A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kecacatan Pendengaran

Pengenalan

Hilang pendengaran menyebabkan sesorang itu menjadi asing di dunia ini. Mereka menjadi terasing kerana apa yang dikata tidak difahami atau salah tafsir. Beliau juga mungikn akan mengalami kemalangan atau kehilangan pekerjaan. Terdapat 3 jenis kecacatan pendengaran:

  • ‘Conductive’ (Gangguan aliran bunyi)
    • Disebabkan masalah pada bahagian tengah dan luar telinga.
    • Biasanya memberi kesan yang sama kepada semua gelombang bunyi dan tidak teruk.
  • ‘Sensorineural’ (saraf deria)
    • Disebabkan masalah pada bahagian dalam telinga atau saraf ‘auditory’
    • Bunyi yang diterima menjadi berubah kerana gelombang menjadi tidak sama rata walaupun dengan penggunaan alat bantuan pendengaran
  • ‘Mixed’ (gabungan)
    • Adalah kombinasi daripada jenis ‘conductive’ dan ‘sensorineural’

Kehilangan pendengaran mempunyai 4 tahap iaitu kurang, sederhana, teruk dan sangat teruk. Pendengaran sangat teruk juga dikenali sebagai pekak atau tuli.

Penyebab kecacatan pendengaran

Apakah punca terjadinya pekak/tuli?

  • Sejarah penyakit tersebut dalam keluarga
  • Pengumpulan cecair pada bahagian tengah rongga telinga
  • Bayi yang lahir dengan berat badan kurang dari 1.5 kg
  • Kekurangan bekalan oksigen ke bahagian otak yang teruk semasa proses kelahiran
  • Jangkitan kuman seperti ‘congenital rubella’ atau ‘congenital syphilis’
  • Jangkitan kuman pada lapisan dalam otak (meningitis)
  • Penggunaan ubat-ubat yang ada kesan toksik kepada telinga seperti ubat penyakit barah, ubat untuk penyakit batuk kering(tuberculosis)
  • Selalu terdedah kepada bunyi bising seperti letupan bunga api, konsert rock yang kuat, tukang besi
  • Tahi telinga yang tebal dan mengeras dalam telinga
  • Gegendang telinga telah pecah
  • Jangkitan kuman pada bahagian tengah telinga (otitis media)
  • Penyakit-penyakit metabolisma yang kronik seperti kencing manis dan kandungan kolesterol dalam tubuh yang tinggi
  • Peningkatan umur (Warga emas)

Klasifikasi tahap kurang pendengaran

Tahap keterukan pendengaran mengikut WHO :

Kategori Darjah Decibel Kesan pendengaran
Kurang 25 – 40 Sukar mendengar dikawasan bising
Sederhana 41 – 60 Sukar mendengar bisikan
Teruk 61 – 80 Sukar memahami suara yang kuat
Sangat teruk >81 Tidak memahami suara yang kuat atau menjerit

 

Kadar Kejadian

Epidemiologi:

  1. 3-4 dalam 1000 bayi yang lahir mengalami kecacatan pendengaran
  2. 25% daripada orang yang berumur 65 – 75 tahun dan 50% daripada orang yang berumur 75 tahun ke atas juga mengalami kehilangan pendengaran. Hilang pendengaran juga lebih banyak berlaku kepada kaum lelaki berbanding kaum wanita
  3. 50% daripada anggaran 2.5 juta populasi penduduk di Malaysia yang mengalami kecacatan pendengaran boleh dicegah terutamanya pada kanak-kanak

Tanda dan gejala

Apakah tanda dan gejala?

  • Kanak-kanak:
    • Tiada/tindakbalas boleh dilihat hanya kepada bunyi bising
    • Lambat atau gagal untuk bertutur
  • Dewasa:
    • Kerap meminta orang mengulangi percakapan
    • Sukar untuk mendengar dalam suasana yang hingar/bising
    • Kerap membesarkan bunyi tv
    • Mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan
    • Mendengar bunyi-bunyi dalam telinga (tinitus)
    • Mendengar bunyi telefon hanya bila duduk rapat dengan telefon tersebut

Komplikasi

Apakah kesan daripada masalah pendengaran?

  • Masalah komunikasi
  • Masalah pembelajaran/pendidikan
  • Gangguan emosi
  • Sukar menjalinkan perhubungan sosial
  • Harga kendiri yang rendah
  • Perasaan terasing, kecewa dan hilang keyakinan

Saringan Cacat Pendengaran

Bagaimana mengesan kehilangan pendengaran awal?

  • Adalah tidak mustahil untuk mengetahui pendengaran bayi seawal sebulan selepas dilahirkan.
  • Penilaian pendengaran perlu dibuat apabila punca-punca yang disenaraikan di atas terdapat pada bayi tersebut atau pada bila-bila masa masalah tersebut disyaki berlaku.

Pengurusan dan rawatan

Adalah lebih baik untuk menyenaraikan langkah-langkah pengurusan dan rawatan mengikut jenis-jenis kecacatan pendengaran.

  1. Jenis ‘conductive’
    Kebanyakkan kecacatan jenis ini boleh dirawat menggunakan rawatan ubat dan pembedahan.

    • Tahi telinga/kotoran yang menyumbat – buang kotoran tersebut
    • Jangkitan kuman pada bahagian rongga tengah telinga – ubat dan pembedahan
    • ‘Otosclerosis’ – pembedahan pada telinga
    • Menggunakan alat bantuan pendengaran jika kaedah ubat dan pembedahan bukan pilihan
  2. Jenis ‘sensorineural’
    Kebanyakkan kecacatan jenis ini melibatkan kehilangan pendengaran yang kekal dan tidak dapat dipulihkan dengan menggunakan ubat atau pembedahan. Menguruskan masalah jenis ini adalah seperti berikut:

    • Kaedah menguatkan keupayaan pendengaran
      • Menggunakan alat bantuan pendengaran yang sempurna.
      • ‘Cochlear implant’ diperlukan terhadap kecacatan pendengaran yang teruk serta masih tidak memberi kesan melalui penggunaan alat bantuan pendengaran.
    • Latihan strategi komunikasi
      • Kemahiran mendengar
      • Kemahiran komunikasi
    • Kanak-kanak yang mengalami masalah kecacatan pendengaran sejak lahir lagi perlu dimasukkan dalam program intervensi awal secepat yang mungkin bagi meransang perkembangan kognitif dan bahasanya. Terdapat pelbagai pilihan komunikasi di negara ini
      • Komunikasi lisan
      • ‘Cued speech’
      • Bahasa isyarat

Pemulihan

Bila untuk mulakan rawatan pemulihan?

  • Intervensi awal perlu bermula sebaik sahaja kanak-kanak mula dikesan mengalami masalah pendengaran seawal usia 6 bulan lagi
  • Beri ibubapa makumat dan pendidikan tentang pendengaran yang normal,pertuturan dan perkembangan bahasa
  • Rujuk untuk program intervensi awal kepada:
    • Pakar Telinga, hidung & tekak, ‘speech pathologist, audiologist’ di hospital
    • Klinik Kesihatan
    • ‘Community Based Rehabilitation Centre’
    • Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
    • ‘Integrated School’ oleh Kementerian Pendidikan
    • Sekolah pendidikan khas
    • Sekolah cacat pendengaran oleh Kementerian Pendidikan

Di mana untuk mendapatkan alat bantuan pendengaran?

  • Dapatkan nasihat dari Audiologist

Bagaimana untuk mendaftar sebagai orang kurang upaya?

  • Setelah diagnosis disahkan, dapatkan borang pendaftaran dan cadangan penempatan dari klinik kesihatan/Jabatan Kebajikan Masyarakat/Jabatan Pendidikan

Siapa yang akan membantu dalam pendaftaran tersebut?

  • Doktor yang memeriksa anda akan mengisi borang-borang tertentu.

Apakah faedah yang boleh anda dapati melalui pendaftaran tersebut?

  • http://www.jkm.gov.my/perkhidmatanoku.htm

Bagaimana untuk mendapatkan penempatan pekerjaan?

  • Kementerian Sumber Manusia
  • NGOs

Pencegahan

Bagaimana untuk mencegah?

  • Ambil suntikan perlalian ‘rubella’ sebelum berkahwin (untuk perempuan)
  • Ambil suntikan perlalian ‘Haemophilus Influenza’
  • Elakkan mengambil ubat ototoksik sepanjang proses kehamilan
  • Pakai alat pelindung pendengaran bila berdepan dengan bunyi bising
  • Jauhkan dari terdedah kepada bunyi bising
  • Hadkan masa anda terdedah kepada bunyi bising
  • Lakukan pemeriksaan telinga dan pendengaran secara berkala

Kumpulan sokongan

Di mana untuk mencari kumpulan sokongan?

YMCA – Pusat Majudiri untuk cacat pendengaran
http://www.ymcakl.com/pmy/PMY_deafwork.htm
Address: 95, Jln. Padang Belia, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-22741439
Fax:603-22740559

Sabah Society for the Deaf
http://www.sabah.org.my/kkssdeaf/

Malaysian Federation untuk cacat pendengaran
http://www.mfd.org.my/

Pusat Pertuturan Kiu, Kg Pandan
Mereka menggunakan rawatan ‘cued speech’

Pusat TUTUR
Klinik Audiologi and Sains Pertuturan
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu UKM.
– Mereka menggunakan kaedah ‘oral approach’

Rujukan

http://health.yahoo.com/centers/hearing_loss/1 http://deafness.about.com

http://deafness.about.com/od/employmentandworking

http://kidshealth.org./kid/health_problems/sight/ hearing_impairment.html

http://deafness.about.com/od/basicsofcochlearimplants/

Semakan Akhir : 20 Jun 2014
Penulis : Cheoh Siew Tin
Penterjemah : Nawawi Samad
Akreditor : Dr. Jamilah Abdullah
Penyemak : Dr. Hj. Abd. Razak Hj. Ahmad

 

Artikel Berkaitan

Apa Itu Panau

Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,458

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia