Golongan manakah yang melarikan diri dari rumah?
Golongan yang melarikan diri dari rumah kebanyakannya adalah dari golongan remaja yang meninggalkan rumah dengan niat tidak akan kembali semula. Sebahagian daripada remaja tersebut kembali selepas beberapa hari, minggu atau bulan tetapi sebahagian lagi tidak akan kembali lagi.
Kenapa remaja melarikan diri?
Remaja melarikan diri dari rumah kerana pelbagai sebab. Antaranya ialah:
- Keganasan rumah tangga. Contoh:
- Penderaan fizikal, emosi atau seksual
- Percanggahan pendapat dengan ibu bapa, contoh pilihan pasangan, kurang kebebasan
- Perselisihan dengan ibu bapa
- Diabaikan oleh ibu bapa
- Tekanan rakan sebaya. Contoh:
- Tidak mampu memenuhi desakan rakan sebaya
- Dipinggirkan
- Dibuli
- Masalah di sekolah. Contoh:
- Harapan yang terlalu tinggi daripada guru
- Prestasi pembelajaran yang rendah
- Dikenakan hukuman yang berat
Adakah anda terfikir untuk melarikan diri?
Remaja yang terfikir untuk melarikan diri biasanya ada tanda-tanda seperti berikut:
- Tidur yang tidak lena
- Perubahan selera makan
- Rasa gelisah
- Kemurungan
- Mudah marah
- Nakal contohnya; ponteng sekolah, mencuri atau merokok
Bolehkan anda membantu diri anda dari melarikan diri?
YA, anda boleh! Sentiasa ada orang lain yang sudi mendengar masalah anda dan membantu anda walaupun anda tidak berfikir sedemikian. Mereka ialah:
- Saudara mara
- Adik beradik
- Jiran
- Rakan sebaya
- Guru-guru kaunseling
- Guru-guru agama
Apa akan terjadi jika anda tidak mendapatkan bantuan?
Besar kemungkinan anda juga akan melarikan diri! Bahaya yang menunggu ialah sebagai pelarian, anda akan terperangkap dengan:
- Dadah
- Alkohol
- Pornografi
- Pelacuran
- Jenayah
Antara komplikasi lain yang timbul adalah:
- Sakit kelamin
- Kehamilan di luar perkahwinan
- Jangkitan HIV/AIDS
Remaja yang melarikan diri boleh juga mendapat masalah psikiatri seperti:
- Kemurungan
- Tekanan melampau pasca trauma
- Kecelaruan tingkah laku
- Kecederaan diri sendiri
- Bunuh diri
Apa lagi yang boleh saya lakukan?
Selain dari melarikan diri, ada lagi alternatif lain yang lebih selamat:
- Tinggal dengan rakan yang boleh dipercayai atau saudara sehingga tekanan tersebut berkurangan
- Berbincang dengan ibu bapa
- Jika anda didera, buat laporan polis
- Buat laporan kepada pegawai kebajikan masyarakat untuk perlindungan sementara
- Berbincang dengan guru kaunseling sekolah, jika anda ada masalah di sekolah
- Laporkan kepada ibu bapa dan pihak berkuasa sekolah jika anda di buli
- Luangkan lebih masa untuk belajar jika prestasi di sekolah tidak baik
- Telefon talian pertolongan yang terdekat seperti BEFRIENDERS, Tele-dera dan lain-lain lagi
- Minta nasihat dari doktor
“Ingat, melarikan diri bukan penyelesaian kepada masalah! Malah mungkin akan menambah lebih banyak masalah kepada anda!”
Semakan Akhir | : | 20 April 2012 |
Penulis | : | Dr. Fauzi binti Ismail |
Penyemak | : | Dr. Selva Ratnasingam |