Pemilihan bahan adalah berdasarkan ketahanan, kedudukan dan rupa bentuk korona tersebut.

Korona logam – Selalunya diperbuat daripada emas atau logam lain yang sesuai. Sering digunakan untuk gigi belakang. Kebaikan korona logam adalah:

  • Kuat dan tahan
  • Memerlukan penyediaan gigi yang minima
  • Menghasilkan “gigitan lembut”, maka kurang trauma kepada gigi bertentangan

Emas adalah pilihan yang sesuai disebabkan daya tahan yang tinggi dan ;menjadikannya lebih kos efektif.

Porselin – Diperbuat daripada sejenis kaca atau resin yang diperkuat. Mempunyai pelbagai pilihan warna yang boleh disesuaikan dengan gigi pesakit. Korona jenis ini lebih mudah terserpih berbanding dengan korona logam. Disarankan untuk gigi hadapan. Kebaikan korona ini:

  • Kelihatan lebih semulajadi, permukaan licin dan tahan lama
  • Seakan – akan gigi asli kerana berupaya menyerap dan memantul cahaya

Gabungan – Selalunya logam terikat porselin . Bahan asas berupa logam menjadikan korona ini lebih kuat daripada korona porselin atau korona resin, namun tidak sekuat korona logam. Kebaikannya adalah:

  • Menarik, tahan lama, kelihatan semulajadi dan daya tahan yang tinggi


Korona logam dan porselin


Jambatan Tetap – Tetap daripada gabungan logam dan porselin (logam terikat porselin)

Gigi dengan tampalan yang besar digantikan dengan korona porselin

alt

Korona gabungan logam dan porselin disokong oleh implan pergigian

Jambatan

Prostesis ini digunakan bagi menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang. Ianya disimen pada gigi asli atau implan pergigian yang merangkumi ruang kosong. Gigi sedemikian dikenali sebagai tupang, bertindak memegang jambatan. Gigi tiruan yang menggantikan gigi yang hilang pula dikenali sebagai pontik.

Tidak semua gigi yang hilang perlu diganti. Penggantian dipertimbangkan bagi tujuan:

  • Membaiki pengunyahan
  • Membaiki paras rupa
  • Membaiki pertuturan
  • Mencegah pergerakan gigi bersebelahan
  • Mencegah pergerakan terlampau gigi bertentangan (over – eruption)

Jenis- jenis Jambatan Pergigian

Terdapat tiga jenis jambatan pergigian, iaitu:

Jambatan Tetap – Tetap

Jambatan pergigian ini terdiri daripada gigi tiruan atau pontik yang dipateri di antara dua korona ;bagi mengisi ruang kosong akibat kehilangan gigi. Kedua- dua korona ini disarungkan pada gigi asli bersebelahan ruang kosong itu. Dikenali sebagai jambatan tetap. Prostesis ini sesuai untuk menggantikan kehilangan satu atau lebih gigi.

Pilihlah berus gigi dengan saiz dan bentuk yang anda suka, boleh dimasukkan ke dalam mulut dengan selesa dan mudah digunakan.

Jambatan Terikat Resin

Protesis ini selalunya digunakan untuk gigi hadapan, terutamanya apabila gigi tupang sihat atau tiada tampalan yang besar. Kosnya lebih rendah. Pontik mempunyai sayap logam yang terselindung, dan dilekatkan pada gigi tupang menggunakan bahan resin. Jambatan sedemikian memerlukan penyediaan gigi tupang yang minimum.

Jambatan Kantilever

Prostesis sedemikian sesuai digunakan di ruang mulut yang tidak melibatkan tekanan tinggi seperti gigi hadapan. Jambatan ini digunakan apabila terdapat gigi pada salah satu sisi ruang kosong sahaja. Ia melibatkan penggunaan satu atau lebih tupang di satu hujung tersebut.

alt

Jambatan Tetap – Tetap menggantikan; tiga gigi yang hilang

Bagaimana Korona dan Jambatan Dihasilkan?

Rawatan dimulakan dengan pemeriksaan dan diagnosis. Seterusnya penyediaan gigi dilakukan dengan mengecilkan gigi supaya korona atau jambatan muat dengan eloknya, diikuti pengambilan acuan. Pemilihan warna yang paling mirip dengan gigi asli perlu dilakukan bagi korona porselin. Makmal pergigian akan menggunakan acuan ini untuk menghasilkan korona atau jambatan menggunakan bahan yang ditetapkan. Korona atau jambatan sementara digunakan bagi melindungi gigi yang telah disediakan. Apabila korona atau jambatan tetap siap, prostesis sementara ini ditanggalkan dan prostesis tetap akan disimen pada gigi yang telah disediakan.

alt
alt

Korona gabungan logam dan; porselin yang telah siap disimen selepas kerosakan gigi dirawat dan penyediaan gigi dilakukan

Kos Korona dan Jambatan

Kos prostesis ini bergantung kepada bahan dan reka bentuk yang digunakan.

Ketahanan Korona dan Jambatan

Penjagaan korona atau jambatan menentukan ketahanan prostesis ini. Korona atau jambatan tidak akan rosak, tetapi kerosakan gigi boleh bermula pada bahagian sempadan antara korona dan gigi asli. Oleh itu, penjagaan di kawasan ini adalah amat penting dan harus dilakukan seperti penjagaan gigi asli yang lain. Langkah paling penting dalam penjagaan korona dan jambatan adalah kebersihan mulut yang baik. Gigi dan gusi mestilah dalam keadaan yang sihat dan pemeriksaan berkala adalah sangat penting. Secara amnya, korona boleh bertahan di antara 5 hingga 15 tahun. Bagi mengelakkan kerosakan korona atau jambatan baru, kita perlulah mengelakkan tabiat seperti mengetap gigi atau bruksisma, mengunyah makanan keras, ais atau lain- lain bahan yang keras.

Semakan Akhir : 25 April 2014
Penulis / Penterjemah : Dr. Zaini bt. Aziz
Akreditor : Dr. Ithnaniah bt. Abd Wahab
Penyemak : Dr. Rohani bt. Mahmood

 

Artikel Berkaitan

Varnis Fluorida

Varnis Fluorida adalah fluorida yang disapu pada permukaan gigi untuk mencegah kerosakan gigi.

Obesiti dan Penyakit Periodontitis

Kajian mendapati ada kaitan antara penyakit periodontitis dengan penyakit sistemik seperti kencing manis (diabetes mellitus), penyakit jantung, kelahiran bayi pra-matang dan kurang berat badan serta masalah obesiti.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia