A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Ketuat Genital

Apakah itu Ketuat Genital? Ketuat kemaluan disebabkan oleh virus yang digelar Human Papilloma Virus (HPV). Ianya boleh merebak melalui hubungan seks (vagina, oral, dubur), dari ibu ke bayi semasa proses kelahiran

Apakah itu Ketuat Genital?

Ketuat kemaluan disebabkan oleh virus yang digelar Human Papilloma Virus (HPV). Ianya boleh merebak melalui:

  • Hubungan seks (vagina, oral, dubur)
  • Dari ibu ke bayi semasa proses kelahiran

Apakah ciri-ciri Ketuat Genital?

Kebanyakan mereka yang dijangkiti tidak mengalami sebarang tanda/gejala. Ketuat mungkin timbul 3 minggu hingga 3 bulan selepas terdedah dari jangkitan. Ketuat ini:

  • Berwarna merah jambu atau berwarna kulit
  • Lembut
  • Mungkin timbul atau rata
  • Mungkin timbul secara berkumpulan atau bersendirian


Ketuat kecil di sekitar alat kelamin wanita

Bagi wanita, ia tumbuh di bahagian vagina, dubur ataupun pangkal rahim/servik manakala bagi lelaki, ia tumbuh di bahagian penis ataupun buah zakar. Ketuat boleh kekal di dalam tubuh badan untuk jangkamasa yang panjang tanpa memberi sebarang masalah.

Adakah kemungkinan untuk mendapat komplikasi?

Ya, jika tidak dirawat, ketuat akan tumbuh dengan lebih besar dan lebih banyak lagi. Bagi wanita, ia boleh menyebabkan kanser pangkal rahim.

Bagaimana Ketuat Genital dirawat?

Ketuat mungkin hilang secara spontan. Jika jangkitan disyaki, buat pemeriksaan doktor. Doktor dapat mengesan kehadiran virus ketuat (HPV), walaupun tiada ketuat dengan membuat PAP smear bagi wanita. Sesetengah ketuat boleh dirawat dengan menggunakan ubat topikal khas yang disapu pada dikulit. Jika ketuat adalah besar, doktor boleh membekukannya dengan menggunakan cecair nitrogen atau terapi laser Ketuat mungkin berulang jika HPV masih terdapat di bahagian kulit.

Bolehkah Ketuat Genital dicegah?

Ketuat Genital boleh dicegah melalui :

  • Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
  • Jika anda berumur 16 tahun ke bawah, menjalin hubungan seks adalah salah di sisi undang-undang kecuali anda telah berkahwin.
    • Undang-undang Malaysia menyatakan bahawa perhubungan seks dengan remaja perempuan yang berumur 16 tahun dan ke bawah, samada dengan persetujuan atau tidak, akan mengakibatkan lelaki berkenaan disabitkan kesalahan merogol.
  • Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.
    • Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.
    • Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan Chlamydia, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
    • Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Hargeet Kaur Basant Singh

Penyemak:Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Gonorea

Penyakit Gonorea adalah jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhoea. Bakteria itu boleh berjangkit dari seorang individu ke individu lain melalui hubungan seks vagina, dubur atau oral, walaupun individu yang berjangkit tidak menunjukkan sebarang gejala.

Sifilis

Apa itu Sifilis? Ia disebabkan oleh satu organisma yang dinamakan ‘spirochete’. Sifilis disebar melalui hubungan seks secara oral, dubur dan vagina. Ia juga boleh disebar dari seorang ibu kepada bayinya semasa kehamilan

Penyakit Radangan Pelvik (PID)

Apa itu Penyakit Radangan Pelvik? Ia adalah sejenis penyakit berjangkit yang progresif berlaku pada tiub falopian, rahim, servik dan / atau ovari. Kebanyakan remaja perempuan mengalami PID dari jangkitan seksual (STIs).

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia