A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Kesihatan Fizikal
  6. /
  7. Kekal Sihat
  8. /
  9. Kebonjolan Leher Remaja

Kebonjolan Leher Remaja

Ada banyak penyebab bengkak di leher. Ia mungkin sebahagian dari proses pembesaran yang biasa,atau disebabkan sesuatu yang merbahaya dan memerlukan pemeriksaan/perhatian doktor.

1. Patut kah saya rasa bimbang?

Ada banyak penyebab bengkak di leher. Ia mungkin sebahagian dari proses pembesaran yang biasa,atau disebabkan sesuatu yang merbahaya dan memerlukan pemeriksaan/perhatian doktor.

2. Apakah ia sebenarnya?

Ia mungkin:

  • Bengkak pada kelenjar tiroid adalah perkara biasa dan sebahagian dari proses pembesaran
  • Mungkin disebabkan jangkitan biasa pada tekak, mulut dan telinga
  • Kemungkinan ia sesuatu yang merbahaya seperti ketumbuhan

Bengkak boleh terjadi di: Bahagian tengah leher. Bahagian tepi leher anda.

Bahagian tengah leher

Sebab yang paling biasa ialah goiter:

  • Ini adalah bengkak pada kelenjar tiroid
  • Bengkak akan bergerak bersama semasa anda menelan

Goiter

Kebanyakan remaja akan perasaan terdapat bengkak pada kelenjar tiroid pada peringkat akhir baligh atau mengandung.

  • Ia tidak menyakitkan dan bengkaknya tidak jelas kelihatan
  • Ini adalah perkara biasa dan dipanggil physiological tiroid
  • Ia akan berkurangan apabila usia semakin usia meningkat atau selepas melahirkan anak

Pada sesetengah orang ia disebabkan oleh kurang kandungan iodin dalam darah.

Jika saya ada bengkak kelenjar tiroid. Patutkah saya merasa bimbang?

Anda perlu berjumpa doktor sekiranya:

  • Bengkak semakin membesar
  • Ia menyakitkan (tiroiditis)
  • Anda mengalami penurunan berat badan, rasa berdebar-debar atau selalu rasa panas, gelisah atau berpeluh-peluh (thyrotoxicosis)
  • Sekiranya berat badan anda meningkat, sembelit, selalu rasa sejuk atau tidak dapat berfikir secara pantas, cepat, cekap (hypothyroidism)
  • Sebab-sebab lain jarang berlaku.


Goiter

Bahagian tepi leher

Kelenjar parotid (kilang air liur):

  • Ia terletak di bawah cuping telinga dan mungkin mencapai hingga ke hadapan telinga
  • Berfungsi menghasilkan air liur dalam mulut anda
  • Biasanya tidak jelas kelihatan
  • Bengkak ini perlu diperiksa/dirawat oleh doktor

Kelenjar limfa (Lymph nodes):

  • Boleh dirasai pada kedua-dua belah leher dari dagu hingga ke tulang selangka
  • Bertindak sebagai agen pertahanan dalam badan
  • Sekiranya ia menyakitkan dan anda sedang demam, ini bermakna anda ada jangkitan kelenjar dan perlu berjumpa doktor untuk rawatan
  • Sekiranya ia masih bengkak selepas dua minggu, sila jumpa doktor

3. Siapa yang patut saya hubungi sekiranya saya rasa bimbang?

Doktor keluarga anda adalah orang yang terbaik untuk dihubungi. Dia mungkin akan:

  • Meyakinkan anda
  • Melakukan beberapa ujian
  • Memberi rawatan biasa
  • Merujuk anda kepada lain-lain pakar (Pakar Bedah,perubatan dan Endokrinologi)

Iodin

Iodin ialah bahan galian yang terdapat dalam sesetengah bahan makanan. Ia perlu untuk proses pembesaran. Jika anda tidak mengambil iodin mencukupi:

  • Pembesaran anda mungkin lambat
  • Tahap pemikiran anda berkurangan
  • Anda mungkin mengalami bengkak kelenjar tiroid

Bagaimana memastikan pengambilan iodin saya mencukupi?

Iodin boleh diperoleh dalam makanan seperti:

  • Makanan laut
  • Sesetengah jenis garam yang telah dicampurkan dengan iodin

Sesetengah jenis sayuran boleh menyebabkan kurang kandungan iodin meresap ke dalam badan. Sayuran ini dikenali sebagai goitrogens. Elakkan pengambilan terlalu banyak sayuran seperti:

  • Kubis
  • Bunga kubis dan brokoli
  • Pucuk daun ubi kayu dan ubi kayu. Tetapi sekiranya anda potong kecil-kecil dan rendam dalam air selama setengah jam, ini boleh mengurangkan kadar amaun bagi goitrogens
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Kauthaman a/l Mahendran
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Serbuk Protein Bina Badan

Ia sebenarnya adalah hasil sampingan dari pembuatan keju. Apabila diasingkan daripada kandungan keju, sisa yang melalui proses penulenan dan pengeringan yang akhirnya menjadi serbuk.

Paras Gula dalam Darah

Adalah penting bagi anda menjalani ujian paras gula darah. Sekiranya keputusan ujian paras gula darah anda tinggi, anda berkemungkinan seorang penghidap Diabetes.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia